Saya menghadiri majlis taklimat dan ceramah pilihan raya hari ini atas jemputan sebuah parti politik di Kota Kinabalu. Anda juga memahami pada setiap menjelang pilihan raya pelbagai agenda, aktiviti dan ‘konsert politik’ dianjurkan. Parti-parti politik mula membuka gelanggangnya, membina pentas dan mendekati rakyat. Bagi parti politik yang sifatnya rasional di mana para pemimpinnya menjadi wakil rakyat yang memang bekerja, gelanggang mereka memang selesa. Tetapi bagi sebahagian yang lain, gelanggang yang ada masa ini semakin dirasai sama ada mereka bakal berada di dalamya atau harus akur untuk brada di luar.
Kita percaya sesiapa pun yang telah diangkat sebagai pemimpin dan menggendong amanah tahu peranan masing-masing. Ada waktunya kita tersilap kata, terasa juga bahang... Kita akur tugas mereka berat dan besar. Namun pengalaman saya pada hari ini sedikit berbeza. Sebelum ini saya sering mendengar dikatakan orang-orang politik perlu matang, politik yang matang menjanjikan hasil yang terbaik dalam keadaan apa sekalipun. Tidak asyik menyalahkan pihak lain. Risikonya memang ada dan tidak dapat juga dielakkan untuk mengatakan pihak lawan begini dan begitu. Jika dirujuk kepada peraturan dan kerangka undang-undang Negara kita memang banyak elemen yang boleh menidakkan pengamal politik melakukan sesuatu sesuka hati, waima mengatakan si anu atau si polan itu mempunyai peribadi yang jelek sekalipun. Apatah lagi yang menyentuh langsung tentang perkara-perkara sensitif seperti adat, budaya, agama, bangsa dan seumpamanya.
Ini yang kadang-kadang mencemarkan aktiviti berpolitik di kalangan kita tanpa meletakkan kebenaran sebagai benar melainkan mahukan kehendaknya sentiasa dituruti. Saya geli hati (sama seperti apa yang Rem tulis dalam blognya) melihat rakan-rakan, teman-teman, sahabat-sahabat yang berjuang menerusi gelanggang politik. Jika menyertai parti pembangkang, apa yang mereka tahu hanya menidakkan sesuatu tanpa fakta yang betul, ada waktunya mereka tidak faham nawaitu sebagai pemimpin. Amanah yang mereka pikul sepatutnya tidak semata-mata kerana mereka bijak bercakap, petah berhujah, mampu berdiri di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau di mana-mana juga medan tetapi tidak faham apa yang telah dikatakan. Minda begini tidak pernah berubah. Kita tidak tahu sampai bila, apakah hanya dengan harapan dan doa sahaja cukup untuk melihat para pemimpin yang kita kagumi sehingga perlu memilihnya untuk membahagiakan serta memakmurkan kita. Perkara yang remeh-temeh dihebah hebohkan tetapi isu yang penting dipinggirkan.
Penilaian harus ada namun tidak semudah itu kerana pemimpin ditentukan oleh pemimpin tertinggi. Calon pilihan raya ditentukan oleh pengurusan atasan sesebuah parti politik bukan dicalonkan oleh rakyat. Apa pun juga, kita ingin memiliki pemimpin yang matang dan rakyat yang matang. Rakyat akan matang kerana dipimpin oleh pemimpin mereka yang matang. Dia harus mendidik rakyat bukan rakyat mendidik mereka.
Posted at Wednesday, January 30, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
Mardhiah Bte Mohd Yu February 3, 2008 02:03 AM PST Itulah bah, bila Tun keluar dengan 9 cabaran wawasan 2020, ada yang marah-marah. Tun seorang futurist, dia nampak cabaran globalisasi. Suka-tak-suka terpaksa juga hadapi dengan tenang dan tabah.
HA January 31, 2008 05:18 AM PST Terima kasih Mardhiah. Saya menulis ini dalam fikiran yang spontan sebenarnya. Tapi itu yang betul, hubungan pemimpin dan rakyat. Keunggulan pemimpin memang penting. Mentaliti rakyat Sabah tidak jauh beza di tempat lain. Mereka dahagkan pembangunan. Namun apa yang mereka dapat tidak sama antara satu kawasan dengan yang lain. Ada kawasan yang memang maju, contoh di kawsan Ketua Menteri di Sandakan. Di kampung2 masih ada yang terbiar terutama di pedalaman. Saya pernah berada di banyak tempat yang payah dihubungi.Kekurangan prasaranan. Ada guru yang mengalami kudis lantaran air yang tidak baik, apa lagi anak muridnya. Jika saya lihat kpd Misi Nasional, wajar sangat semua tempat tanpa memilih bulu, rakyat harus mendapat faedah yang sama dan saksama.Seorng wakil rakyat cakap kerajaan akan beri rakyat secara 'Saksama' dan 'Sesama'. Ini yang harus dilakukan lebih telus. Namun rakyat Sabah lebih melihat materialnya tanpa memandang jauh ke hadapan hinggakan memilih wakil rakyat mereka yang tidak tahu mahu dibuat apa kawasan mereka, mau diberi apa rakyat yang memilih mereka. Nah, apabila sampai masanya rakyat pula yang membimbing mereka...Saya akan menulis tentang ini lebih lanjut.Kami di Sabah sedang berbincang tentang SDC atau Koridor Pembangunan Sabah yang baru dilancarkan oleh PM.
Mardhiah Bte Mohd Yu January 30, 2008 10:11 PM PST oppsss sori, tertinggal perkataan juga. "itu juga yang kawan-kawan di MTEN kata.
Mardhiah Bte Mohd Yu January 30, 2008 10:10 PM PST "Pemimpin harus mendidik rakyat bukan rakyat mendidik pemimpin" Itu yang kawan-kawan saya di MTEN kata.
Mereka telah kaji. Noway rakyat didik pemimpin seperti intipati Gattysburg speech oleh Abraham Lincon. Sesiapa yang menawarkan diri untuk jadi pemimpin perlu berperibadi unggul.
Boleh cerita bagaimana pemimpin yang rakyat Sabah impikan?
SAYA dilahirkan di tangan Bi' Susur - bidan kampung ketika masyarakat Sabah masih di bawah era British North Borneo Company. Ayah suku kaum Murut Tenom, Sabah sementara ibu suku kaum Jawa daerah Beaufort. Saya bergelar 'abang tua', 'pak tua' dan 'atuk tua' kepada lima adik - seorang lelaki dan empat perempuan, 18 anak-anak saudara dan seorang cucu. Latar awal kehidupan kecil, dibesarkan dalam kawasan perladangan getah (Lumadan Estate) dan terdedah dengan aktiviti seni pementasan bangsawan, sandiwara, persembahan kugiran dan tarian di tempat kelahiran yang dipergiat oleh para pendidik sekolah dan warga ladang. Sila Klik Kelanjutannya
SENARAI PENERBITAN BUKU HA Antologi Puisi Bersama
1] Sematan (GPPS, Sarawak 1984) 2] Titian Rindu (DBP Sabah, 1987) 3] Kekasih (DBP Sabah/MUIS, 1987) 4] Perubahan (DBP, 1988) 5] Siapakah Antara Kita (DBP, 1988) 6] Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989) 7] Mengenang-Mu (DBP, 1989) 8] Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990) 9] Perkasihan Musim (DBP Sarawak, 1992) 10] Luka Bosnia (BAHASA, 1992) 11] Al-Kahfi (DBP Sabah/MUIS, 1992) 12] Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993) 13] Nafas Utara Borneo (DBP Brunei, 1994) 14] Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995) 15] Kafilah (DBP/MUIS, 1996) 16] Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997) 17] Tasbih Rindu (DBP Sabah/MUIS, 1998) 18] Penyair, Alam dan Kemanusiaan (DBP, 2000) 19] Antologi Puisi Cyber: Graffiti Gratitude (Yayasan Multimedia Sastera, Bandung, Indonesia, 2001) 20] Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002) 21] ‘Iktikaf (DBP Sabah/MUIS, 2003) 22] Nyanyian Iman (DBP Sabah, 2004) 23] Nyanyian Pulau-Pulau (DBP Sarawak, 2004) 24] Antologi Puisi Sufi: Cinta Pohon Tamar (Jahabersa Johor Bahru, 2004) 25] Hadrah Cinta (DBP Sabah, 2005) 26] Manuskrip Luka Bangsa (PENA, 2006)
Rantau Utara, (DBP Brunei, 1989) Ibrah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, 2003)
Antologi Skrip Drama Pentas
Unduk Ngadau, (DBP, 2005)
Antologi Kertas Kerja
Idealisme & Intelektualiti dalam Karya (PENA, 2005)
TEGAK RUMAH KERANA SENDI
RUNTUH SENDI RUMAH BINASA
SENDI BANGSA IALAH BUDI
RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA
BUKU-BUKU PUISI HA
PUSTAKA IQBAL NAZIM (Koleksi HA)
Di bawah ini buku-buku Guru dan Idolaku...
Bersama mama dan bapa (1962)
AKTIVITI HA
19 APRIL 2008: MESYUARAT AGUNG IPS KE-17 26 APRIL 2008: ZIARAH SASTERAWAN: DATUK HJ SHUHAIBUN YUSSUF 27 APRIL 2008: SEMINAR PEMIKIRAN AMIL JAYA 30 APRIL 2008: TAKLIMAT PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA 2 MEI - 4 MEI 2008: PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM KUBENA SIPITANG [Dibatalkan] 5 MEI - 6 MEI 2008: PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM TANAKI TAMBUNAN 7 MEI 2008: MENYAKSIKAN MALAM CITRA PUISI PPSB DI KEM WAWSAN KG OVAI PAPAR 6 JUN 2008: MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 2/2008 DI KEM TANAKI TAMBUNAN 21 JUN 2008: CERAMAH KOMSAS DI SMK MEMBAKUT, SABAH 18 JULAI 2008: CERAMAH KOMSASM DI SMK NARINANG KOTA BELUD 25 - 28 JULAI 2008: LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALI INDONESIA
CERPEN HA ['Link'nya sedang dibina, maaf]
Memilih Diam
Kepala-Kepala Ekor Seberkas Idea Tentang Pohon Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat Bagai Dedalu Citra Tidak Berakhir di Sini Hanya Namanya Khartizah Sahabat Saya yang Hilang Seniman
Maruah Harith Jambatan Terbentang Tirus