Salam sejahtera kepada sesiapa sahaja yang membaca pandangan ini. Terlebih dahulu maafkan saya kerana mungkin pandangan ini sedikit banyak menyentuh hati kecil anda terutama sekali bagi yang termakan lada, bukan sebab tidak suka tetapi lebih kepada kurang ingat atau terlepas pandang. Begitulah politiknya atau satu helah untuk menyembunyikan kelemahan. Kadang-kadang ada waktunya ketelusan memberikan impak yang amat berguna apabila sesuatu pesoalan berkaitan dihadapi dan mudah memberikan jawapan tanpa sebarang rasa prejudis atau salah anggap. Biasanya kesalah aggapan melahirkan semangat bermuka-muka atau memungkinkan berlaku tohmahan-tohmahan di belakang.
Apakah buku-buku yang berkualiti ini telah diterima masyarakat?
Begini sahaja. Sekarang saya berusaha melihat persoalan-persoalan sastera sekaligus mencakup aktiviti sastera yang kurang relevan pada masa ini dari jauh atau lebih enak didengar sebagai 'di luar sempadan'. Pertama sekali kepada para penulis. Memang diakui negeri Sabah mempunyai ratusan penulis sejak dahulu lagi, sejak zaman sebelum merdeka hinggalah zaman teknologi sekarang ini. Terlalu ramai tetapi kuantitinya sahaja, kualitinya tidaklah mudah untuk dibuat sukatan. Benar, kualiti itu subjektif. Penulis mungkin tidak selayaknya digelar 'penulis' dengan mudah. Ia perlu dilakukan bertahun-tahun dengan melihat komitmennya, penampilannya, kemampuan dan kewibawaanya. Ia perlu juga ada batas dan aras sehingga ada kewajaran seseorang itu digelar penulis. Penulis itu harus menghasilkan karya yang bermutu, besar dan hebat. Karyanya tidak boleh dikalahkan oleh peredaran masa. Tidak lapuk dengan kemunculan pelbagai media yang boleh melupakan sebuah pemikiran yang mampu mencorakkan sesuatu masyarakat bahkan negara.
Namun ini tidak, hingga bila sebuah buku dibuat (merujuk kepada buku Biografi Penulis Sabah) dengan menghimpun seramai mungkin individu yang memang tidak menepati kehendak sepatutnya buku itu diterbitkan. Tanpa niat merendah-rendahkan seseorang kerana saya percaya justifikasi sesuatu projek itu memang ada, hanya mungkin apabila sesuatu perkara dilakukan tanpa perencanaan yang terperinci jadilah hasil yang seadanya dan diterima dengan seadanya juga. Apakah buku seperti itu membantu? Saya fikir tidak banyak, apatah lagi banyak fakta yang kurang tepat selain tidak lengkap. Di sisi lain ada juga penulis yang memang hebat tetapi penglibatannya dalam dunia penulisan itu berkala. Memang ramai penulis bukan kerjayanya sepenuh masa dengan penulis. Maka dia akan menulis dan menulis seberapa banyak karya baik cerpen ataupun puisi. Bila sampai masanya dia pun mahu karya-karyanya itu dikompil dan diterbitkan. Selepas diterbitkan, individu ini tidak lagi menulis. Tutup cerita.
Apresiasi kepada para pelatih PLKN: sebahagian usaha pemartabatan sastera di kalangan genarasi muda.
Tidak kisahlah apapun juga memang banyak kerenah penulis kita. Mungkin wajar juga ada penulis yang cepat kalah dengan percaturan kehendaknya dari segi material dan keperluan hidup. Dia akan melupakan dunia itu meskipun dia berbakat besar. Lebih baik saya membuka gerai, jual burger atau goreng pisang atau menjadi ejen insurans dan sebagainya bagi yang tidak ada pekerjaan tetap. Jangan salahkan penjawat kerajaan jika tidak kelihatan lagi karya-karyanya. Karya-karyanya jika ada sekali sekala kerana memang apabila sekali sekala ada itu atas permintaan. Wah, itu kelahiran semula! Setelah lama meninggalkan dunia kata-kata dan segala macam retorika dan segala macam rempah ratus kehidupan penulis, dia muncul lagi dan lagi dan lagi dilihat beliau sudah ada keberanian atau terungkap juga sebenarnya penulis ini tidak ada apa-apa yang baru. Cara pengolahannya juga masih sesuai untuk zaman 70-an atau 80-an. Jadi serba tidak kena.
Namun begini tuan-tuan, masih ada juga penulis yang memang 'asli' semangatnya dengan menjadikan dunia penulisan itu sebagai kehidupannya. Saya boleh memberikan contoh yang terbaik, misalnya Dayang Salmah Salam. Ibu tua ini terus menulis (walaupun sudah tidak seligat dahulu lagi. Dia sudah tidak boleh berjalan jauh kerana masalah pandangan, katanya baru-baru ini. Begitu juga Pak Shuhaibun, pergerakannya amat terhad, bilang isterinya Datin Ripah melalui telefon dua hari yang lalun dengan saya) malah mampu mengikut trend semasa meskipun barangkali banyak ungkapan-ungkapannya yang klise. Hanya beberapa orang lama yang masih boleh kita lihat. Ada yang buat kejutan dengan kelahiran semula mereka. Bagus juga jika ramai penulis-penulis lama@veteran kita muncul semula. Apa yang penting tentulah kita inginkan buah fikiran mereka. Hadir dalam majlis-majlis serasehan atau bicara karya pun saya rasa memadai tetapi bukan sekadar hadir sahaja. Mereka perlu diberikan peranan atau memainkan peranan, misalnya diberi peluang untuk menjadi salah seorang panel dalam sesebuah forum misalnya. Kita jarang sekali apa lagi hari ini, tidak ada satu hari dalam beberapa bulan yang lepas kita mengikuti program-program sastera.
Di manakahkah sudah penulis-penulis ini?
Kenapa? Salah satu puncanya saya fikir ialah kurang perhatian daripada pihak penulis-penulis kita juga. Untuk mendapatkan sebuah kehadiran yang sepenuhnya ibarat menunggu kucing bertanduklah! Ada ketikanya mengharap pelajar sekolah. Dipaksa menghimpunkan mereka demi meramaikan program dan program berjalan lancar, kononnya. Masalah besar apabila sekolah mula bercuti atau kampus cuti semester. (Jangan buat program sastera masa cuti sekolah! Itu jadi ingatan,betulkan?) Saya bertanya siapa penulis-penulis itu sebenarnya? (sebuah pertanyaan klise, maafkan saya) Di manakan mereka? Dalam program-program yang lalu apakah penulis-penulis yang hadir itu memang penulis? Atau sekadar pemenuh kerusi-kerusi kosong? Sebenarnya tidak ramai penulis yang berwibawa sekarang ini. Tidak ada sokongan daripada pihak-pihak yang berwajib untuk membantu selayaknya agar lompang yang sekian lama berlaku ini tidak terus memungkinkan sastera terus dipinggirkan. Kurangnya penglibatan yang serius daripada pihak-pihak yang berwajib untuk menangani keperluan-keperluan yang selayaknya yang patut dilakukan agar sastera sentiasa wangi mengisi ujana kalbu generasi kita. (Siapa kata tiada! Itu jawap mereka, saya tahu.)
Penulis yang komited di Sabah: Dr. Haji Chacho Bullah dan Jasni Matlani
Terlalu banyak isu yang boleh dibicarakan secara sastera. Perlunya alternatif untuk membawa masyarakat kita berfikir. Sama ada isu-isu bahasa, kebudayaan bahkan politik dan ekonomi para penulis boleh menyatakan padanngan mereka. Namun melalui medium yangmana? Surat khabar tidak cukup. Jika hanya Utusan Borneo (promosi bah!) yang terhad itu saya fikir tidak memadai membawa pelbagai tema dan pemikiran ke pengetahuan masyarakat sasaran. Mungkin perbualan ini sedikit membosankan. Untuk apa pemikiran-pemikiran itu dipaparkan kerana memang hasilnya itu-itu juga, barangkali ada segelintir berpandang demikian. Kerana itu perjuangan perlu diteruskan. Saya optimis melaluai persatuan penulis seperti Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) atau IPS, kita boleh melakukan sesuatu dengan sokongan dan dukungan individu yang prihatin. Tiada siapa boleh membawa misi pemikiran global yang berterusan itu jika tidak ada yang memiliki jati diri yang bulat. Hanya barangkali individu yang masih ada itu hanya beberapa orang sahaja. Saya tidak mahu menyebutnya kerana nanti dikatakan mahu mengangkat kawan pula. Anak-anak muda sekarang sudah tidak begitu menggemari sastera. Jika adapun mereka hanya berminat berada di belakang. Kurang sekali mahu menampilkan diri dan menonjolkan kemampuan mereka memimpin, mengikuti aras semasa, memikirkan permasalahan sastera yang kabur waktu-waktu kebelakangan ini khususnya di Sabah. Kita perlu bersuara dan bercakap. Kata seorang sahabat yang memang lantang berkata-kata, tunggu masanya nanti, beliau berhasrat menyatakan sesuatu yang berbeku dalam jiwanya, bagaimana perubahan-perubahan dalam sistem pengurusan kesenian, kesusasteraan dan kebahasaan itu perlu dibuat. Tetapi pada saya mengapa mesti menunggu masa? Angin perubahan telah berlaku sekarang. Di mana-mana orang memperkatakan tentang perubahan. Persoalannya apakah hanya dengan perubahan barulah sastera kita marak semula? Barangkali ada pro dan kontranya. Pada saya yang perlu berubah ialah sistem. Sistem pengurusan, sistem pemikiran, sistem bekerja di samping kewibawaan yang perlu dimantapkan lagi.
Saya berhenti di sini buat sementara. Mudah-mudahan ada anjakan baru untuk mengatakan sesuatu dengan hasrat murni sesuai dengan jiwa kita agar dunia penulisan, dunia sastera terus indah dan wangi.
PUSTAKA IQBAL NAZIM
Posted at Wednesday, April 09, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
Mardhiah April 10, 2008 01:57 PM PDT Saya jengah juga KEMSAS, lengang sahaja. Merajuk ka? Gossip dari Semenajung, Pakatan Rakyat Makhal Sakti optimis yang mereka akan gantikan Pak Lah dengan Anwar.
Dari survey saya yang kepoh ini orang Melayu sudah terlalu sakit hati sehingga mereka tidak kisah kalau kalau TPMnya non Malay. Dan mereka sangat-sangat percaya bahawa suami Ayatollah Wan Azizah ini akan bawa sinar baru dalam hidup mereka.
Saya tetap tetap skeptikal dengan gerakan yang mereka gelar syiah Anwar ini kerana saya lebih percaya pada konsep syura seperti yang diamalkan oleh ahlus sunnah wal jamaah.
Walau bagaimanapun saya tidak boleh underestimate keupayaan Syiah Anwar ini dan saya selagi Pak Lah bertegas untuk mempertahan barisan kebinet Dapurnya yang di Ketui Oleh Jeanne Abdullah Danker, Ayatollah Wan Azizah ada peluang untuk mengambil alih Putra Jaya dalam masa yang terdekat.
Cuma kita kena prepare for the worst kalau-kalau dakwaan yang kononnya ada dikalangan penyokong PKR-DAP ini aktivis IFC.
Itu sahaja salam. Perpaduan, salam orak-arik. Saya sedang belajar untuk tidak terlalu sensitif dengan isu ketuannan Melayu dan Melayu-melayu yang simpatatik dengan Anjing dan Babi. Anjing dan babi jugakan makhluk Allah. Saya juga sudah cukup bersedia menerima kemungkinan berlian yang mengikat mutiara Perlembagan kita terlerai jua.
SAYA dilahirkan di tangan Bi' Susur - bidan kampung ketika masyarakat Sabah masih di bawah era British North Borneo Company. Ayah suku kaum Murut Tenom, Sabah sementara ibu suku kaum Jawa daerah Beaufort. Saya bergelar 'abang tua', 'pak tua' dan 'atuk tua' kepada lima adik - seorang lelaki dan empat perempuan, 18 anak-anak saudara dan seorang cucu. Latar awal kehidupan kecil, dibesarkan dalam kawasan perladangan getah (Lumadan Estate) dan terdedah dengan aktiviti seni pementasan bangsawan, sandiwara, persembahan kugiran dan tarian di tempat kelahiran yang dipergiat oleh para pendidik sekolah dan warga ladang. Sila Klik Kelanjutannya
SENARAI PENERBITAN BUKU HA Antologi Puisi Bersama
1] Sematan (GPPS, Sarawak 1984) 2] Titian Rindu (DBP Sabah, 1987) 3] Kekasih (DBP Sabah/MUIS, 1987) 4] Perubahan (DBP, 1988) 5] Siapakah Antara Kita (DBP, 1988) 6] Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989) 7] Mengenang-Mu (DBP, 1989) 8] Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990) 9] Perkasihan Musim (DBP Sarawak, 1992) 10] Luka Bosnia (BAHASA, 1992) 11] Al-Kahfi (DBP Sabah/MUIS, 1992) 12] Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993) 13] Nafas Utara Borneo (DBP Brunei, 1994) 14] Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995) 15] Kafilah (DBP/MUIS, 1996) 16] Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997) 17] Tasbih Rindu (DBP Sabah/MUIS, 1998) 18] Penyair, Alam dan Kemanusiaan (DBP, 2000) 19] Antologi Puisi Cyber: Graffiti Gratitude (Yayasan Multimedia Sastera, Bandung, Indonesia, 2001) 20] Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002) 21] ‘Iktikaf (DBP Sabah/MUIS, 2003) 22] Nyanyian Iman (DBP Sabah, 2004) 23] Nyanyian Pulau-Pulau (DBP Sarawak, 2004) 24] Antologi Puisi Sufi: Cinta Pohon Tamar (Jahabersa Johor Bahru, 2004) 25] Hadrah Cinta (DBP Sabah, 2005) 26] Manuskrip Luka Bangsa (PENA, 2006)
Rantau Utara, (DBP Brunei, 1989) Ibrah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, 2003)
Antologi Skrip Drama Pentas
Unduk Ngadau, (DBP, 2005)
Antologi Kertas Kerja
Idealisme & Intelektualiti dalam Karya (PENA, 2005)
TEGAK RUMAH KERANA SENDI
RUNTUH SENDI RUMAH BINASA
SENDI BANGSA IALAH BUDI
RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA
BUKU-BUKU PUISI HA
PUSTAKA IQBAL NAZIM (Koleksi HA)
Di bawah ini buku-buku Guru dan Idolaku...
Bersama mama dan bapa (1962)
AKTIVITI HA
19 APRIL 2008: MESYUARAT AGUNG IPS KE-17 26 APRIL 2008: ZIARAH SASTERAWAN: DATUK HJ SHUHAIBUN YUSSUF 27 APRIL 2008: SEMINAR PEMIKIRAN AMIL JAYA 30 APRIL 2008: TAKLIMAT PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA 2 MEI - 4 MEI 2008: PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM KUBENA SIPITANG [Dibatalkan] 5 MEI - 6 MEI 2008: PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM TANAKI TAMBUNAN 7 MEI 2008: MENYAKSIKAN MALAM CITRA PUISI PPSB DI KEM WAWSAN KG OVAI PAPAR 6 JUN 2008: MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 2/2008 DI KEM TANAKI TAMBUNAN 21 JUN 2008: CERAMAH KOMSAS DI SMK MEMBAKUT, SABAH 18 JULAI 2008: CERAMAH KOMSASM DI SMK NARINANG KOTA BELUD 25 - 28 JULAI 2008: LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALI INDONESIA
CERPEN HA ['Link'nya sedang dibina, maaf]
Memilih Diam
Kepala-Kepala Ekor Seberkas Idea Tentang Pohon Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat Bagai Dedalu Citra Tidak Berakhir di Sini Hanya Namanya Khartizah Sahabat Saya yang Hilang Seniman
Maruah Harith Jambatan Terbentang Tirus