sinar

Thursday, June 19
KERIS DI HUJUNG CINTA

 

Orang-orang yang menyimpan api dalam benaknya, marak juga kemarahan itu akhirnya membakar gedung-gedung makmur bangsa yang begitu dicintai. Orang-orang yang menyimpan api dalam benaknya dari waktu ke waktu rasakan berjuta perasaan dalam dada bergalau tidak keruan. Orang-orang yang memata pameran kemewahan yang tiada mampu memilikinya meski peluh telah diperas begitu deras meski tulang belulang telah dibanting begitu keras tetap saja yang terlihat ketidakadilan disodorkan di mana-mana. Mengapa ditanyakan - apa sebab kerusuhan itu berlaku? Darah membanjir, air mata mengalir sedangkan jeritan itu tiap detik diperdengarkan meminta pertimbangan batinmu, dan seperti biasa tidak juga telingamu mendengarnya! Jemariku melukis dengan getar sepi sebuah kota yang gemuruh yang mencampakkan orang-orang kesepian itu ke dalam kemurungan mengadili kebangkitan merubah zaman semboyan menggelombang diam mimpi-mimpi namun tak ada manusia yang tak sedar mengadu nasibnya dengan peta penuh muslihat membiarkan ketukan kantor doktor menggemai rumah dan pada kerusuhan yang mungkinkah meledak di segala penjuru kita tatap wajah siapa? Selain orang-orang yang lelah benaknya penuh api, api, api yang akan membakar apa saja. Di tanganku yang gemetar dan berkematu, kota yang meledak menggigilkan harapan beralih ke pentas wawasan bangsaku sambil menghunuskan keris benar-benar di hujung cintanya.

 


Posted at Thursday, June 19, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
4 Komentar  




Friday, June 13
Berkorban Tidak Kepada Apa Sahaja

 

Saya tidak akan memikirkan apa-apa. Apa yang saya inginkan ialah memberikan sedikit sumbangan kepada khalayak sastera. Kadang-kadang menjadi lilin itu cukup bermakna walaupun saya pernah percaya ungkapan orang bestari jangan sampai sendiri yang terkena apinya. Begitu pun saya percaya lagi bahawa api tidak semestinya memusnahkan tetapi memberikan kekuatan tersendiri. Asalkan ada andatila yang jauh dan mendalam. Tidak mengapalah biarlah jika bila lilin itu padam yang terhidu hanyalah baunya sahaja. Mungkin akan diingat, mungkin juga tidak. Dan kerana itulah saya terus melakukan apa sahaja yang terbaik bukan memberi tanda bahawa sayalah sang hero kerana saya bukanlah sesiapa melainkan insan yang ingin berbakti kepada agama, bangsa dan negara yang saya cintai. Dengan semangat ini apa salahnya api perjuangan perlu terus dijulang dengan cara dan bentuk acuan sendiri. Saya sentiasa berada dalam lingkungan orang-orang yang berjuang di atas pentas yang saya punyai. Tiada siapa berhak untuk mengehadkan langkah dan suara. Berani kerana benar.

Kepada para penulis yang saya sayangi sama ada bapa, abang, kakak dan adik lakukan mengikut fikiran anda. Mungkin dunia penulis itu sendiri membentuk sifat-sifat yang sedia ada dalam diri masing-masing. Samada ingin terus meletakkan buah fikiran dalam wacana sastera mahupun hanya lebih kepada keinginan-keinginan yang maha terbatas. Kita sering juga mengharapkan bantuan pihak lain membantu meletakkan khazanah fikrah kita di tempat yang wajar. Namun sampai bila-bilapun bila kita menjadikan semua ini batasan kita tidak akan mampu memenuhi hasrat yang kita ada kecuali nasib dan rezeki. Rezeki ketentuan Allah sambil kita dibentuk agama dan kepercayaan untuk terus berusaha dan juga berkorban. Berkorban tentu tidak kepada apa sahaja. Realiti zaman ini ungkapan ini cukup dominan. Materi menjadi segala-gala. Tidak mungkin sanggup berkorban tanpa imbalan atau balasan. Dan tidak mungkin mahu merasa rugi biarpun sedikit.

Orang terus naik minyak bila harga minyak naik. Orang terngadah bila terhantuk. Orang gelabah bila diomeli. Orang mencari helah agar tidak merasa bersalah walaupun sebenarnya dia bersalah. Orang sembunyi tangan bila sedar batu tak terkena sasaran. Orang suka menumpang peluang bila kehilangan fikiran dan saat buntu serta mandul idea. Sekadar analogi atau metafora yang ingin membangkitkan keluyuan atau ketuyuan para borjuis yang sirna hala dan arah. Melihat kuman atau gajah tiada bezanya kerana ada mata bukan untuk melihat tetapi mendengar. Ada otak bukan untuk berfikir tetapi berkata mengikut deskripsi terkawal.

 


Posted at Friday, June 13, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
2 Komentar  




Thursday, June 5
Citra 'Melukut di Tepi Gantang' dan Harga Diri Penulis

Menulis dan dapatkan upah, saya terkenang percakapan dengan salah seorang sahabat baik saya yang berkunjung ke pejabat beberapa hari lalu. Katanya susah sekarang ni, mau dapatkan bayaran untuk sebuah tulisan bukan macam dulu. Kita ni macam 'melukut di tepi gantang'. Asyik bertanya bila bayaran dibuat. Tebal muka ni, katanya sambil merujuk sebuah agensi kerajaan yang sering saya 'sigung-sigung' dalam kebanyakan catatan saya di Kemsas. Banyak sekali alasan yang diberi. Kata saya dulu kalau tiada peruntukan jangan pandai-pandai rampok idea orang, bila baik untuk agensinya tapi bila buruk dibaling ke muka orang lain. Seorang sahabat yang lain merasakan kini menjadi resam staf agensi berkenaan yang kurang dedikasi gagal melaksanakan amanah mereka dengan cekap. Ingtegriti mereka sering dipertikaikan namun siapalah juga kita kan, kata sahabat saya tu. Hanyalah penulis kerdil. Cakap ini hanya sedapkan hati saja sambil orang-orang yang punya tanggngjawab dalam agensi berkenaan goyang kaki, sampai masa pulang rumah, cukup bulan nikmat gaji daripada hasil kerja yang tidak seberapa. Katanya lagi yang aneh kenapa ada individu yang dilayan dengan baik berbanding kita? Mohon bantuan cepat diluluskan dan dapat peruntukan. Nampaknya ada yang tidak kena. Jika demikian keadaannya, susah juga. Entah apakah ada pemantauan dibuat oleh pihak atasan mereka atau pihak atasannya juga seronok menyedut tembakau yang telah membakar fikirannya kepada sesuatu hinggakan membiarkan apa sahaja yang berlaku tidak diambil perhatian, sambung sahabat saya itu.

Saya juga teringat pesanan ringkas sahabat saya yang lain lagi tentang Dayang Salmah Salam (penulis veteran) yang kini semakin kurang sehat, selain masalah pandangan diganggu lagi dengan masalah paru-paru. Kasihan juga apabila beliau mencari 'anak-anak' dari kalangan penulis yang akrab dengannya. 'Saudara, kita ziarah beliau ya, buat sumbangan...' cadang sahabat saya itu lagi.

Penulis tetap manusia biasa. Bila sampai masanya, dia akan hidup bersendirian dan rakan-rakan yang ada tidak ramai yang mungkin tampil membantu. Kita tahu insan seperti Dayang Salmah itu seniman yang prolifik berkarya, punya jasa yang besar sebagai wartawan dan aktiviti kemasyarakatan. Namun bila sudah kurang cergas, hanya dirinya sahaja menjadi dunianya meskipun di sekelilingnya ada anak-anak dan cucu serta cicit yang boleh membahagiakan. Bagaimanapun keadaan itu tidak sama. Aora persahabatan dengan keluarga tetap ada kelainannya. Percakapan juga berbeza. Kemahuan juga demikian. Pantang larangnya pun begitu. Apabila sudah sampai masanya tenaga diambil satu persatu, kekuatan hanyalah kepada kenangan masa lalu. Saya membayangkan saat seusia Dayang Salmah nanti... kerana itu realiti yang akan terjadi. Kita boleh bergembira satu ketika tetapi suatu ketika yang lain kegembiraan itu akan padam dengan sekelip mata saat kemampuan kita semakin sirna. Apakah kita mengharapkan ada orang yang ingatkan kita dan menghargai kita? Tentu tidak, jika betul ada yang sudi barangkali itu rezeki namanya. Jika sebaliknya, jangan sampai kita sendiri berkata melukut di tepi gantang walaupun ada ketikanya ia merupakan hak kita yang sebenar.

 


Posted at Thursday, June 05, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
Komentar  




Saturday, May 31
Ayat-Ayat Cinta

Rossa - Ayat Ayat Cinta

Rossa - Ayat Ayat Cinta

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Ketika ku bersujud

 


Posted at Saturday, May 31, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
Komentar  




Friday, May 30
Seberkas Idea Tentang Pohon

karya: Hasyuda Abadi

 

HSYYY!

 

Hanya nafas tak sesak. Pandangan sesak. Pergerakan sesak. Senyuman sesak. Tawa sesak. gelisah sesak. Rasa sesak. Mati sesak. Hanya nafas saja tak sesak. Di mana lagi tidak ada yang tak sesak. Cerita-cerita sesak didengar telinga. Meski masuk di kiri keluar di kanan, cerita-cerita datang juga dan didengar telinga. Dibuang dan datang lagi. Mengapa agaknya cerita menjadi begitu sesak dan menyesakkan. Penting sangatkah hingga menjadi demikian?

          Pintu yang selama ini tertutup mulai terbuka. Terpancarlah segala yang bersembunyi. Meskipun tidak seluruh alam yang tersembunyi itu, namun jelas keterkuakan bilah-bilah pintu mengatakan tak perlu disembunyikan lagi. Daripada sifat-sifat mahmudah sampailah kepada sifat-sifat mazmumah. yang paling tinggi dan yang paling bawah. Yang baik dan yang paling tidak baik. Membuak bak bah darah selepas kulit tipis dan isi tubuh diradak mata pisau yang rakus. Anihnya darah yang membuak deras daripada urat-urat isi tubuh itu tidak merah seperti sedia kala bahkan berwarna-warni, malah lebih nyata warna adalah hitamnya!

          Ngeri juga darah hitam sesudah mulai merawikan kalbu. Sudah begitu berlaku kalbu diintimi otak, mekanisma minda termahal tubuh dijanai urat sarat urat saraf. Mulai bergetar kalbu itu mempengaruhi seluruh tubuh: mata menangkap segalanya, memamah segala kejelitaan, mengoyak-rabak segala kepuasan nafsu, mengunyah segala kebingungan demi kebingungan, kebimbangan demi kebimbangan; kemudian sisa-sisa yang ada dalam liang matanya dihembusi baunya di khalayak tanpa silu segan dan malu. Ketawalah terbahak-bahak selepas meranapkan segala jenis bahang api. Sekali lagi melumat-lumatkan kebencian, kebimbangan, kedunguan, kebodohan dan ketololan. Dan sejarah tubuh mulai lebur.

          Di manakah rumah mahmudahmu? Semua saling berbicara – antara mulut-mulut, antara mata-mata, antara telinga-telinga dan antara kalbu-kalbu. Pemberontakan minda semakin jelas tercetus. Hanya baru disesakkan tekanan-tekanan menggila. Tidak logik dan masuk liang akal. Masih enggan digambarkan ketidaktentuan itu. Jalan kebenaran dinyatakan dalam segala macam retorika, teori, andai-andai dan ikon-ikon mimpi yang mulai memusatkan akal sebagai angan-angan melulu. Imej dan reputasi untuk tubuh.

          Cermin hanya untuk tubuh lain bukan tubuh itu sendiri. Hanya tubuh lain lebih tinggi mazmumahnya dan rendah mahmudahnya. Dibetulkanlah yang rendah itu yang banyak salahnya atau sedikit kelebihannya. Walaupun sedikit benarnya tetapi jika boleh dimilikkerbaukan, yang boleh diheret ke sana-sini, yang  boleh mentaati suruhan-suruhan. Maka dipandirkanlah juga si pesalah itu. Malangnya yang salah tidak dibenar kebenarannya kerana tubuh itulah saja yang lengkap, yang tinggi mahmudahnya dan rendah mazmumahnya, yang betul, yang saleh , yang warak, yang bijaksana, yang bermata, yang berotak, yang bertelinga, yang berhidung, yang berkaki, yang bertangan, dan segalanya pasti lengkap.

          Demi ruputasi, menyesakkan kelancaran gerak yang lain lebih penting. Taman itu pun sudah mulai sirna harmoni dan damainya.  Keceriaan sudah tidak ceria. Hantu-hantu bisu sudah menyelinap dalam jasad mengubah tubuh-tubuh. Daun-daun pada taman hijaunya berwarna baru dan gugur meski mekar. Seakan tidak ada maya meneruskan perjuangan. Ingin juga mendapatkan sayap untuk terbang jauh di mana-mana.

          Derap kemerdekaan mulai dirantai. Merdeka yang tidak bebas ditafsir dalam kepelbagaian jenama kuasa. Apakah ertinya merdeka ini jika tidak bebas menyatakan kebenaran. Buah benar yang tersergam pada pohon minda menjadi pameran ala kadar. Lontaran-lontaran fikir terbiar melata, terbang jauh ditiup angin hipokrit dan ketololan. Semuanya dipersalahkan. Kebenarannya, benarkah? Detak jantungnya, benarkan? Langkah-langkahnya benarkah? Ya, langkah-langkah fikir dan kalbu hitamnya, benarkah? Hsyyy, tersentak juga jika dapat membolosi sukama tubuh itu. Menjadi api dalam sekam. Menggubah dan merubahnya menjadi sesuatu, pohon yang tumbuh melata atau seekor keldai!

          Kerana hanya sifat kekeldaian sesuai buat tubuh itu. Kerana dia mengkeldaikan tubuh-tubuh lain. Dia berada di atas selepas bertandang pada otak kepalanya yang sedikit sekali rumput, suarnya yang menyakitkan telinga, bibirnya bijak berkata-kata. Diherdiknya menjadi haru biru taman itu. Hidupan seperti dinyatakan segala mergastua. Hampir enggan hidup mengharmoni taman sambil kedengaran omelan-omelannya tentang warna taman mesti diubah, diceria, diperhalusi. Disenaraikanlah omelannya segala macam reformasi. Reformasi apa yang diakhiri pemenjaraan yang panjang dan berliku hingga memungkinkan tidak mengenal apa-apa lagi. Reformasi harus benar jika ia dilahirkan bersama ketakengganan bermuhasabah. Segalanya. Membuang jauh sempit fikir kerana itulah penyebab sesak kebenaran. Pemikiran yang sempit menciptakan ruang dalam dan kehancuran.

          Itu dia, siapakah suara itu berani bermadah bicara buat tubuh yang munafik, memalsukan kehidupan putihnya. Segala kepura-puraan. Hipokrit. Skandal begitu menggilakan. Taman ini kini dipijak-pijak oleh skandal pengilhaman sang jelita. Tubuh itu kian mara untuk marah, sambil bijak memilih-milih seperti bijaknya bermuka-muka. Talam dwiwajah dan ular dwikepala. Menggilai senyuman Maya, tubuh seperti ayam jantan yang berkokok gagah, merdu dan jaguh tetapi tahinya sendiri menggelomangi ekornya. Pohon skandal mulai bertunas dan bakal menjadi benih yang akan dicambah sebar oleh angin lalu merebak ke seluruh negeri dan wilayah bangsa-bangsa. Akan kelihatan betapa suburnya pohon skandal tumbuh subur di taman agung yang dikenali sebagai adil, cekap dan telus itu. Gembar-gembur kemahmudahannya mulai ditanyai.

          Tak ada jawapan juga. Biarkan saja soalan-soalan itu, jika wajar dibayar oleh diam-diam ubi. Penggali pun diam dalam karatnya. Sampai bila-bila juga, biarkan pohon itu membesar, membesar sambil merasakan mungkin, pujian-pujian yang akan mendatang. Pujian-pujian ubi daripada pohon skandal yang dibajai sifa-sifat mahmudah hipokrit, segala macam ancaman momokan-momokan.

 


Posted at Friday, May 30, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
Komentar  

Tamadun: Tanggapan Penyair

SEBAGAI penyair saya selalu memandang sesuatu itu  tidak mendasar seperti adanya. Sesuatu yang akan berlaku tentulah disebabkan sesuatu yang lain samada kita menyedarinya atau tidak. Saya percaya sesuatu itu ada puncanya yang mengakarkan apa juga peristiwa. Tanpa mengambil kira apakah peristiwa itu besar atau kecil. Peristiwa akan mendasar kepada pembinaan kemanusiaan dari pelbagai hala seperti pemikiran, cara hidup, harapan atau cita-cita, kebenaran dan pengalaman. Sesuatu peristiwa sentiasa menjanjikan kerana kehidupan sentiasa menyedarkan kita kepada hakikat tidak akan terbina sesuatu tanpa sebarang permulaan. Setiap permulaan akan menjadikan sesuatu itu lebih besar, lebih terarah kepada pembinaan keagungan. Jatuh dan bangun sebuah bangsa misalnya akan meninggalkan pengajaran meneruskan kelangsungan kehidupan. Sebuah bangsa juga tidak akan dihormati tanpa melalui peristiwa demi peristiwa yang berharga. Kematangan bangsa juga selalu didasari kemampuan kita melalui fasa-fasa pembinaan pemikiran yang besar.

Antara  sedar dengan tidak, kita sebenarnya menjalani pola sejarah yang sama sebagaimana yang dilalui oleh seluruh umat manusia sejak zaman awal lagi. Sejarah yang kita lalui tidak jauh berbeza dengan sejarah masyarakat yang wujud sebelum kita. Walaupun kita telah menyaksikan perbezaan yang amat ketara dari segi peradaban dan perkembangan sejarah manusia, namun itu hanya  berbentuk kebendaan semata-mata. Manusia tidak pernah berbeza sejak awal lagi dari segi penggunaan akal, buah fikiran, perasaan, nafsu, keperluan berkomunikasi, dan sebagainya. Ciri-ciri ini merupakan antara unsur yang tidak mungkin akan berubah selagi manusia masih kekal dengan unsur kemanusiaannya yang semula jadi. 

Manusia mempunyai persamaan sejak zaman purba sehingga hari ini, terutama sekali dari aspek pencorakan sejarah hidup manusia. Pola yang dimaksudkan ialah pergelutan manusia dengan dirinya sendiri dalam mencari hakikat kehidupan. Manusia sentiasa dihantui oleh persoalan seperti dari mana dia datang, bagaimana dia wujud, apa matlamat hidupnya di dunia ini, ke mana dia akan pergi, dan lain-lain lagi.

Demikianlah apa yang ingin kita rasai sebagai pengamat kehidupan. Melihat cermin peribadi tak mungkin dapat menggambarkan apa-apa dengan mengabaikan perihal yang lain menerusi ketajaman sentuhan panca indera. Dalam keberadaan kita, kita merasakan ada produk yang amat berharga untuk menterjemahkan keunikan kemanusiaan ini. Di manapun kita berada, kita akan mengamati  situasi, perbezaan dan persamaan bahkan hal-hal baru yang memerlukan penelaahan. Kita menterjemah dengan memindahkan setiap rasa kepada suatu kaedah yang berbeza tetapi sentiasa melahirkan pengalaman baru kepada orang lain. Persoalan kehidupan sedikit sebanyak akan mencerminkan peribadi, sikap, pemikiran dan visi tentang sesuatu yang diperkatakan. Sebagai penyair pula, kita tidak dapat membebaskan diri daripada perkara yang berlaku di sekitarnya kerana dunia penyair adalah manusia di sekitarnya. Interaksi dengan diri sendiri, alam, masyarakat dan manusia di sekeliling akan mencorakwarnakan sikap penyair dan tanggapannya terhadap persekitaran dan persoalan yang diangkatnya dalam sesebuah produk karya. Tidak terdapat batasan baginya mengungkapkan persoalan. Persoalan adalah sesuatu yang pelbagai tanpa batasan, terpulanglah kepada kekreatifan, imaginasi, bakat dan ketajaman pemerhatian serta kepekaannya untuk mengolah persoalan sama ada besar ataupun kecil termasuk apa yang ingin kita amati tentang kota dan tamadun bangsa.

 

Konsep Pembinaan Tamadun

 

Tamadun yang sama ertinya dengan perkataan Inggeris civilization  lahir daripada perkataan Latin civitas yang bermaksud ‘city’ atau bandar. Bandar jelas dianggap tempat dan petanda kelahiran sesebuah tamadun atau peradaban  manusia. Ia sama dengan konsepsi Ibn Khaldun yang mengaitkan pertumbuhan tamadun manusia dengan kehidupan di bandar.

Namun begitu, kehidupan bandar semata-mata tidak dapat memenuhi ciri-ciri kelahiran sesebuah tamadun. Kehidupan mestilah dilengkapi oleh beberapa ciri lain, seperti wujudnya sistem pemerintahan atau tatanegara, munculnya sistem tulisan dan perundangan, wujudnya kegiatan ekonomi yang relatifnya maju dengan pengkhususan pekerjaan, serta tidak kurang penting, adanya mekanisme penguasaan sosial menerusi agama atau sistem kepercayaan. Dengan itu, kehidupan bertamadun mempunyai enam ciri asas seperti yang berikut:

 

v  Menjalani kehidupan di bandar

v  Mempunyai sistem pemerintahan atau kerajaan

v  Mempunyai tulisan

v  Mempunyai sistem perundangan

v  Mempunyai sistem kepercayaan dan agama

v  Wujudnya pengkhususan dalam pekerjaan

 

Dari perspektif Timur-Islam, perkataan tamadun lahir daripada perkataan akarnya mudun dan mada’in yang kemudiannya membawa kepada madinah, yang secara hurafiahnya bermaksud bandar. Mungkin juga istilah Barat modern dipinjam daripada perkataan Arah mudun.  Daripada akar perkataan mudun lahirlah nama bandar Madinah yang nama asalnya Yatrib. Konsep tamadun mempunyai kaitan yang rapat dengan konsep masyarakat madani yang mulai dipopularkan penggunaannya sejak kebelakangan ini. Madani, mudun dan mada’in  yang melahirkan perkataan madinah berasal daripada akar yang sama dalam konsepsinya yang paling mudah.

Penulis paling awal menggunakan istilah madani ialah Ibn Khaldun, ahli sosiologi dan sejarawan arab abad ke-14. Bagi beliau, istilah madani lahir daripada perkataan al-madaniyah yang membawa erti ‘peradaban kemakmuran hidup’. Kerana itu, tamadun bolehlah ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan pencapaian yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat  atau negara bangsa.

Sarjana sosiologi dari Iran, Ali Sariati (1933-1977) mengemukakan teori mengenai perkembangan tamadun manusia. Menurutnya ada dua perkara berkaitan dengan peranan manusia dalam membina tamadun iaitu fenomena migrasi atau hijrah sebagai faktor utama yang membawa kepada tumbuh dan berkembangnya tamadun manusia. Kedua ialah peranan manusia dalam menempa kemajuan. Dari segi sejarah dan apa yang tersurat, hijrah ialah peristiwa perpindahan ummah Islam dari Makkah ke negeri Habsyah dan ke Kota Madinah untuk menyelamatkan diri daripada seksaan kaum musyrikin Makkah yang memusuhi Nabi Muhammad S.A.W. dan agama Islam.

Dilihat secara lebih mendalam dan dalam erti yang tersirat, hijrah mempunyai prinsip dan falsafah sosial yang tertentu kerana hijrah telah melahirkan suatu tamadun baru yang besar. Daripada kajian Ali Shariati terhadap 27 tamadun manusia sejak zaman silam, beliau menyimpulkan bahawa tamadun lahir kerana penghijrahan manusia dari tempat asal mereka ke tempat baru. Sebaliknya, tidak terdapat sebarang tamadun yang lahir dan berkembang di kalangan masyarakat primitif yang tidak pernah berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain. Di negara kita, tamadun Melaka yang lahir dan tiba kemuncaknya pada abad ke-15 juga adalah hasil perpindahan sekelompok kecil manusia dari Sumatera ke Termasik dan akhirnya membuka Melaka sebagai sebuah negeri dan pelabuhan perdagangan. Begitu juga dengan kerajaan Melayu Champa di Vietnam, yang wujud antara awal kurun Masihi sehingga abad ke-18, ialah hasil penghijrahan rumpun Melayu dari kawasan Dunia Melayu Inti ke utara. Sejarah bertapak dan berkembangnya Islam di Afrika Selatan adalah akibat penghijrahan rumpun Melayu dari Alam Melayu ke sana mulai suku abad ke-17 sebagai hamba dan buangan politik penjajah Belanda. Pada hari ini pembinaan tamadun baru Malaysia yang berpusat di Kuala Lumpur ialah hasil penghijrahan beberapa kumpulan etnik dari pelbagai wilayah dan daerah ke pusat tamadun baru tersebut. Malah bagi orang Melayu, semua mereka yang meninggalkan kampung halaman untuk mencari ilmu dan bekerja di kawasan lain telah pun melakukan penghijrahan. Secara langsung mereka memberi sumbangan penting untuk membina tamadun baru Malaysia pada abad ke-20. Malah kadar migrasi orang Melayu yang begitu tinggi ke Kuala Lumpur sejak 25 tahun yang lalu telah memacu pembangunan negara yang begitu pesat dibandingkan dengan apa yang berlaku di masa-masa sebelumnya.

            Prinsip kedua berhubung pembinaan tamadun dan kemajuan manusia hasil pemikiran Ali Shariati ialah pentingnya peranan manusia itu sendiri atau al-nas. Ini berdasarkan kepada ayat dari kitab suci al-Quran yang bermaksud: Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (kaum=manusia) jika mereka sendiri tidak mahu mengubah. Di dalam al-Quran, Allah sentiasa menyeru, “Wahai orang-orang yang beriman…” atau ”Wahai manusia…”. Ini bermakna  bahawa MANUSIA itu sendirilah yang bertanggungjawab dan berperanan menentukan nasib hidup dan masa depan mereka; dan mereka diberi akal fikiran serta kudrat untuk berusaha mengubah serta mencorak masa depan mereka seperti yang direncanakan. MANUSIA meningkat kepada status yang lebih tinggi melalui ilmu pengetahuan serta menunjukkan dengan jelas kelebihan mereka berbanding dengan mahluk-mahluk yang lain. Mereka memiliki kebesaran dan kehormatan melalui pembelajaran, pertanyaan dan kajian, sebaliknya mereka akan kehilangan status tersebut jika mereka meninggalkannya dan mengikut jalan orang yang jahil. (Surah al-‘Alaq : 1-5).     Dengan pendidikan, akan membawa manusia kepada kepatuhan dan kekuasaan, manakala kejahilan diakui akan membawa kepada kejahatan dan maruah  yang rendah.

            Keutamaan bagi manusia menurut al-Quran  adalah pendidikan. Melalui pendidikan manusia dapat meningkatkan harga diri mereka serta mendapat bukti tentang kewujudan Allah S.W.T. Malahan mereka akan menemui kebenaran dan kenyataan seluruh alam semesta, tingkat  pemikiran dan moral alam, juga nilai-nilai kuasa dan rahsia alam. Manusia juga dapat mengetahui cara bagaimana untuk mempergunakan kekayaan alam untuk kepentingan mereka. Segala rahsia alam yang tiada akhirnya  dan kegunaannya akan dapat diketahui oleh manusia melalui pendidikan, pembelajaran dan penyelidikan.

 

Kota, Tamadun dan Bangsa Sebuah Penilaian Penyair

 

Bagi penyair di mana-manapun di dunia ini, melihat kota sebagai sebuah lautan  yang sentiasa bergelombang; kadang-kadang memandang kota sebagai sebuah hutan belantara yang subur akibat pembajaan yang sempurna; ada waktunya penyair memetik bunga rahsia kota sebagai gelanggangnya bermain kata bersama segala hal yang menjanjikan makna tersendiri sebenarnya. Kota sebagai pusat kebanyakan aktiviti meriwayatkan kelangsungan kehidupan. Degupannya sering juga menyegarkan semula yang mula tenggelam malah sebaliknya tetapi kota tidak selamanya memberi kebahagiaan yang hakiki. Tetapi pada masa yang melahirkan benih dari pengamatan, penafsiran dan juga penghayatan yang menyediakan pengalaman baru kepada penyair itu dan orang lain. Dalam wacana ringkas ini, saya ingin mengetengahkan beberapa pencernaan fikrah beberapa orang penyair Malaysia mengenai pengamatan mereka mengenai kota dan pembinaan tamadun.

Seperti membina sebuah bangunan, hanya arkitek saja yang lebih memahami struktur binaan. Demikian halnya bagi penghuni kota yang bertindak sebagai arkiteknya. Dari sajak ‘Arkitek Kota’, Muhammad Haji Salleh merakamkan:

 

‘hanya seniman peka

yang faham akan jiwa laut,

kenal gelombangnya,

alur sungai serta diam batu,

perasaan musim,

fiil langit dan sabar bumi

berhak membina kota’

 

            Beginikah seharusnya pemilik kota yang mengimpikan keberadaannya begitu mengerti agar nikmat kota itu ditemui dalam kemungkinan-kemungkinan yang digambarkan. Penghuni kota harus menghargai keindahan alam kerana merekalah pewaris bagi membina keindahan iaitu sebuah tamadun. Kata Muhammad,

 

                        pencipta kota ialah

                        pendekar muda dengan langkah berbagai

                        kelakar tua yang mengampungkan cerita

                        orang bercinta yang perlukan bulan.

                        dia pengukir ruang hidup

                        penghias suasana sempurna

                        membenarkan penemuan

                        memungkinkan kemungkinannya.

           

Keutuhan bangsa berakarkan kepada kemantapan akal dan hati budi insan. Bagi bangsa yang besar, keberanian demi menegakkan kebenaran harus harus ditunjukkan. Kota menjadi benteng tetapi kota itu merupakan peribadi sedangkan dirinya adalah sebuah bangsa yang harus terus menerus membangunkan akalnya dalam cara yang membina. Kehidupan itu harus dinikmati dengan caranya bukan dendam dan tipu muslihat. Jasni Matlani dalam ‘Sesekali Waktu Bertemu Jebat di Kota Diriku’, meletakkan keberadaban itu dengan penuh kesedaran. Katanya,

 

                        ‘Ajarlah aku membuktikan kebenaran.

                        Ajarlah aku menikam Karmawijaya dengan
                        semangat keris pantun,

                        syair dan gurindam. Ajarlah aku menghidupkan  di kalbuku rasa

                        keberuntungan diri dan dilahirkan pahlawan.’

 

            Namun begitu, tidak pula disimpulkan kota sentiasa diimejkan sebagai suatu lubuk kebahagiaan semata-mata lantaran situasi yang hidup tanpa batas waktu. Kota digambarkan sebagai gua puaka yang menempiaskan warna malapetaka. Zam Ismail, dalam ‘Jalan-jalan Raya Kotaku’, mencitrakan gambaran keserakahan warga kota yang telah melenyapkan keluhuran budi mereka.

 

                        ‘Demikian etika di perjalanan

                        budi luhur warga kotaku

                        tidak lagi berlaku

                        yang hadir adalah keserakahan

                        memacu menghimpun kekuatan

                        menghakis sopan santun’

 

            Kehidupan manusia setiap hari semakin berkembang maju. Mereka terlalu sibuk dengan mencari haluan hidup sama ada berasaskan kepada prinsip individu, keluarga atau masyarakat ataupun tidak. Kebanyakannya tidak mempunyai prinsip hidup walaupun memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi kerana telah dibuai dengan kesenangan, kemewahan dan kepuasan hidup. Sebahagian yang lain pula masih mencari-cari satu pegangan hidup yang lebih berasas supaya segala  masalah dapat diatasi dengan sempurna.

            Perubahan demi perubahan berlaku dalam masyarakat yang dengan tidak disedari berlaku pelbagai gejala keruntuhan akhlak dan kesalahan serta jenayah. Perubahan ini menjadi satu persoalan apakah masyarakat merestui pada masa akan datang terbinanya satu tamadun baru atau tamadun materialisme yang mengetepikan  amalan kemanusiaan  dan nilai kerohanian atau ingin melihat wujudnya satu tamadun hedonisme Malaysia untuk dipraktikkan  oleh setiap anggota masyarakat menerusi budaya barat. Namun begitu, penyair sebagai mewakili masyarakatnya menjelaskan penegasan bahawa masyarakat harus selalu diingatkan agar gejala yang berlaku itu tidak mencacatkan pembinaan sebuah tamadun yang dihormati. Abdul Rahim Tapah, dalam ‘Atas Nama Kita Sendiri’, mengingatkan bahawa ‘setiap catatan tak semestinya diisi dengan mimpi’. Rahim membarakan lagi gelombang semangatnya agar kita ‘mematahkan seruling fantasi’ yang telah meletakkan kita pada tempat yang bertambah mundur kerana terlalu dihiasi aktiviti kehidupan yang tidak membina. Katanya,

 

                        ‘Lepaskan kecapi dan patahkan seruling fantasi. Kita cipta

                        lagu keriangan untuk zaman ini – lagu baru ciptaan kita sendiri.

                        Rentaknya bakal merobohkan kota-kota purba dari mimpi dan

                        kita abadikan ia dalam catatan sejarah atas nama kita sendiri.’

 

            Para penyair tidak dapat tidak menyatakan pendirian sekaligus juga melontarkan pertanyaan demi pertanyaan mereka tentang peristiwa serta pengalaman masa lalu. Bagaimana tamadun bangsa dapat dipertahankan oleh masyarakat industri yang dibiasakan oleh kemewahan. Jasni Matlani dalam sebuah sajaknya ‘Ketika Mendepani Sebuah Kota’,12 menggambarkan satu suasana di mana:

 

‘Puing-puing bencana bergasakan

dan para sahabatku yang berlari mengharung

sejarah dan citrawara perit. Inikah zamannya rohku tertusuk

belati tajam waktu dan jasadku mabuk bergelitan

di celah-celah dinding kaca hawa nafsu

sementara kebimbangan membelit dan menjerut akaliah.

Kaukah yang terkurung di sebuah kamar hitam

sambil menyedut debu keluar dari corong hayat

iklim terus buram, kehilangan sari warna

sukma menerjang. di sana kau akan menyaksikan

pementasan hari depan menggores minda

pancaroba bertelagah dan bersengketa dengan

ijtihad Mahmudah. Ijtihad Sabililah.’

 

 

Penutup

 

Amat jelas disedari bahawa kota atau bandar yang ditakrif sebagai pusat segala kemajuan bermula itu menjadikan kemanusiaan lebih bertanggungjawab terhadap pembinaan sebuah tamadun bangsa. Namun demikian seperti dijelaskan tadi bahawa kehidupan kota semata-mata tidak dapat memenuhi ciri-ciri kelahiran sesebuah tamadun tetapi dibantu oleh perletakan aspek-aspek yang menekankan ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang dan adat resam di tempat yang tinggi. Penghijrahan atau perpindahan daripada sebuah kota kepada bandar raya menjadi isyarat betapa warganya melangkah setapak lagi dalam peradaban dan kemakmuran hidup sebagaimana kata ‘bandar raya’ itu sinonim dengan istilah ‘masyarakat madani’. Kerana itu juga taraf bandar raya bukan sekadar perubahan dan peningkatan kualiti dari sudut fizikal, tetapi kedudukan teratas bandar raya menuntut kesediaan warganya berusaha serta berazam meningkatkan kecemerlangan dari sudut ketahanan dalaman dengan kekuatan spiritual dan kemantapan dari aspek mental yang mana kedua-dua faktor ini menjadi teras kepada kejayaan sesebuah peradaban atau tamadun. Tamadun yang terkenal dalam sejarah manusia adalah hasil budaya yang sesuai dengan pembentukan dan pencapaian tamadun berkenaan.

           

 


  

RUJUKAN

 

 

 

Abdul Rahim Tapah, 1996. Tergantung Pada Kata. Kuala Lumpur: DBP.

 

Arifin Arif, 2001. Kota Madani. Kota Kinabalu: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.

 

Fariza Md. Sham, Sulaiman Ibrahim dan Ideris Endot, 2000. Dakwah dan Perubahan Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

 

Jasni Matlani, 1996. Tergantung Pada Kata. Kuala Lumpur: DBP.

 

Muhammad Haji Salleh, 1982. Dari Seberang Diri. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Wan Hashim Wan Teh, 1997. Tamadun Melayu Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu. Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Zam Ismail dan lain-lain, 2000. Rimbun Bicara (Majlis Pentupan Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur – World Poetry Reading 2000). Kuala Lumpur: DBP.


Posted at Friday, May 30, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
Komentar  




Friday, May 23
Lagi fasal PPSB

 

Saya percaya setiap Ketua Fasilitator mengimpikan sebuah produksi yang mantap pada setiap kali PPSB dipentaskan menerusi Malam Citra Puisi. Tidak juga dinafikan PPSB mencabar kewibawan mereka sebagai orang yang dipertanggung-jawabkan membawa program tersebut berjalan mengikut landasannya. Namun apa yang diharapkan sering kesasar daripada acuan yang ditetapkan. Walaupun betul, para fasilitator tidak punya ruang yang banyak untuk menjadikan pentas PPSB lebih kreatif, namun mereka harus menggunakan pengalaman yang mereka miliki untuk menyesuaikan diri agar PPSB benar-benar menepati matlamatnya. PPSB harus berlangsung dengan kecemerlangan yang tersendiri, tertakluk kepada kebijaksanaan semua fasilitator menyerlahkan kreativiti membentuk para pelatih PLKN. PPSB bukan setakat hidup sebagai sebuah persembahan, jika itu dijadikan asas dalam penelitian keberkesanan dalam program latihan khidmat negara. Ia harus lebih daripada itu dengan erti kata lain mampu meninggalkan kesan mendalam terhadap kesedaran budaya dan sastera sekaligus menerima keberadaan elemen-eleman ini di dalam kehidupan multi-bangsa di kalangan pelatih-pelatih berkenaan. 

Secara peribadi saya amat terganggu dengan kemampuan kebanyakan para fasilitator PPSB yang dilantik walaupun asas pemilihan mereka berdasarkan kebolehan yang telah diuji, tidak kira sama ada melalui sesi suaikenal atau perakuan daripada pihak-pihak tertentu. Namun demikian kemampuan peribadi saya fikir tidak cukup untuk memudahcarakan para pelatih yang terdiri daripada pelbagai latar budaya. Ada perbezaan antara mengajar dan mendidik di dalam bilik darjah sebagaimana kebiasaan para pelatih alami sebelumnya. Meskipun kebanyakan tempat, premis melatih bagi PPSB itu berlaku dalam bilik darjah, situasinya memang berbeza. Fokus PPSB ialah memberikan penghayatan sastera dan mengapliaksikannya bersama-sama elemen budaya yang merangkumi gerak kreatif dan teater, penyesuaian bakat seperti kebolehan vokal, menyanyi dan berlakon. Dengan penetapkan puisi sebagai tunjang utamanya, PPSB sudah pasti menghadapi reaksi yang pelbagai di kalangan para pelatih. Mungkin tidak secara berterus terang kerana kebanyakan daripada mereka lebih gemar mengikut daripada membantah, paling tidak menampakkan sikap acuh tak acuh, tidak bermaya, kurang memberikan respon membina. Ini boleh dilihat sepanjang persembahan. Dari sini, saya fikir para pelatih tidak harus dipersalahkan. Bukan semua daripada meraka yang tidak meminati sastera dan budaya namun disebabkan program ini gagal memberikan kesan yang luar biasa, akhirnya PPSB dianggap tidak lebih daripada kesengajaan yang diatur untuk memenuhi hasrat kerajaan semata-mata. Tidak dinafikan juga ada beberapa orang fasilitator khususnya di Sabah yang memang telah meletakkan PPSB sebagai salah satu mekanisme penerapan nilai-nilai patriotik menerusi gabungan gerak kreatif, dekalamsi sajak dan puisi-puisi tradisional.

Apakah wujud kesan luar biasa kepada para pelatih terbabit? Menjawab pertanyaan ini kita perlu kembali kepada isu awal iaitu sejauh mana kesanggupan fasilitator atau pemudahcara PPSB menzahirkan ilmu mereka untuk menyemai bibit-bibit murni menerusi PPSB dalam suatu jangkamasa yang amat pendek itu. Sebab itu jugalah seharusnya program ini ditangani oleh golongan individu yang luar biasa bukan sekadar membentuk sebuah persembahan semata-mata. Hinggakan ada pandangan bahawa persembahan PPSB tidak jauh bezanya dengan persembahan dalam program-program lain yang mereka ikuti di kem. Apa tidaknya, sekiranya diterapkan juga adegan-adegan tarian, pergerakan yang tidak terkawal umpamanya interaksi berlebihan antara gender, memasukkan juga lirik-lirik pantun serta lagu-lagu yang tidak diperlukan untuk PPSB. Semua ini merupakan larangan yang kerap kali disentuh dan ditegur oleh pengurus PPSB, Penyelaras PPSB Negeri dan juga Ketua-ketua Fasilitator. Namun apa yang terjadi pentas PPSB terus menempatkan pencemaran apabila elemen-elemen budaya dan sastera telah diadaptasi mengikut selera fasilitator. Seperti ungkap salah seorang fasilitator kepada saya, tidak sah jika tidak membawa bermacam-macam prop dan memastikan persembahan itu menyeronokkan! Pada saya prop tiada masalah asalkan bersesuaian dan tidak melanggar Perintah Tetap kem, tetapi unsur-unsur menyeronokkan itu perlu ditangani dengan sebijaksana yang mungkin. Pengabaian unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai membina jati diri para pelatih yang terlibat akan memberikan kesan negatif yang seharusnya dielakkan.

Melihat PPSB secara menyeluruh perlu dijadikan budaya kepada para fasilitator. Dengan begini akan wujud sikap ambil peduli yang amat tinggi untuk memelihara 'kemuliaan' program ini. Bermula pada sesi pertama iaitu sesi pengenalan hingga kepada Malam Citra Puisi, harus mencerminkan kesediaan semua fasilitator. Ketua-ketua fasiliator perlu menyiapkan persiapan dari awal supaya PPSB memberikan impak yang 'menyelerakan'. Menanam keyakinan kepada ratusan pelatih berkaitan misi PPSB di kem PLKN bukanlah suatu kerja yang mudah dan dilkukan secara sambalewa. Setiap sesi atau fasa mestilah diisi mengikut keperluan yang diarahkan. Kita tidak mahu program yang baik ini dilakukan secara asal menjadi. Apa yang penting PPSB berlangsung dan menunggu upah beberapa bulan kemudian. Saya fikir jika ini persepinya, PPSB akan terus diketepikan. Komandan-komandan kem juga mempunyai tugas tersendiri dalam penilaian mereka terhadap PPSB. Mereka akan mengemukakan komentar kepada DBP. Memang banyak reaksi yang kita baca dalam laporan yang diberikan pihak pengurusan PPSB. Malah kita harus juga peka bahawa komandan-komandan kem akan menyaksikan persembahan-persembahan para pelatih setiap siri yakni 3 kali dalam setahun. Sudah tentu mereka mahukan sesuatu yang sentiasa berbeza dari satu siri ke siri yang lain. Walaupun ada sesetengah kem komandan yang tidak serius terhadap kehadiran PPSB di kem mereka,

PPSB harus digandakan lagi kecemerlangannya dan kecemerlangan ini saya fikir perlu digalas oleh para fasilitator yang benar-benar mahir dalam segala perkara. Bayangkan jika seorang penulis novel menjadi fasilitator, atau seorang penulis yang lama senyap dalam dunia penulisan menjadi fasilitator, atau seorang guru sastera, atau seorang penari, seorang penulis puisi,seorang pemuzik dan seumpamanya dilantik menjadi fasilitator - kemahiran mereka ini masih memerlukan nilai-nilai tambah yang lain seperti komitmen dan minat yang amat mendalam terhadap dunia sastera dan budaya serta falsafah yang terbina daripada elemen-elemen tersebut. Para pelatih sudah bosan mendengar celoteh berbentuk motivasi, kerana itu PPSB juga harus meletakkan cara yang betul bagaimana penghayatan sastera dan budaya dilaksanakan. Dengan mengatakan kamu harus begitu dan begini, kamu jangan buat itu dan ini, kamu jangan, jangan, jangan dan jangan ... menyebalkan akal anak-anak muda itu. Sebaiknya kita bersahabat dengan mereka. Kita marah cara sahabat marah. Kita tegur cara sahabat tegur. Kita bekerjasama cara sahabat bekerjasama, dan seterusnya menggabungkan upaya secara profesional. PPSB akan meninggalkan kesan yang tidak akan dilupakan apabila dari awal hingga MCP berlangsung memahirkan semua orang yang ada di kem itu dengan citra sastera. Apabila mereka mendengar gurindam semantan, seloka pak kadok, syair siti zubaidah atau nazam mereka akan melihat PPSB di kem PLKN. Terjelma kenangan tersendiri. Inilah kelebihan PPSB yang harus ditanamkan setiap siri dalam Program Latihan Khidmat Negara.

PUSTAKAIQBALNAZIM


Posted at Friday, May 23, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
Komentar  




Monday, May 12
Pencerahan Persuratan dan Budaya di Sabah

Jasni Matlani telah menyampaikan pandangan telusnya terhadap keterpinggiran sastera di Sabah ketika Rang Undang-undang Enakmen Warisan Budaya (Pemuliharaan (Pindaan)) 2008 dibentangkan dan diluluskan di Dewan Undangan Negeri Sabah oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun (rujuk artikel "Penjanaan dan pejenamaan Semula Warisan Budaya dan Sastera di Sabah dalam Utusan Borneo 12 Mei 2008).
               Memang agak malang kerana sastera sering dilihat tidak lebih sebagai artifak seni yang tidak sebesar nilai komersial bidang pelancongan yang lebih menyerlahkan aktiviti seni tari, busana dan kraftangan. Lebih malang lagi pengertian budaya itu sendiri sering disalaherti. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat. Edward B. Taylor telah memberi satu takrif yang klasik mengenai konsep kebudayaan. Katanya:...kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat." 
               Apa yang selalu dijelaskan oleh sebilangan besar masyarakat kita termasuklah para pemimpin dan mereka yang menggelar sebagai pejuang budaya, budaya atau kebudayaan yang berlegar dalam kepala mereka ialah tarian, alat muzik tradisi dan busana pelbagai corak etnik masyarakat kita. Saya tidak pasti selain daripada itu misalnya bercakap mengenai nilai keindahan selain keindahan pada lenggang lenggok para penari, keindahan pada muzik yang mengasyikkan dan sebagainya. Sastera juga bukan sekadar puisi, pantun, seloka atau novel tetapi lebih luas daripada itu. Sastera juga meliputi falsafah, pemikiran, bahasa, pendidikan yang lahir dan dilahirkan daripada kehidupan masyarakat berkenaan. Tentulah anggapan kerdil terhadap bidang sastera melahirkan rasa kecewa kepada individu ataupun sekolompok rakyat yang berusaha menggembeling tenaga dan fikiran untuk memulihara, membangun, memugar, membentuk, mengembang bidang berkenaan di kalangan generasi baru. 
                  S
asterawan dan para penulis pelbagai genre serta disiplin penulisan bukan golongan sembarangan. Sebagai bukti, terdapat juzuk khas untuk penulis dalam al-Quran iaitu menerusi surat as-syura. Imam al-Ghazali menegaskan bahawa seseorang itu tidak boleh menjadi penulis jika kurang ilmu dunia dan akhirat. Ini suatu ketentuan yang patut diambil perkiraan betapa peranan yang digalas oleh para penulis itu harus juga diberikan perhatian dengan sungguh-sungguh. Mereka ini menjadi pemikir yang telah membijaksanakan ramai manusia bermula daripada prinsip 3M di prabelajar.  Ilmu pengetahuan tidak akan tersebar luas tanpa penulis, dan ini juga mengukuhkan nilai kepada ilmu pengetahuan itu agar diletakkan di tempatnya yang terbaik. Barangkali kedudukan sastera kita di Sabah ini agak bercelaru apabila ingin meletakkan di mana para pendukungnya harus berada, apatah lagi apabila kita mempunyai pelbagai agensi yang turut terlibat secara tidak langsung. Bagaimanapun, apa yang jelas ialah tidak pernah ada usaha yang serius ke arah memartabatkan bahan-bahan persuratan kita itu. Saya pernah menulis isu ini namun telah dilihat sekadar sebagai suatu luahan emosi semata-mata walaupun realitinya ada. Tentulah tidak merugikan sesiapa pun sekiranya pihak kerajaan Negeri memandang positif atau setidak-tidaknya mengambil jalan pencerahan agar sastera dan budaya kita yang begitu banyak itu juga wajar diletakkan dalam penjenamaan warisan budaya kita. Mungkin untuk ke arah itu tidak semudah kita berkata atau menulis sebuah pandangan begini, namun apa yang penting ialah memperkatakannya secara terbuka dan memberi peluang kepada pelbagai pihak untuk memberikan pandangan mereka. Pihak kerajaan juga harus mendengar pandangan-pandangan itu sebelum membuat sebarang keputusan yang sukar diterima. Betul apa yang disampaikan oleh Jasni terhadap sikap yang harus diambil ingatan agar mendengar rintihan rakyat. Golongan penulis telah diwakili oleh Tuan Haji Ariffin Arif di Dewan Undangan Negeri dan menyampaikan hasrat murni kalangan sasterawan dan penulis. 
                  
Kita amat berterima kasih dengan adanya seorang Ahli Yang Berhormat di dewan yang terbaik itu untuk menyampaikan hasrat rakyat. Namun begitu desakan perlu dipanjangkan di kalangan rakyat apabila buah fikiran yang disampaikan Ariffin tidak memberikan respon yang diharapkan. Sebagai rakyat dan salah seorang pemimpin pertubuhan penulis di Sabah, saya mengajak anda terutama para sasterawan, budayawan dan seniman di Sabah agar menyatakan pandangan yang sama. Saya percaya akan terbersit buah fikiran yang lebih denamik agar wujud pradigma para pemimpin kita mendesak supaya keberadaan sastera dan budaya dalam masyarakat kita harus lebih dimartabatkan. Dunia persuratan sebenarnya kita berjumpa pada kekuatan makna yang tidak hanya disandarkan pada kekuatan leksikal dan kekuatan metafora melainkan lebih kepada kekuatan sprituil yang mencuba menyungsung keajaiban-keajaiban filosofinya. Dan berapa ramai 'orang-orang besar' kita menilai sastera dari sudut ini?

©PUSTAKAIQBALNAZIM

 


Posted at Monday, May 12, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
Komentar  




Sunday, May 11
SELAMAT HARI IBU

 


Dengarkanlah lagu, lagu ku ini
Ikhlas dari hati hanya untuk mu
Aku lah anak mu, anak mu yang selalu
Memelukmu menciummu

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji

Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahagia
Inginku nyatakan kau milik syurga

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji

(Lirik 'Selamat Hari Ibu' oleh HUJAN)


Pertama kepada ibuku - Hajah Subiah Sidek, moga ibu sehat dan dipanjang usia. Jasa dan bakti ibu tidak dapa dibalas kerana sampai bila pun tidak ada apa yang mampu membandingkan jerih perih mengandungkan, melahirkan, menjaga, mengasuh, membesarkan... Ibulah emak, ibulah guru, ibulah kawan, ibulah rumah syurga. Meskipun anakmu ini bukan yang terbaik, tidak pernah ada hari melupakan ibu ketika sudah berjauhan. Sesungguhnya erat kasih sayang tiada garis dan batasan.


Adik-adiku - Hassimah, Hamidah, Melati dan Melor, moga menjadi ibu yang hebat sebagaimana ibu kita yang tidak pernah mengeluh untuk bersama walaupun di mana kita berada. Sesudah mengandungkan, melahirkan, menjaga dan mengasuh kadang-kadang ibu juga amat perhatian dengan cucu-cucu dan cicitnya. 


Guru-guruku, Sahabat-sahabat dan teman-teman taulanku, ibu-ibu yang jauh dan dekat - yang ramai di mana-mana. Selamat Hari Ibu. Sesungguhnya peranan anda memang hebat.  







PUSTAKAIQBALNAZIM


Posted at Sunday, May 11, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
Komentar  




Thursday, May 8
MERENUNG SEMULA PPSB

© PUSTAKAIQBALNAZIM

Memang bukan mudah untuk membezakan antara berkata dan menikmati kata-kata. Semua orang barangkali boleh berkata, memberikan ilustrasi berdasarkan apa yang difikirkannya namun tidak semua boleh menikmati dalam erti yang lain menerima sejujurnya daripada makna kata-kata yang tersusun dengan indah (pada pandangan orang yang berkata) itu.

Begitulah takrif yang ingin saya perkatakan berkaitan dengan PPSB sebuah jenama yang dilahirkan sebagai sebuah komponen penting dalam PLKN di seluruh negara. Diakui memang secara positifnya PPSB telah menempatkan sumber sastera dan budaya ke sebuah arena yang amat sesuai walaupun skalanya masih kecil. Ini tentu sahaja boleh dikaitkan dengan realiti penerimaan para pelatih yakni wira dan wirawati berdasarkan peringkat program. Setelah empat tahun, PPSB sudah tidak begitu ganjil di kalangan pengurus kem-kem PLKN, termasuk para Komandan dan juga jurulatih-jurulatih PLKN. Mereka tahu PPSB telah memberikan output yang tidak kurang juga besarnya kepada generasi yang mengungsi doom-doom kem setiap 3 bulan atau 3 peringkat setahun. Memang segelintir pelatih menggambarkan PPSB bagaikan seekor raksasa yang menakutkan mereka, pada mulanya, namun kegerunan mereka (baca: kekalutan) berubah apabila berinteraksi dengan fasilitator-fasilitator PPSB yang diberikan tugas mencabar itu.

Mengapa mencabar? Sama ada Ketua Fasilitator (KF) atau fasilitator rata-rata akan memberikan reaksi yang sama, betapa cabaran hebat yang mereka hadapi memberikan pengalaman bermakna, malah tidak itu semata-mata tetapi mengajak mereka lebih bersedia dengan disiplin ilmu, pengetahuan, pendekatan dan teknik bimbingan. Mereka tidak mengajar subjek sastera atau budaya sebagaimana para pelatih alami di sekolah masing-masing. Namun ada ketikanya tindakan mengajar terpaksa juga dilakukan apabila berhadapan dengan kepelbagaian latar para pelatih berkenaan. Namun demikian tentulah ia sedikit sebanyak 'melonggarkan' matlamat program, sebagai salah satu usaha mengajak anak-anak muda kita memahami rasa cinta yang mendalam terhadap negara dengan melahirkan warga yang bertanggungjawab dan berhemah tinggi, sekiranya program ini tidak jauh bezanya dengan seorang guru sastera yang menilai sejauh mana anak muridnya lulus menjawab soalan-soalan yang diberikan. Mereka tidak merasakan suatu penghayatan telah dinikmati, samada tidak faham atau memang mereka tidak minat untuk faham, di mana akhirnya yang lebih diutamakan mereka hanya terhibur kerana menjayakan sebuah persembahan tetapi tidak ada sedikitkan 'roh' sastera dan budaya itu melekat dalam jiwa mereka. Mereka membaca puisi, mereka menyampaikan lagu tradisi, mereka beraksi melakonkan watak-watak Pak Pandir, Pak Kadok (?) ... tetapi bagaimana dengan nilai-nilai penting dan teras daripada puis-puisi para penyair besar kita, apakah mereka dapat merasakan keberadaan makna ketika beraksi dengan meriah di pentas? Mereka telah dihiburkan, mereka merasa gembira, mereka berkesempatan mengenakan busana yang indah... selain ada kenangan terindah apabila mampu menyampaikan Gurindam Semantan, Nazam,  Syair Bidasari atau Siti Zubaidah dengan baik. Kita juga melihat anak-anak dari keturunan bukan Melayu juga bekerja keras belajar mendeklamasi puisi atau mengaksikan gerak-gerak kreatif. Mungkin mereka masih 'kabur' tentang semua itu tetapi kenangan memberikan makna tersendiri kerana belum tentu ada suatu masa yang baru untuk mengulangi peristiwa yang sama. Ini aspek kejayaan yang wajar dihargai menerusi PPSB.  

Kita sebaiknya tidak dikhayali dengan kesan kecil tersebut. Barangkali kita harus juga mengingat kembali sepanjang empat tahun dan merenung apakah peranan kita itu telah berhasil, atau sekurang-kurangnya menilai dari aspek nilai sastera dan budaya yang digembelingkan. Memang semua fasilitator telah bekerja keras mengisi masa 6 fasa atau 18 jam untuk PPSB. Ada fasi yang mampu menampilkan persembahan para pelatih dengan cemerlang kerana latar belakang pengalamannya yang baik dan ada juga fasi yang masih meraba-raba untuk membentuk anak-anak muda ini membuat sebuah persembahan berdasarkan acuan yang disediakan DBP. Di sini timbul pula ketidakseragaman yang mencatatkan program ini secara keseluruhan. Namun hanya kata-kata ini yang dapat diberikan: apa nak buat, itu yang termampu. Maka, kita pun harus menerima dengan terbuka segala kata-kata dan berusaha juga dengan jujur menikmati makna kata-kata yang diucapkan walapun pahit untuk ditelan, kerana itulah sahaja yang termampu. Tepuk dada tanya selera.


Posted at Thursday, May 08, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
4 Komentar  




Next Page

KREATIF HASYUDA ABADI

Saya juga berada di blog
MEMBELAH KABUT
klik sahaja,
anda dialu-alukan...


 


Dengan sepasang sayap jelita ini
aku akan pergi ke mana sahaja
menjelajah dunia Cinta-Nya...

Sesawang sebelumnya:
LAMAN AKAR CAHAYA
Mailing List:
LAMANAKARCAHAYA YAHOO-GROUPS




PANTUN HARI INI

Memburu rusa di hutan simpan,
Bersama kawan anak Pak Kayat;
Gembira rasa hari persandingan,
Moga berkekalan ke akhir hayat.

Dari Pensiangan ke Pekan Kimanis,
Membeli ikan di Tamu Papar;
Hari persandingan peristiwa manis,
Tiada berulang masa beredar.

Membeli reload di Tanjung Aru,
Jangan lupa membeli laksa;
Selamat menyambut pengantin baru,
Suka duka sama dirasa.


LAYARI KOLEKSI PANTUN HA
YANG LAIN DI SINI



PROFIL HA
Salasilah Keturunan Liwas

SAYA dilahirkan di tangan Bi' Susur - bidan kampung ketika masyarakat Sabah masih di bawah era British North Borneo Company. Ayah suku kaum Murut Tenom, Sabah sementara ibu suku kaum Jawa daerah Beaufort. Saya bergelar 'abang tua', 'pak tua' dan 'atuk tua' kepada lima adik - seorang lelaki dan empat perempuan, 18 anak-anak saudara dan seorang cucu. Latar awal kehidupan kecil, dibesarkan dalam kawasan perladangan getah (Lumadan Estate) dan terdedah dengan aktiviti seni pementasan bangsawan, sandiwara, persembahan kugiran dan tarian di tempat kelahiran yang dipergiat oleh para pendidik sekolah dan warga ladang.  Sila Klik Kelanjutannya

SENARAI PENERBITAN BUKU HA
Antologi Puisi Bersama

1] Sematan (GPPS, Sarawak 1984)
2] Titian Rindu (DBP Sabah, 1987)
3] Kekasih (DBP Sabah/MUIS, 1987)
4] Perubahan (DBP, 1988)
5] Siapakah Antara Kita (DBP, 1988)
6] Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989)
7] Mengenang-Mu (DBP, 1989)
8] Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990)
9] Perkasihan Musim (DBP Sarawak, 1992)
10] Luka Bosnia (BAHASA, 1992)
11] Al-Kahfi (DBP Sabah/MUIS, 1992)
12] Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993)
13] Nafas Utara Borneo (DBP Brunei, 1994)
14] Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995)
15] Kafilah (DBP/MUIS, 1996)
16] Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997)
17] Tasbih Rindu (DBP Sabah/MUIS, 1998)
18] Penyair, Alam dan Kemanusiaan (DBP, 2000)
19] Antologi Puisi Cyber: Graffiti Gratitude
(Yayasan Multimedia Sastera, Bandung,
Indonesia, 2001)
20] Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002)
21] ‘Iktikaf (DBP Sabah/MUIS, 2003)
22] Nyanyian Iman (DBP Sabah, 2004)
23] Nyanyian Pulau-Pulau (DBP Sarawak, 2004)
24] Antologi Puisi Sufi: Cinta Pohon Tamar
(Jahabersa Johor Bahru, 2004)
25] Hadrah Cinta (DBP Sabah, 2005)
26] Manuskrip Luka Bangsa (PENA, 2006)


Kumpulan Puisi Persendirian

1] Balada Paduka Mat Salleh (DBP,1989)
2] Akar Cahaya (IPS, 1997)
3] Datang Kembali (IPS, 1997)
4] Menginai Badai (DBP Sabah, 2004)
5]
Sinar Sirna (DBP, 2006)
6] Lebur yang Abadi (Iris P&D, 2008)
7] Buku Kumpulan Pantun persendirian:
Usul Mengenal Asal
(Iris P&D, 2008)


Kumpulan Cerpen Persendirian

Sepasang Sayap Jelita (Inpes, 2004)

Antologi Cerpen Bersama

Rantau Utara, (DBP Brunei, 1989)
Ibrah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sabah, 2003)


Antologi Skrip Drama Pentas

Unduk Ngadau, (DBP, 2005)

Antologi Kertas Kerja

Idealisme & Intelektualiti dalam
Karya (PENA, 2005)




TEGAK RUMAH KERANA SENDI
RUNTUH SENDI RUMAH BINASA
SENDI BANGSA IALAH BUDI
RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA


BUKU-BUKU PUISI HA

Balada Paduka Mat Salleh (1989) Kumpulan Puisi Menginai Badai (2004) Antologi Puisi Cinta Pohon Tamar
Kumpulan Puisi Sinar Sirna (2006) Kumpulan Cerpen Perseoranganku: Sepasang Sayap Jelit (2004) Koleksi Puisi LEBUR YANG ABADI (2008) diterbitkan oleh IRIS Production and Distributors

PUSTAKA IQBAL NAZIM
(Koleksi HA)

Sedang dibina. Insyaallah bakal menjadi rujukan bersama.Sedang dibina. Insyaallah bakal menjadi rujukan bersama.

Di bawah ini buku-buku Guru dan Idolaku...
Kumpulan Puisi 'Ziarah Tanah Kudup' karya Kemala: GurukuKumpulan Puisi 'Nafas-Nafas Nurani' karya As-Suhaimi: IdolakuKumpulan Puisi 'Perahu Melayu di Lautan Khulzum' karya Hj Johar Buang: Idolaku

Puluhan tahun duduk mengarang, jadilah Sepasang Sayap Jelita, Berkurun tabah kasih menatang, abadilah sayang didakap setia.


Bersama mama dan bapa
(1962)



Sertai KEMSAS
Powered by groups.yahoo.com



AKTIVITI HA



19 APRIL 2008:
MESYUARAT AGUNG IPS KE-17
26 APRIL 2008:
ZIARAH SASTERAWAN: DATUK HJ SHUHAIBUN YUSSUF
27 APRIL 2008:
SEMINAR PEMIKIRAN AMIL JAYA
30 APRIL 2008:
TAKLIMAT PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA
2 MEI - 4 MEI 2008:
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM KUBENA SIPITANG [Dibatalkan]
5 MEI - 6 MEI 2008:
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM TANAKI TAMBUNAN
7 MEI 2008:
MENYAKSIKAN MALAM CITRA PUISI PPSB DI KEM WAWSAN KG OVAI PAPAR
6 JUN 2008:
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 2/2008 DI KEM TANAKI TAMBUNAN
21 JUN 2008:
CERAMAH KOMSAS DI SMK MEMBAKUT, SABAH

18 JULAI 2008:
CERAMAH KOMSASM DI SMK NARINANG KOTA BELUD

25 - 28 JULAI 2008:
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALI INDONESIA


CERPEN HA
['Link'nya sedang dibina, maaf]
Memilih Diam
Kepala-Kepala
Ekor
Seberkas Idea Tentang Pohon
Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan
Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat
Bagai Dedalu
Citra Tidak Berakhir di Sini
Hanya Namanya Khartizah
Sahabat Saya yang Hilang
Seniman
Maruah Harith
Jambatan Terbentang Tirus

PAUTAN HA
Ikatan Penulis Sabah (IPS)
Dialog Puisi Sinar Sirna
Koleksi Puisi Lebur yang Abadi
Koleksi Pantun Usul Mengenal Asal
Buya Hamka
Laman Akar Cahaya
Kebudayaan Kesenian Warisan
Mekar Budaya Production
ABIM Sabah
Kemsas
Komposisi OnLine
Istimewa Untukmu
Zikir Group
Klik DBP
DBP
GAPENA
Penyair Terbilang
SEA Write Award
Nobel Prize
Famous Poets anda Poems
Arkib Nobel Prize
KaryaNet
Permata Kata Khalil Gibran
Gramedia
Barisan Nasional
Parti Keadilan Rakyat
PAS
Novel Melayu
Kadayan Universe
Teater Perdana 2006
Putera.Com (Rujukan ICT)
Asterawani Brunei DS
Persatuan Penulis Negeri Sembilan

SASTERAWAN NEGARA
Keris Mas: 1981
Datuk Shahnon Ahmad: 1982
Datuk Dr. Usman Awang: 1983
Datuk A.Samad Said: 1986
Arena Wati: 1987
Dr. Muhammad Haji Salleh: 1991
Datuk Nordin Hassan: 1993
Datuk Abdullah Hussien: 1996
S.Othman Kelantan: 2001

SASTERAWAN MALAYSIA
Ahmad Patria Abdullah
Amaruszati Noor Rahim
Azizi Hj. Abdullah
Arisel B.A
Armiza Nila
Abdul Latip Taib
Amin Minhad
Ariff Mohamad
Asmiaty Amat
Azmah Nordin
Baha Zain
Dahiri Saini
Darma Mohammad
Dharmala NS
Faisal Tehrani
Fuzail Dubai Version
Ghazali Lateh
Hashim Yaacob
HM Tuah Iskandar
Helmy Samad
Jaafar Hamdan
Jaya Ramba
Jeniri Amir
Jiwa Rasa
Lily Haslina Nasir
Marsli N.O
Lutfi Ishak
Mawar Shafei
Nazmi Yakub
Nimoiz TI
Nisah Hj Haron
Paul Nanggang
Rahmat Haron
Roslan Jomel
Salina Ibrahim
Saiee Driss
Sahrulnizam Abdul Talib
Sharul Rizal
Shamsudin Othman
S.M.Zakir
Siti Zainon Ismail
Sri Diah
Wan A.Rafar
W.B.Rendra
Yussuf Fansuri
Zaid Akhtar
Zurinah Hassan

SASTERAWAN NUSANTARA
Pramoedya
Goenawan Mohammad
Agus Noor
Mussidi
Nanang Suryadi
Isa Kamari

SAHABAT HA
Tiara (Singapura)
Rem (Little Norwich)
Hj Ismaily Bongsu (Membakut)
Ony (Sahabat Karib)
Lenny (Kuala Lumpur)
Kanda ABM Fajeer (Sandakan)
Laliman Hj. Ahmad
Katerina Tati (Kota Kinabalu)
Puteri Ezza (Kunak)
H.B Johar (Singapura)
Nurul Omar (Sandakan)
Moyank (Balikpapan)

TOKOH PILIHAN
Tun Mahathir Mohammad
DS Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
A.Kadir Jasin
YB Datuk Sharir Abdul Samad
Ruhanie Ahmad
Syed Hussien Alattas
Mohd Sayuti Omar
Khalid Jaafar
Rustam A.Sani (Allahyarham)
Ainon Mohd
Ustaz Najimudin
Datuk Salleh Tun Said
YB Datuk Abdul Rahman Dahlan

MEDIA PILIHAN
Utusan Malaysia OnLine
Aliran Charter 2000
Asia News Network
Gerbang Tempur Politik Maya
BERNAMA
Berita Harian OnLine
Bulletin Malaysia
e-Media
Harakah Daily
Gundohing (Koleksi Maklumat Sabah)
Malaysia Central: Online Press
Malaysia Kini
Diari Pemantau Media Malaysia
Malaysia News
Malaysia Post
Malaysia Today
Malaysia Kita
Merdeka Review
Nanyang Online
Reuters Malaysia
Republika Online
Tempo Online
Screenshots - Jeff Ooi
Sightings
Vanakkam Malaysia
Yahoo! Malaysia News

CATATAN MENARIK
[dedikasi buat putera-puteriku]

Ayat-Ayat Cinta: Sebuah Lagu
Cerpen: Seberkas Idea Tentang Pohon
Tamadun:Tanggapan Penyair
Lagi Fasal PPSB
Pencerahan Persuratan dan Budaya di Sabah
Selamat Hari Ibu
Merenung Semula PPSB
Kem Tanaki Tambunan: PPSB yang Tidak Dilupakan
Puisi: Kerana Matahari
Perihal Seniman dan Ahli Yang Berhormat
Puisi: Mencari Mutiara
Sastera Sabah, Apa Yang Saya Fikirkan
'Taboo' Sebuah Bangsa
PPSB: Sikap Acuh Tak Acuh dan Perjuangan
Sastera Sabah, Apa Yang Saya Fikirkan
Sebuah Ziarah, Orak Arik Sastera
Puisi: Perbualan Sunyi
Negaraku, Rustam yang pergi dan Amil Jaya
Hari Bumi dan Krisis Makanan
Selepas Mesyuarat Agung IPS
Petikan Ucapan HA - MAIPS
Puisi: Saat Kutemui Kesedihan
Berfikir Secara Negatif yang Baik
Merindui Segala Pertemuan
Puisi: Berapung
Puisi: Belantara Nestapa
Adakah Perjuangan Penulis Sekarang?
Apa Khabar Penulis Sabah?
Samudera Kesusasteraan Melayu:
Sastera Negeri di Bawah Bayu [ Siri 1]

Samudera Kesusasteraan Melayu:
Sastera Negeri di Bawah Bayu [ Siri 2]

PuisiAmil Jaya: Mutiara di Lautan Dalam
Sastera, Sebatang Lilin
Sastra dan Nilai Kesukarelaan
Mematangkan Pemimpin
Merasa Selesa
SDC - Sebuah Enigma
Puisi kepada Dinda Sasjira
KOMSAS dan Penulis Mapan
Sastera Sebagai Milik Kebersamaan
Long Pa'Sia
Puisi Hujung
Sastera Sabah Masih Ketinggal (UM)
Kemandulan Minda Sebuah Tohmahan
Setelah Letih Bersastera
Sekali Berani Berdusta
Catatan yang Tertangguh (Surya Irawan)
Catatan Deasoka Abd Naddin Tentang Kuli
Pasang Surut Kreativiti Penyair
Beberapa Pandangan Tentang Isu Penerbitan
Memiliki Buku Puisi Sendiri Selepas Dialog
Nasib Penulis Sabah
Komuniti Sastera Desa
DBP Sabah: Mengembalikan yang Tiada
50 jam Baca Puisi Tanpa Henti
Di Mana Penulis?
DBP Sabah: Apa yang Terjadi
Teater Main-main atau Main-main Teater
Pengantar 'Kitab Sehabis Peristiwa'
Wakil Rakyat
apakah yang Anda Lihat Sebagai Pengarang?
Wawancara BH dengan HA
Ramlie di Mana Kini?-Balasungkawa Ramlie Golah
O Kemerdekaan!
Dondang Penghormatan
Mencari Megakarya
Membedah Karya Sendiri
Sebuah Duka Buat Malaysia (Nurin)
Isu yang Membengangkan
Bagaimana Nawaitu Tercipta
Sajak Anak Belantara
Lirik Samseng
Lirik Angguk2 Geleng2
Di manakah Laila?
I B U
Di Kem Wawasan Kg Ovai
Pantun HA-KeRin 1
Serasehan Buku dan Foto
Pantun HA-Shukri
Pantun HA-REM
Pantun HA-KeRin 2
Memilih Ketua
Gendang Perkhabaran
Beberapa Pandangan Tentang Isu Bayaran Penulis

DENGAR BACA SAJAK
Live: Pastoral Mantanani
Klik! Adik Membebel

BACA MAKALAH HA
Megakarya:
Gagasan Generasi Baru

Sastera Siber:
Kesan Budaya dan Bahasa

Samudera Kesusasteraan Melayu:
Antara Cabaran dan Harapan [Siri 1]
Samudera Kesusasteraan Melayu:
Antara Cabaran dan Harapan [Siri 2]


DENGAR LAGU PILIHAN HA

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan ...

Stracie Angie Anam (Stacy AF6)
KEBANGGAAN SABAH












P U I S I:::P I L I H A N

PUISI ANTI DADAH
Belia tanpa dadah...

Tajuk: MISI GENERASI
Karya: Zaen Kasturi

Mengapa lorong berjelaga ini diredahi?,
Dan lembah bernanah ini dituruni?,
Sedang denai hayat di hadapan,
Sayup memandang,
Sedang sinar iman di belakang,
Setia menyuluh jalan,
Denai diterokai,
Dari kasih sayang ayah bonda,
Sinar yang terpercik,
Dari jiwa dan harapan bangsa,
Dan Tuhan tidak pernah berkata,
Bahawa nafsu lebih mulia,
Daripada akal manusia,
Sekali diredahi lorong berjelaga,
Sejuta kali mendung hitam di langit sukma ibunda,
Sekali dituruni lembah bernanah,
Sejuta kali tersayat luka di wajah bangsa,
Otak dijajah serbuk dan habuk khayalan,
Iman ditusuk jarum dari mata syaitan,
Jiwa disimpan dalam kapsul kenaifan,
Seluruh hayat terapung,
Di sungai zaman,

Ini seteru zaman baru harus ditentang,
Dengan semangat padu,
Tak kira apa nama kamu,
Mereka, dia dan aku,
Kerana anak-anak kita,
Diintip setiap waktu,
Sekali leka,
Seribu kali menyesal,
Tidak mudah berlaku,

Mari kita gempur lorong berjelaga,
Agar ruyup luka di wajah berhemah,
Mari kita lafaz ikrar,
Menjadi sumpah berakar,
Mari kita genggam,
Tekad membangun generasi berdaulat,

Ini misi generasi masa kini,
Tidak ingin menjadi cermin yang retak,
Di kamar nusa,
Tidak ingin menjadi album kosong,
Di lantai sejarah,
Gempur!!...,
Gempur lorong berjelaga,
Gempur!!...,
Gempur lembah bernanah....

[Sumber: AADK]



PUISI-PUISI HASYUDA ABADI


HANYA SEBUTIR DEBU

benar hanya sebutir debu yang tahu adanya ialah tiada berbanding adaNya yang Ada kerana Dia sentiasa Ada. berbanding debu hanyalah fana yang tidak memiliki apa-apa bergelut dalam lingkaran makna debu-debu lain di bawah sana. lantaran debu itu abadi masih tahu wujudnya kerana masa lalu terungkap rahsia insaf yang tidak sirna dalam sinar yang tertanam jauh di perdu kalbu. debu yang diinjak-injak ini juga tidak mampu. meski tahu wujudnya hanya sisa-sisa musim menyelinap di bawah tikar musallah meratapi kerdilnya tiada terpadankan kebesaran Dia. bahkan manusia yang gagah tapi sirna tahunya bahawa debu adalah titik buatnya. tak siapa mampu memandangnya tapi pasti merasai wujud debu jika memahami sesiapa jua akan sirna dalam warnanya.


TAK TINGGAL RUPA

setiap ada Engkau kukira telah tenggelam dimamah detikMu, tak kukukuh, telah lebur setiap ada Engkau dalam wangi taman tak kumampu mendongak selain runduk menumpukan khusyuk bagai serangga di daerah fauna. Setiap ada Engkau hanyalah debu sebagaimana al-Hallaj yang bernaung di bawah kekuatanMu tak tinggal rupa selain zarah-zarah maha debu.



LIPATAN BUNGKAM

hanya memandang ragam bungkam meski mengakar lara di lingkaran kehidupan, suara hanyalah pengantara biasa jambatan maksud tanya atau senarai jawab. diam tercipta damai, merasainya lebih wujud, memaknainya lebih faham. barangkali saatnya tiba santun lebih rahsia daripada memandang setiap bahasa terungkai di sebalik makna bentukan aksara yang dilafaz yang segera mengundang soal. jika terdengar sapa itulah suara menyampai khabar walau hanya di alam bungkam. meski sukar segalanya tertumpu di punca rahsia yang maha rahsia tak mungkin ada yang tahu. rungkailah kalimat setiap dinding ingat, datangkan segala perca cobekan duka di dalam lipatan bungkam, tuang renjis bara di lamannya, seadanya reda rela, andai demikianlah hukuman buat sibuta dibius bisu. di lahad sukma semadi sebati rahsia wangi kuntuman bunga tanpa pernah layu.



AINULHAQ

beberapa hari yang lepas tentang bulan, denyut bumi bertambah disimbah cahaya, tapi yang sebenarnya cahaya itu ialah lapisan cahaya atas cahaya mahajelas tidak seperti yang kau perhati tanpa kewujudan ainul haq. betapa leburnya kejadian buat hamba hanya selayak debu tak tertanding keagungan yang diperlukan makna terhadap peristiwa itu. keagungan itulah yang memandu akal mentafsir hadir sebagaimana kau fahami sesuatu yang dimiliki selain kesementaraan. beberapa hari yang lepas kau terbabas pada batas-batas kejadian tatkala sinar bulan yang mengambang penuh itu hanya cahaya yang sementara kerana sumbernya sahaja yang layak memandu kebenaran hakiki.

[Koleksi Puisi Kerohanian: LEBUR YANG ABADI]


Renungan kerohanian ada di sini...









rss feed