Terus jelas sahaja bahawa saya merindui segala pertemuan dengan sahabat-sahabat penulis terutama sekali di Kota Kinabalu bahkan Negeri di Bawah Bayu ini yang telah semakin sirna. Memang diakui juga gerakan penulisan di daerah sini tetap mantap dengan mekarnya penulis-penulis baru dan muda sambil yang mapan ada yang masih menulis dan sebahagian yang lain sekadar menjadi pembaca. Namun rasa rindu itu sering sahaja tertutup natijah daripada usaha mempertahankan prinsip dan maruah diri. Saya perlu mengambil langkah yang tertib dan bijaksana meskipun setiap tindakan sewajarnya saya akui telah diperincikan termasuklah kesan jangkamasa panjang yang akan diharungi. Dunia seniman, pada saya tidak ada satu ukuran ia harus berakhir. Tidak ada istilah berhenti selagi nafas masih berhembus, fikiran masih waras, masih memiliki jatidiri dalam menghargai seni sebagai senjata memartabatkan sahsiah manusiawi yang sering dikelirukan oleh peradaban. Saya tetap sentiasa mengingati respon sahabat beberapa orang yang amat akrab, bahawa sastera Sabah merasa rugi akibat 'tutup pintu' saya terhadap sebuah agensi bahasa dan sastera. Meski demikian, saya mempunyai gambaran yang lain tentang organisasi itu sejak lama dulu di mana saya harus bersuara dengan jelas. Sudah menjadi kelaziman, sikap rendah diri, biar saja dan sebagainya menjadi pegangan ramai orang. Walaupun peranannya sebagai bahagian daripada pengurus program sastera sering memandang kecil terhadap segala permasalahan mereka untuk mengurus perkembangan sastera yang sehat. Jarang ada yang berani berterus terang tetapi bermuka-mula, menulis surat layang, mencaci cerca di belakang. Inilah buruknya bila kejujuran seseorang itu dihadiahkan penghargaannya dengan sebuah perasaan yang memburukkan situasi. Apa pun juga kehidupan ini perlu diteruskan dalam apa keadaan sekali pun. Ruang untuk meletakkan rasa kesenimanan itu ada di mana-mana dan dalam keadaan yang relatif sederhana, akan mengungkayahkan program-program yang sesuai sebagaimana catatan saya yang lepas. Saya tahu tanpa kerjasama dan sokongan sahabat dan rakan yang sejati, apa yang akan saya fikirkan tidak mungkin dapat dilaksanakan. Saya juga tahu kemampuan yang dimiliki hanya seadanya sahaja. Namun ini tidak bermakna, jalan di hadapan itu telah tertutup. di sinilah akan menentukan sama ada hidup seorang seniman itu ada tersemat perjuangan atau sebaliknya.
PUSTAKAIQBALNAZIM
Posted at Friday, April 18, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
SAYA dilahirkan di tangan Bi' Susur - bidan kampung ketika masyarakat Sabah masih di bawah era British North Borneo Company. Ayah suku kaum Murut Tenom, Sabah sementara ibu suku kaum Jawa daerah Beaufort. Saya bergelar 'abang tua', 'pak tua' dan 'atuk tua' kepada lima adik - seorang lelaki dan empat perempuan, 18 anak-anak saudara dan seorang cucu. Latar awal kehidupan kecil, dibesarkan dalam kawasan perladangan getah (Lumadan Estate) dan terdedah dengan aktiviti seni pementasan bangsawan, sandiwara, persembahan kugiran dan tarian di tempat kelahiran yang dipergiat oleh para pendidik sekolah dan warga ladang. Sila Klik Kelanjutannya
SENARAI PENERBITAN BUKU HA Antologi Puisi Bersama
1] Sematan (GPPS, Sarawak 1984) 2] Titian Rindu (DBP Sabah, 1987) 3] Kekasih (DBP Sabah/MUIS, 1987) 4] Perubahan (DBP, 1988) 5] Siapakah Antara Kita (DBP, 1988) 6] Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989) 7] Mengenang-Mu (DBP, 1989) 8] Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990) 9] Perkasihan Musim (DBP Sarawak, 1992) 10] Luka Bosnia (BAHASA, 1992) 11] Al-Kahfi (DBP Sabah/MUIS, 1992) 12] Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993) 13] Nafas Utara Borneo (DBP Brunei, 1994) 14] Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995) 15] Kafilah (DBP/MUIS, 1996) 16] Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997) 17] Tasbih Rindu (DBP Sabah/MUIS, 1998) 18] Penyair, Alam dan Kemanusiaan (DBP, 2000) 19] Antologi Puisi Cyber: Graffiti Gratitude (Yayasan Multimedia Sastera, Bandung, Indonesia, 2001) 20] Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002) 21] ‘Iktikaf (DBP Sabah/MUIS, 2003) 22] Nyanyian Iman (DBP Sabah, 2004) 23] Nyanyian Pulau-Pulau (DBP Sarawak, 2004) 24] Antologi Puisi Sufi: Cinta Pohon Tamar (Jahabersa Johor Bahru, 2004) 25] Hadrah Cinta (DBP Sabah, 2005) 26] Manuskrip Luka Bangsa (PENA, 2006)
Rantau Utara, (DBP Brunei, 1989) Ibrah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, 2003)
Antologi Skrip Drama Pentas
Unduk Ngadau, (DBP, 2005)
Antologi Kertas Kerja
Idealisme & Intelektualiti dalam Karya (PENA, 2005)
TEGAK RUMAH KERANA SENDI
RUNTUH SENDI RUMAH BINASA
SENDI BANGSA IALAH BUDI
RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA
BUKU-BUKU PUISI HA
PUSTAKA IQBAL NAZIM (Koleksi HA)
Di bawah ini buku-buku Guru dan Idolaku...
Bersama mama dan bapa (1962)
AKTIVITI HA
19 APRIL 2008: MESYUARAT AGUNG IPS KE-17 26 APRIL 2008: ZIARAH SASTERAWAN: DATUK HJ SHUHAIBUN YUSSUF 27 APRIL 2008: SEMINAR PEMIKIRAN AMIL JAYA 30 APRIL 2008: TAKLIMAT PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA 2 MEI - 4 MEI 2008: PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM KUBENA SIPITANG [Dibatalkan] 5 MEI - 6 MEI 2008: PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM TANAKI TAMBUNAN 7 MEI 2008: MENYAKSIKAN MALAM CITRA PUISI PPSB DI KEM WAWSAN KG OVAI PAPAR 6 JUN 2008: MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 2/2008 DI KEM TANAKI TAMBUNAN 21 JUN 2008: CERAMAH KOMSAS DI SMK MEMBAKUT, SABAH 18 JULAI 2008: CERAMAH KOMSASM DI SMK NARINANG KOTA BELUD 25 - 28 JULAI 2008: LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALI INDONESIA
CERPEN HA ['Link'nya sedang dibina, maaf]
Memilih Diam
Kepala-Kepala Ekor Seberkas Idea Tentang Pohon Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat Bagai Dedalu Citra Tidak Berakhir di Sini Hanya Namanya Khartizah Sahabat Saya yang Hilang Seniman
Maruah Harith Jambatan Terbentang Tirus