Saya sebenarnya sudah lama tidak bertemu dalam erti kata pertemuan yang sebenarnya terutama sekali dengan sahabat-sahabat karib. Benar rupanya: ada satu hari yang jarang diharapkan bakal menemukan kami sesiapa juga termasuklah kami, kecuali Abd Naddin. Mula-mula JY menghantar SMS sebagaimana yang saya minta selepas dia menghadiri majlis di DBP. Saya memang memenuhi 'sikap tidak' kepada apa juga program sastera anjuran DBP Sabah sekadar 'mendengar' daripada mulut sahabat-sahabat ini: Oneh dan puteranya Saiful dan juga JY yang amat setia kepada abang dan sahabatnya ini. Tidak lama tiba-tiba muncul tanpa disedari Pengerusi Ekeskutif INPES kami, Janatan Kandok...Kami biasa sangat dengan Janatan yang amat gemar melakukan penilaian terhadap apa sahaja subjek berdasarkan pendekatan pengurusannya. Saya masih ingat ketika menganjurkan program ‘Baca Cerpen dan Bicara Karya’ bersama Haji Ismaily Bongsu, Janatan adalah orang penting kerana bertingak sebagai pemerkata cerpen yang telah kami baca kepada khalayak. Anda tentu ingat dengan cerpen ‘Ngeooooooong’ Haji Ismaily, bukan?
2.
Kami pun bersantai. Menyatakan pandangan masing-masing tentang sastera, politik dan pembangunan. Pembangunan sastera dan penulis hinggalah kepada isu-isu koridor pembangunan Negeri Sabah yang sedang hangat diperkatakan di sana-sini. Kami berusaha menghujahkan bahawa sastera harus dimesrakan para pemimpin dan organisasi seperti DBP harus memandangnya dari skop yang lebih lebar dan jauh agar fokus sastera tidak hanya tertumpu kepada soal-soal program yang remeh temeh. Namun pada Janatan pemimpin harus didekati, mesrakan mereka melalui program-program sastera yang relevan. (Ada sesuatu sedang tercerna dalam fikiran ketika itu tapi saya simpan tanpa meluahkannya.) Kami juga memperkatakan Majlis Bahasa dan Sastera Sabah (MBSS) yang sewajarnya dihidupkan di bawah pimpinan baru yang lebih bertenaga. Malangnya MBSS sudah lama berkubur tanpa tanda. Kita tidak jelas sama ada majlis ini masih wujud atau tidak. MBSS sebenarnya amat relevan sekiranya kita mahu sastera dibangunkan secara eksklusif di Sabah dan Borneo terutamanya. Jika sejarah penubuhannya mahu dijadikan asas seperti pernah diceritakan oleh Nadin Haji Salleh suatu ketika kami berbincang mengenainya, saya fikir MBSS akan berdiri teguh melaksanakan misi dan visinya yang sebenar. MBSS terserlah sebagai pembentuk serta pencetus dasar sastera yang lebih dinamik. Kita tidak bakal teraba-raba dalam pencarian jati diri sebagai sasterawan dan juga pendukung kepelbagaian citra bangsa yang dicelarukan oleh keanekaan sikap, pandangan, cita-cita, harapan dan impian. Sasterawan kita di Sabah kini tercari-cari siapakah mereka di tengah arus pembangunan perdana yang terus mengharungi bumi Sabah yang boleh diumpamakan sebagai raksasa sehingga mereka terus dikaburi 'ketakutan' tersendiri. Dulu sasterawan berharap MBSS boleh dijadikan bumbung tempat bernaung bersama-sama DBP. 'Kehilangan' MBSS menyebabkan kita tidak mengalami sebarang program sastera yang besar yang mencabar minda kita. MBSS meninggalkan banyak jasa kepada perkembangan sastera dan budaya di Sabah dan pesisir BIMP-EAGA. Sebelum ini juga setiap tahun penggiat sastera akan menyertai dua program sastera yang amat dikenali iaitu Nadwah Sastera Islam dan Randau Puisi, saya fikir program ini memberi impak yang bermakna terutama sekali bagi karya-karya berunsur Islam yang banyak dipelopori penulis puisi di Sabah. Sejak ditiadakan, para penulis tidak berkesempatan mendekati intipati atau pemikiran para sasterawan besar kita dengan mengangkat karya-karya yang terdapat dalam pelbagai bentuk penerbitan di Sabah.
3.
Saya secara peribadi berfikir, bukanlah menjadi masalah besar DBP menangani program sastera yang lebih tersusun dan pelbagai serta tidak bertindih sebagaimana usaha yang sedang dilakukan. Malah para penulis dan orang ramai tentu akan menggunakan setiap peluang untuk menyertai program yang diatur. Saya percaya ini kerana menjadi kelaziman warga penulis yang gagal memilih keperluan sebagai seorang penulis berwibawa, akan menyertai apa sahaja program yang dianjurkan, tidak kira di mana, tidak kira tahap penyertaannya bagaimana, tidak kira relevansi kemampuannya; yang penting mengisi peluang. Menjadi kebiasaan juga kita akan diletakkan sebagai pelengkap korum atau pemenuh kekosongan apabila program yang tidak dirancang dengan baik kurang mendapat sambutan. Sebab itu komitmen penganjur perlu tinggi, merancang lebih teliti bukan main tangkap muat semata-mata atau seperti sering saya ungkapkan 'asal jadi'. Kita sama-sama berharap ini tidak diulangi sebagaimana tahun-tahun yang lalu. Tahun lalu Minggu Penulis Remaja 2007 anjuran DBP Cawangan Sabah saya anggap berjaya, itupun dibantu dengan kebijaksanaan pembimbing bengkel. Namun begitu saya tidak pasti apakah karya anak-anak didiknya ketika itu sudah diterbitkan sebagaimana yang dijanjikan. Bakat penulisan para remaja berkenaan memang kelihatan terserlah sewajarnya juga mereka menjadi peserta yang patut diasah secara berterusan.
4.
Hari ini saya membaca sebuah puisi Bonda Hajah Dayang Salmah Salam di akhbar Harian Ekspress, tentang 'lilin'. Semua orang faham metafora cahaya lilin bila dikaitkan dengan peranan ataupun jasa besar seorang penulis. Apa yang berlingkar dalam fikiran Bonda Dg Salmah memang tidak boleh diabaikan begitu sahaja, memang bukan mudah mengukur jasa para sasterawan berdasarkan kayu ukur biasa. Ada orang yang tidak begitu kisah tentang peranan yang pernah diabadikannya, namun ada juga yang memerlukan perhatian bersungguh-sungguh daripada pihak lain. Ada orang yang sering bertanya sama ada kita pernah dianugerahi sebarang bintang kebesaran Negeri atas asas 'kegemilangannya' sebagai 'orang yang berjasa'. Memang melucukan juga tetapi saya pernah berkata kepada Cikgu Ramli AR suatu ketika dahulu, bahawa penulis setiap hari memiliki 'bintang'nya sendiri berbanding 'orang-orang yang berjasa' yang dianugerahi bintang setiap bulan September. Yang sebetulnya pada saya ialah nawaitu kita sebagai apa pun, mungkin kita pernah berjasa, tetapi kita tidak pernah berfikir harga jasa itu ialah medal atau gelaran-gelaran tertentu. Kita pernah meletakkan kedudukan kita sebagai sasterawan di tempat yang betul, menetapkan hak kita yang sebenar, dan kita tidak mengerjakan tanggungjawab sebagai sasterawa disebabkan 'bintang'. Memang betul barangkali kita ini bagai sebatang lilin yang menerangi alam sekeliling, hakikatnya lilin itu pun sementara sifatnya yang akan terkulai padam bila sampai masanya. Maka, yang tinggal hanyalah 'aroma' lilin itu sahaja, sama ada dikenang 'terang cahaya' yang pernah ada dulu, kita tinggalkan kepada orang lain yang bijak melakukan penilaian mereka.
10 Februari 2008
Posted at Sunday, February 10, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
HA April 30, 2008 10:42 AM PDT Seperti juga saya katakan, kesederhanaan@kecil-kecilan lebih besar impaknya berbanding yang mega tapi lebih kepada kemegahan semata-mata. Intipatinya sementara melainkan sebuah sejarah yang dicipta. Hanya sejarah gah dalam liputan media...
Beruntung sikit kami di Kuching kerana masih ada API [Angkatan Pengkarya Indie] sebuah pergerakan underground di Kuching yang masih aktif menjalankan Acara Puisi Seniman Jalanan mulai Mac 2008 dan insyaAllah menyusul pada setiap bulan di ruang terbuka Kuching Waterfront. Kami tidak pernah mengharapkan apa-apa imbuhan dan terserah kepada nawaitu yang HA katakan itu.
Utk mengharapkan DBPCS menganjurkan aktiviti seperti itu - lama juga saya sudah tidak terlibat. Tup2 keluar paper Jerayawara di seluruh Sarawak. Apa ke mende nya?
HA February 25, 2008 07:43 PM PST Orang sastera 'halus perasaannya'? Tidak semua begitu dan tidak juga semua yang memang 'halus perasaannya'. Tengok juga keadaannya bagaimana. Mungkin masing2 orang ada pertimbangan sendiri tentang 'halus' atau 'tidak halus' orang sastera. Sebagai orang sastera saya tidak begitu bersetuju mengatakan orang sastera itu harus berperasa 'halus'. Namanya juga manusia biasa. Cuma ada keanehan yang berbeza dengan yang lain. Barangkali kita perlu mengenali 'dunia' individu seperti Rem bahkan yang lain juga sebelum memutuskan sebarang penilaian. : ) Orak Arik - tunggu saja bila sudah menjadi bentuk buku.
Mardhiah Bte Mohd Yu February 24, 2008 07:30 PM PST Kenapa sampai begitu sekali? Bagaimana pula dengan Nurul? Putri Ezzah dan Ustazah Ony sendiri, bukankah mereka sangat cukup hebat?
Apa yang penting sangat dengan orak-arik tu? Saya harap abang HA boleh ke blog Nisah, untuk faham akan perasaan saya. Saya kira orang sastera ini halus perasaannya tapi sayang sekali saya silap.
HA February 23, 2008 08:59 PM PST Tiada pengganti Rem, dialah tu 'Rem' seorang buat kita semua.
Mardhiah Bte Mohd Yu February 23, 2008 02:00 PM PST Rem, rem suka sangat berjanji, hutang Hadarah Cinta saya mana? Bukannya apa janganlah ditunggu si Rem ni, mana tau balik nanti dapat JKT UMS.
Bang HA, tak ada orang lain yang boleh ganti si Rem ini ka?
kony February 18, 2008 07:22 PM PST
sdrku, bila jarang-jarang bersua.ada emosi
belum usai. tapi 'kita' sentiasa dekat selalu.Saya meRINDUkan riuh 'kita' . RR sendiri, sudah bermimpi-mimpi bilang JY.
HA February 16, 2008 04:58 PM PST Ok bah, buatlah macam rumah sendiri. Pintu rumah ni sentiasa terbuka.
HA February 16, 2008 02:21 PM PST Terima kasih rem. Orak Arik memang masih dalam kerangka program yang menyeluruh bagi IPS dan Kemsas tentunya. Mudah-mudahan perancangan kita akan berjalan dengan baik. InsyaAllah.
Rem February 14, 2008 11:55 PM PST Saya suka entri ini. Ada nada-nada melankolia dan provokasi.
HA, saya masih teringat-ingat hutang Orak Arik yang belum dilunaskan. Insya-Allah, ia PASTI akan dilaksanakan juga. Ia adalah prioriti saya untuk tahun 2008. Tahun 2007 tidak disangka-sangka, menjadi tahun yang sangat sibuk di jabatan. Pelbagai perkara 'luar jangka' yang tiba-tiba berlaku (tidak perlu disebut di sini). Mudah-mudahan, pada tahun ini -- ada kesudahan yang lebih positif.
Saya akan balik ke Sabah pada bulan Mei. Saya akan berganding semula dengan KOny untuk menyusun dan meneruskan kerja-kerja yang terdahulu.
Salam.
Mardhiah February 13, 2008 10:59 AM PST Ala Naz, mehlah ke Maskara 7 kat rumah pena tu nanti. ko, takut bini mare keee. Aku tetap macam yang jumpa kat rumah PENA pada KEPEZI2003lah hihi. Aku baca ko punya amanat dalam GEJU. peh. Aku udah menaip pasal gagasan ko dengan Jimadie. Harap Mat Jan dan Nazri Vovin boleh tulun explore eh. eh kenapa ko dah menyunyikan diri dari sindiket Sol-Jah. Kau merajuk juga macam Pak Samad ka? Ala Nazmi janganla macam tu, brutellah sikit macam sebrutel Pak Shahnon. Sol-jah apa ni merajuk-rajuk ni?
Aku malasla nak menceceh benda yang sama banyak-banyak kali. Kali pertama aku menceceh ada orang kuat sastera tu kata aku pompuan taik? hahaha Pintu telanjang tak berhias?
Sorilah tuan rumah selamba buat macam rumah sendiri. Ala si Nazmi ni tak bukak kawat dia untuk non blogspot blogger. Saya pula malas nak buka akuan gmail.
Mardhiah February 11, 2008 08:01 AM PST Naz kenapa ko tukar tempat. Hey saya kepingin sangat mau jumpa kamu di GEJU yang lepas.
Nazmi Yaakub February 11, 2008 12:25 AM PST saya kini di kawat.blogspot.com
SAYA dilahirkan di tangan Bi' Susur - bidan kampung ketika masyarakat Sabah masih di bawah era British North Borneo Company. Ayah suku kaum Murut Tenom, Sabah sementara ibu suku kaum Jawa daerah Beaufort. Saya bergelar 'abang tua', 'pak tua' dan 'atuk tua' kepada lima adik - seorang lelaki dan empat perempuan, 18 anak-anak saudara dan seorang cucu. Latar awal kehidupan kecil, dibesarkan dalam kawasan perladangan getah (Lumadan Estate) dan terdedah dengan aktiviti seni pementasan bangsawan, sandiwara, persembahan kugiran dan tarian di tempat kelahiran yang dipergiat oleh para pendidik sekolah dan warga ladang. Sila Klik Kelanjutannya
SENARAI PENERBITAN BUKU HA Antologi Puisi Bersama
1] Sematan (GPPS, Sarawak 1984) 2] Titian Rindu (DBP Sabah, 1987) 3] Kekasih (DBP Sabah/MUIS, 1987) 4] Perubahan (DBP, 1988) 5] Siapakah Antara Kita (DBP, 1988) 6] Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989) 7] Mengenang-Mu (DBP, 1989) 8] Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990) 9] Perkasihan Musim (DBP Sarawak, 1992) 10] Luka Bosnia (BAHASA, 1992) 11] Al-Kahfi (DBP Sabah/MUIS, 1992) 12] Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993) 13] Nafas Utara Borneo (DBP Brunei, 1994) 14] Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995) 15] Kafilah (DBP/MUIS, 1996) 16] Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997) 17] Tasbih Rindu (DBP Sabah/MUIS, 1998) 18] Penyair, Alam dan Kemanusiaan (DBP, 2000) 19] Antologi Puisi Cyber: Graffiti Gratitude (Yayasan Multimedia Sastera, Bandung, Indonesia, 2001) 20] Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002) 21] ‘Iktikaf (DBP Sabah/MUIS, 2003) 22] Nyanyian Iman (DBP Sabah, 2004) 23] Nyanyian Pulau-Pulau (DBP Sarawak, 2004) 24] Antologi Puisi Sufi: Cinta Pohon Tamar (Jahabersa Johor Bahru, 2004) 25] Hadrah Cinta (DBP Sabah, 2005) 26] Manuskrip Luka Bangsa (PENA, 2006)
Rantau Utara, (DBP Brunei, 1989) Ibrah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, 2003)
Antologi Skrip Drama Pentas
Unduk Ngadau, (DBP, 2005)
Antologi Kertas Kerja
Idealisme & Intelektualiti dalam Karya (PENA, 2005)
TEGAK RUMAH KERANA SENDI
RUNTUH SENDI RUMAH BINASA
SENDI BANGSA IALAH BUDI
RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA
BUKU-BUKU PUISI HA
PUSTAKA IQBAL NAZIM (Koleksi HA)
Di bawah ini buku-buku Guru dan Idolaku...
Bersama mama dan bapa (1962)
AKTIVITI HA
19 APRIL 2008: MESYUARAT AGUNG IPS KE-17 26 APRIL 2008: ZIARAH SASTERAWAN: DATUK HJ SHUHAIBUN YUSSUF 27 APRIL 2008: SEMINAR PEMIKIRAN AMIL JAYA 30 APRIL 2008: TAKLIMAT PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA 2 MEI - 4 MEI 2008: PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM KUBENA SIPITANG [Dibatalkan] 5 MEI - 6 MEI 2008: PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM TANAKI TAMBUNAN 7 MEI 2008: MENYAKSIKAN MALAM CITRA PUISI PPSB DI KEM WAWSAN KG OVAI PAPAR 6 JUN 2008: MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 2/2008 DI KEM TANAKI TAMBUNAN 21 JUN 2008: CERAMAH KOMSAS DI SMK MEMBAKUT, SABAH 18 JULAI 2008: CERAMAH KOMSASM DI SMK NARINANG KOTA BELUD 25 - 28 JULAI 2008: LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALI INDONESIA
CERPEN HA ['Link'nya sedang dibina, maaf]
Memilih Diam
Kepala-Kepala Ekor Seberkas Idea Tentang Pohon Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat Bagai Dedalu Citra Tidak Berakhir di Sini Hanya Namanya Khartizah Sahabat Saya yang Hilang Seniman
Maruah Harith Jambatan Terbentang Tirus