Sekiranya anda berasa selesa berada dalam lingkungan sasterawan tulen, saya percaya apa sahaja yang terpancar dari alam gelap para penguasa ketika menangapi ujana sastera sebagai malapetaka kepada anak-anak kita, akan turut serta memperhitung betapa parahnya dunia sastera Melayu kita. Itu pun jika merasakan dunia Melayu telah sebati dalam jiwa mereka.
Saya sering mengutarakan beberapa isu yang wajar difikirkan, dibincang atau dibicarakan secara santai melalui milis yang saya kendalikan iaitu Kelab Maya Komuniti Sastera Sabah (KEMSAS). Di situ sesiapa sahaja bebas mengutarakan pandangan. Tidak perlu risau jika ada pihak yang kurang senang apabila mendapati pandangan kita kurang relevan dengan kehendak mereka. Ya, biasanya agak kurang orang yang senang dengan teguran. Ini sering juga membuat saya berfikiran bahawa penggiat sastera kita tidaklah sehebat mana. Lebih ramai yang berani di belakang, lebih ramai yang berani 'menapuk' belang berbanding berang di hadapan.
Di Matunggong baru-baru ini saya berkesempatan bertemu dengan sahabat seorang guru di sana dan memahami apa yang pernah saya maksudkan dalam komen saya mengenai sastera dan para pengurus sastera kita yang kurang serius. Kami sempat bercakap mengenai dengan sumbangan yang harus diberi dan imbalan yang patut diterima. Saya berkata lebih baik melakukan sesuatu apabila kita rasa mampu misalnya berhubungan dengan corak pelaksanaan sesebuah program sastera. Jangan biarkan ada individu yang terus berharap mendapatkan sesuatu sedangkan penantiannya itu menjadikannya manusia yang kaku.
Kita membuat teguran untuk kebaikan bersama dan masa depan sastera kita tidak hanya tertakluk di tangan pengurus sastera itu. Semua penggiat sastera punya tanggungjawab, bermakna tindakan kita bukan bertujuan mahu campur tangan dalam urusan dalaman organisasi berkaitan. Namun jika anggapan bahawa orang seperti kami di Kemsas ini 'pengacau' bah, tiada batasan untuk memperkatakan apa sahaja isu yang menyentuh hak kebersamaan kita.
Jika pada tahun 2007 malah 2006 juga, banyak program sastera yang 'menghabiskan wang rakyat' kita tidak tahu apakah pengalaman yang dianggap gah, cemerlang dan gemilang itu memberi impak yang terbaik untuk sastera kita itu berulang di tahun-tahun mendatang. Sebagai pembayar cukai (meminjam kata-kata Rem) kita wajar menikmati hasil yang sama rata daripada program yang dilaksanakan.
Pustaka Iqbal Nazim Kota Kinabalu
Posted at Friday, January 25, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
SAYA dilahirkan di tangan Bi' Susur - bidan kampung ketika masyarakat Sabah masih di bawah era British North Borneo Company. Ayah suku kaum Murut Tenom, Sabah sementara ibu suku kaum Jawa daerah Beaufort. Saya bergelar 'abang tua', 'pak tua' dan 'atuk tua' kepada lima adik - seorang lelaki dan empat perempuan, 18 anak-anak saudara dan seorang cucu. Latar awal kehidupan kecil, dibesarkan dalam kawasan perladangan getah (Lumadan Estate) dan terdedah dengan aktiviti seni pementasan bangsawan, sandiwara, persembahan kugiran dan tarian di tempat kelahiran yang dipergiat oleh para pendidik sekolah dan warga ladang. Sila Klik Kelanjutannya
SENARAI PENERBITAN BUKU HA Antologi Puisi Bersama
1] Sematan (GPPS, Sarawak 1984) 2] Titian Rindu (DBP Sabah, 1987) 3] Kekasih (DBP Sabah/MUIS, 1987) 4] Perubahan (DBP, 1988) 5] Siapakah Antara Kita (DBP, 1988) 6] Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989) 7] Mengenang-Mu (DBP, 1989) 8] Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990) 9] Perkasihan Musim (DBP Sarawak, 1992) 10] Luka Bosnia (BAHASA, 1992) 11] Al-Kahfi (DBP Sabah/MUIS, 1992) 12] Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993) 13] Nafas Utara Borneo (DBP Brunei, 1994) 14] Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995) 15] Kafilah (DBP/MUIS, 1996) 16] Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997) 17] Tasbih Rindu (DBP Sabah/MUIS, 1998) 18] Penyair, Alam dan Kemanusiaan (DBP, 2000) 19] Antologi Puisi Cyber: Graffiti Gratitude (Yayasan Multimedia Sastera, Bandung, Indonesia, 2001) 20] Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002) 21] ‘Iktikaf (DBP Sabah/MUIS, 2003) 22] Nyanyian Iman (DBP Sabah, 2004) 23] Nyanyian Pulau-Pulau (DBP Sarawak, 2004) 24] Antologi Puisi Sufi: Cinta Pohon Tamar (Jahabersa Johor Bahru, 2004) 25] Hadrah Cinta (DBP Sabah, 2005) 26] Manuskrip Luka Bangsa (PENA, 2006)
Rantau Utara, (DBP Brunei, 1989) Ibrah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, 2003)
Antologi Skrip Drama Pentas
Unduk Ngadau, (DBP, 2005)
Antologi Kertas Kerja
Idealisme & Intelektualiti dalam Karya (PENA, 2005)
TEGAK RUMAH KERANA SENDI
RUNTUH SENDI RUMAH BINASA
SENDI BANGSA IALAH BUDI
RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA
BUKU-BUKU PUISI HA
PUSTAKA IQBAL NAZIM (Koleksi HA)
Di bawah ini buku-buku Guru dan Idolaku...
Bersama mama dan bapa (1962)
AKTIVITI HA
19 APRIL 2008: MESYUARAT AGUNG IPS KE-17 26 APRIL 2008: ZIARAH SASTERAWAN: DATUK HJ SHUHAIBUN YUSSUF 27 APRIL 2008: SEMINAR PEMIKIRAN AMIL JAYA 30 APRIL 2008: TAKLIMAT PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA 2 MEI - 4 MEI 2008: PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM KUBENA SIPITANG [Dibatalkan] 5 MEI - 6 MEI 2008: PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM TANAKI TAMBUNAN 7 MEI 2008: MENYAKSIKAN MALAM CITRA PUISI PPSB DI KEM WAWSAN KG OVAI PAPAR 6 JUN 2008: MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 2/2008 DI KEM TANAKI TAMBUNAN 21 JUN 2008: CERAMAH KOMSAS DI SMK MEMBAKUT, SABAH 18 JULAI 2008: CERAMAH KOMSASM DI SMK NARINANG KOTA BELUD 25 - 28 JULAI 2008: LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALI INDONESIA
CERPEN HA ['Link'nya sedang dibina, maaf]
Memilih Diam
Kepala-Kepala Ekor Seberkas Idea Tentang Pohon Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat Bagai Dedalu Citra Tidak Berakhir di Sini Hanya Namanya Khartizah Sahabat Saya yang Hilang Seniman
Maruah Harith Jambatan Terbentang Tirus