SAYA dilahirkan pada 1 September 1960 di Kampung Lumadan, Beaufort, Sabah. Ayah dari suku Murut, berasal dari daerah Tenom, Sabah sementara ibu dari suku Jawa, berasal dari daerah Beaufort. Saya ada lima adik terdiri daripada seorang lelaki dan empat perempuan. Latar awal kehidupan kecil, saya banyak didedahkan dengan aktiviti seni seperti pementasan bangsawan, sandiwara, persembahan kugiran dan tarian di kampung halaman. Penggiat seni ketika itu terdiri daripada para guru dan pekerja ladang getah. Setiap bulan diadakan persembahan seni dan pelbagai aktiviti yang diminati masyarakat ladang. Lumadan Estate (kini Ladang Lumadan, getah diganti dengan penanaman kelapa sawit) memang amat terkenal dengan aktiviti seni dan kebudayaan. Ada sebuah panggung wayang di ladang itu (kini sudah tiada); di situlah saya pernah beraksi membaca sajak ketika dalam tahun tiga sekolah rendah (berusia sembilan tahun). Saya pernah bercita-cita menjadi guru tetapi tidak pernah bercita-cita menjadi penulis. apakah bakat namanya(?) tiba-tiba menjelma ketika berhijrah ke Kota Kinabalu apabila mendapat tawaran kerja di Jabatan Penyiaran (RTM Sabah). Di Kota Kinabalu (1979), saya berkenalan dengan Hajah Zaiton Haji Ajamain, penulis dan pemimpin Kumpulan Anak Seni. Saya menjadikannya guru awal saya dalam dunia sastera. Di sinilah semuanya bermula; daripada menjadi penari kepada 'penggila' puisi. AKTIVITI: Saya amat mencintai puisi di samping mengarang cerpen, mengerjakan esei kritikan dan juga drama. Saya pernah menerima Hadiah Sastera Malaysia bagi genre puisi pada tahun 1985 dan Hadiah Sastera Sabah pada tahun 1989, 1991, 1998, 2000, 2002, 2004 dan 2007 bagi genre puisi dan cerpen. Saya pernah mengikuti Program Penulis Anak Angkat Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah pada tahun 1987 di bawah asuhan guru saya penyair Dato' Dr. Ahmad Kamal Abdullah dan Program Penulisan Majlis Bahasa dan Sastera Asia Tenggara (Mastera) di Pusat Pengembangan Bahasa, Jakarta pada tahun 1997 di bawah pimpinan Dr. Sapardi Joko Damono, Dr. Abdul Hadi W.M dan Taufik Ismail. Selain daripada itu saya juga pernah menerima bimbingan menulis daripada Dr. Ramli Isin dan Haji Hamzah Hamdani. Latihan teater asuhan Marzuki Ali dan Zulkifli Zain dalam latihan gerak tari. PRODUK SASTERA: Skrip drama pentas saya berjudul "Takungan Bayu" telah memenangi hadiah kedua dalam Peraduan Menulis Skrip Drama Pentas anjuran DBP Cawangan Sabah pada tahun 1995. Skrip ini memaparkan pandangan saya terhadap 'Sabah Baru' yang diungkayahkan kerajaan baru di Negeri Sabah bermula 1994. Pencapaian saya dalam bidang penulisan yang lain ialah Hadiah Penyajak Terbaik Berita Sabah (1997), Hadiah Tinta Sastera (1999 dan 2004) dan Hadiah Karya Sulung (2002). Sehingga kini saya telah menghasilkan lebih 1,000 buah puisi, 50 buah cerpen, 35 buah esei sastera dan 5 buah skrip drama pentas. Puisi-puisi saya dimuatkan dalam kumpulan puisi: 'Balada Paduka Mat Salleh' (1989), 'Akar Cahaya' (1997), 'Datang Kembali' (1997), 'Menginai Badai' (2004), 'Sirna Sirna' (2006) dan 'Kitab Sehabis Peristiwa' (2006). Cerpen-cerpen saya juga terhimpun dalam Kumpulan Cerpen 'Sepasang Sayap Jelita' (2004) terbitan Institut Penilaian Sastera (INPES). Sebuah buku himpunan pantun saya juga telah diusahakan dengan judul 'Usul Mengenal Asal' (2006). MAKLUMAT LAIN: Di samping aktif sebagai penulis, saya juga terlibat sebagai fasilitator Program Penghayatan Sastera dan Budaya Khidmat Negara di bawah kelolaan DBP. Saya sedang memimpin Ikatan Penulis Sabah (IPS) bersama rakan-rakan, menjadi ahli Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan merupakan Pengarah Urusan Institut Penilaian Sastera (INPES). Saya turut terlibat menjadi Fasilitator Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) di beberapa buah Kem Latihan Khidmat Negera (PLKN) di Sabah. Menjadi penceramah sastera Komsas dan penceramah program-program penulisan di sekolah-sekolah Menengah. Pada masa ini saya berkhidmat dengan kerajaan persekutuan di Kota Kinabalu, Sabah. Saya menerima pingat kebesaran Negeri Sabah, Bintang Kinabalu (B.K) sempena Hari Jadi TYT Yang diPertua Negeri Sabah pada tahun 2005 dan Pingat Pangkuan Negara (P.P.N) sempena Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Yang diPertuan Agong pada tahun 2008.
Posted at Saturday, October 01, 2005 by Hasyuda Abadi (HA)
giinbuagas October 29, 2008 01:26 PM PDT pertama kali membaca biografi tuan. tahniah kerana terus tegar memperjuangkan sastera di negeri sabah!
Name zainal awang June 30, 2008 03:47 PM PDT Sdra saya sangat tertarik dengan usaha murni yang sdra lakukan. teruskan usaha tersebut bagi saya juga bahawa menulis itu satu ibadah.
HA May 3, 2008 07:38 AM PDT Waalaikumsalam. Memang jarang betul kita berjumpa. Sesekali terserempak dengan Siti Waliah... tapi tidak mengapa, perkampungan maya boleh mempertemukan kita. Mengurus blog ni memerluka banyak masa, kreativiti pun perlu selain rajin mencoba hal-hal baru mengenai ICT. Tentang blog ni, inilah yang termampu dan agar dapat berkongsi dengan kawan-kawan blogger lain dan pelayar internet yang lain. Terima kasih juga.
allatiffhm April 26, 2008 11:00 PM PDT Assalamualaikum..
Shukur akhirnya kita bertemu di gelanggang blog, tahniah dan syabas saya ucapkan atas pencapaian dan peningkatan anda sebagai bloger, mungkin banyak yang saya perlu pelajari dari anda dalam mengemaskinikan blog.
SAYA dilahirkan di tangan Bi' Susur - bidan kampung ketika masyarakat Sabah masih di bawah era British North Borneo Company. Ayah suku kaum Murut Tenom, Sabah sementara ibu suku kaum Jawa daerah Beaufort. Saya bergelar 'abang tua', 'pak tua' dan 'atuk tua' kepada lima adik - seorang lelaki dan empat perempuan, 18 anak-anak saudara dan seorang cucu. Latar awal kehidupan kecil, dibesarkan dalam kawasan perladangan getah (Lumadan Estate) dan terdedah dengan aktiviti seni pementasan bangsawan, sandiwara, persembahan kugiran dan tarian di tempat kelahiran yang dipergiat oleh para pendidik sekolah dan warga ladang. Sila Klik Kelanjutannya
SENARAI PENERBITAN BUKU HA Antologi Puisi Bersama
1] Sematan (GPPS, Sarawak 1984) 2] Titian Rindu (DBP Sabah, 1987) 3] Kekasih (DBP Sabah/MUIS, 1987) 4] Perubahan (DBP, 1988) 5] Siapakah Antara Kita (DBP, 1988) 6] Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989) 7] Mengenang-Mu (DBP, 1989) 8] Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990) 9] Perkasihan Musim (DBP Sarawak, 1992) 10] Luka Bosnia (BAHASA, 1992) 11] Al-Kahfi (DBP Sabah/MUIS, 1992) 12] Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993) 13] Nafas Utara Borneo (DBP Brunei, 1994) 14] Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995) 15] Kafilah (DBP/MUIS, 1996) 16] Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997) 17] Tasbih Rindu (DBP Sabah/MUIS, 1998) 18] Penyair, Alam dan Kemanusiaan (DBP, 2000) 19] Antologi Puisi Cyber: Graffiti Gratitude (Yayasan Multimedia Sastera, Bandung, Indonesia, 2001) 20] Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002) 21] ‘Iktikaf (DBP Sabah/MUIS, 2003) 22] Nyanyian Iman (DBP Sabah, 2004) 23] Nyanyian Pulau-Pulau (DBP Sarawak, 2004) 24] Antologi Puisi Sufi: Cinta Pohon Tamar (Jahabersa Johor Bahru, 2004) 25] Hadrah Cinta (DBP Sabah, 2005) 26] Manuskrip Luka Bangsa (PENA, 2006)
Rantau Utara, (DBP Brunei, 1989) Ibrah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, 2003)
Antologi Skrip Drama Pentas
Unduk Ngadau, (DBP, 2005)
Antologi Kertas Kerja
Idealisme & Intelektualiti dalam Karya (PENA, 2005)
TEGAK RUMAH KERANA SENDI
RUNTUH SENDI RUMAH BINASA
SENDI BANGSA IALAH BUDI
RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA
BUKU-BUKU PUISI HA
PUSTAKA IQBAL NAZIM (Koleksi HA)
Di bawah ini buku-buku Guru dan Idolaku...
Bersama mama dan bapa (1962)
AKTIVITI HA
19 APRIL 2008: MESYUARAT AGUNG IPS KE-17 26 APRIL 2008: ZIARAH SASTERAWAN: DATUK HJ SHUHAIBUN YUSSUF 27 APRIL 2008: SEMINAR PEMIKIRAN AMIL JAYA 30 APRIL 2008: TAKLIMAT PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA 2 MEI - 4 MEI 2008: PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM KUBENA SIPITANG [Dibatalkan] 5 MEI - 6 MEI 2008: PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM TANAKI TAMBUNAN 7 MEI 2008: MENYAKSIKAN MALAM CITRA PUISI PPSB DI KEM WAWSAN KG OVAI PAPAR 6 JUN 2008: MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 2/2008 DI KEM TANAKI TAMBUNAN 21 JUN 2008: CERAMAH KOMSAS DI SMK MEMBAKUT, SABAH 18 JULAI 2008: CERAMAH KOMSASM DI SMK NARINANG KOTA BELUD 25 - 28 JULAI 2008: LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALI INDONESIA
CERPEN HA ['Link'nya sedang dibina, maaf]
Memilih Diam
Kepala-Kepala Ekor Seberkas Idea Tentang Pohon Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat Bagai Dedalu Citra Tidak Berakhir di Sini Hanya Namanya Khartizah Sahabat Saya yang Hilang Seniman
Maruah Harith Jambatan Terbentang Tirus