Sebenarnya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat dalam IPS kerana masih meyakini saya untuk menerajui persatuan penulis ini dalam tempoh 2 tahun mendatang. Meskipun saya pernah menyatakan untuk memilih kesederhanaan dalam pertimbangan memimpin IPS, saya optimis untuk melaksanakan dasar-dasar yang telah diungguli semasa perbahasan mesyuarat agung tahunan IPS (MAIPS) yang berlangsung baru-baru ini. Saya juga telah melihat semangat baru di kalangan ahli-ahli jawatan kuasa yang baru dilantik untuk melaksanakan program-program sastera. Inilah yang saya inginkan agar segala perancangan yang disusun itu dapat dilakukan secara muafakat, musawarah dan dibentuk dalam satu pasukan sebagaimana tindakan-tindakan lazim oleh mana-mana organisasi. Program yang dominan kepada IPS akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun ini misalnya Khemah Sastera 5 di Papar, pengucapan puisi di Kota Belud, bengkel penulisan kreatif dan bukan kreatif di Tuaran, Kota Marudu, Beaufort, Papar dan Kota Belud, seminar-seminar Komsas dan serasehan karya di Kota Kinabalu. Saya fikir IPS wajar melakukan penjenamaannya bukan dari segi nama semata-mata tetapi pelaksaan dan pengurusan agar ia lebih bersifat profesional. Menerusi Institut Penyelidikan Sastera Sabah (INPES) yang IPS tubuhkan akan memainkan peranan pentingnya menanggapi semua bentuk aktiviti sastera di Sabah. Bertolak dari sini saya fikir perlunya persiapan-pesiapan di sisi yang lain misalnya ada perancangan untuk menyediakan sebuah pusat aktiviti agar setiap perancangan dapat digembelingkan dengan teratur dan melibatkan semua ahli. Saya telah mengarahkan beberapa ahli jawatakuasa untuk menangani program-program tertentu dan mereka akan diberi tanggungjawab agar pelaksaan dapat dilakukan secara profesional juga. Sebagai contoh seminar KOMSAS, perlunya nota-nota dan perisian yang interaktif agar para pelajar terbabit lebih menaakul penyertaan mereka dalam program berkenaan. Teguran dan pandangan Ahli Kehormat IPS, Sdr Laliman Haji Ahmad ketika merasmikan MAIPS berhubung peranan IPS dalam gerakan sastera di Sabah saya menerimanya dengan positif. Aktiviti sumbang saran (brainstorming) akan dilakukan untuk menentukan jenama yang bakal dibentuk itu sejajar dengan keperluan masyarakat dan negara terutama sekali dalam usaha pembinaan modal insan. IPS juga akan mengajak para penulis mapan dan baru untuk mempastikan sastera Melayu terus mampu mendominasikan pemikiran bangsa (baca: Sabah) terutama sekali ketika menerima saingan daripada perubahan-perubahan dasar yang berlaku dari semasa ke semasa pihak pemerintah dan juga serangan teknologi yang terus berkembang. Saya berharap wujud kerjasama daripada pelbagai pihak yang bakal kami akrabi, dan dalam pendekatan yang bakal kami ambil, IPS tetap berpegang kepada sikap tegas agar pengurusan sastera mampu dilakukan secara telus dan bersungguh-sungguh.
PUSTAKAIQBALNAZIM
Posted at Sunday, April 20, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
SAYA dilahirkan di tangan Bi' Susur - bidan kampung ketika masyarakat Sabah masih di bawah era British North Borneo Company. Ayah suku kaum Murut Tenom, Sabah sementara ibu suku kaum Jawa daerah Beaufort. Saya bergelar 'abang tua', 'pak tua' dan 'atuk tua' kepada lima adik - seorang lelaki dan empat perempuan, 18 anak-anak saudara dan seorang cucu. Latar awal kehidupan kecil, dibesarkan dalam kawasan perladangan getah (Lumadan Estate) dan terdedah dengan aktiviti seni pementasan bangsawan, sandiwara, persembahan kugiran dan tarian di tempat kelahiran yang dipergiat oleh para pendidik sekolah dan warga ladang. Sila Klik Kelanjutannya
SENARAI PENERBITAN BUKU HA Antologi Puisi Bersama
1] Sematan (GPPS, Sarawak 1984) 2] Titian Rindu (DBP Sabah, 1987) 3] Kekasih (DBP Sabah/MUIS, 1987) 4] Perubahan (DBP, 1988) 5] Siapakah Antara Kita (DBP, 1988) 6] Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989) 7] Mengenang-Mu (DBP, 1989) 8] Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990) 9] Perkasihan Musim (DBP Sarawak, 1992) 10] Luka Bosnia (BAHASA, 1992) 11] Al-Kahfi (DBP Sabah/MUIS, 1992) 12] Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993) 13] Nafas Utara Borneo (DBP Brunei, 1994) 14] Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995) 15] Kafilah (DBP/MUIS, 1996) 16] Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997) 17] Tasbih Rindu (DBP Sabah/MUIS, 1998) 18] Penyair, Alam dan Kemanusiaan (DBP, 2000) 19] Antologi Puisi Cyber: Graffiti Gratitude (Yayasan Multimedia Sastera, Bandung, Indonesia, 2001) 20] Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002) 21] ‘Iktikaf (DBP Sabah/MUIS, 2003) 22] Nyanyian Iman (DBP Sabah, 2004) 23] Nyanyian Pulau-Pulau (DBP Sarawak, 2004) 24] Antologi Puisi Sufi: Cinta Pohon Tamar (Jahabersa Johor Bahru, 2004) 25] Hadrah Cinta (DBP Sabah, 2005) 26] Manuskrip Luka Bangsa (PENA, 2006)
Rantau Utara, (DBP Brunei, 1989) Ibrah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, 2003)
Antologi Skrip Drama Pentas
Unduk Ngadau, (DBP, 2005)
Antologi Kertas Kerja
Idealisme & Intelektualiti dalam Karya (PENA, 2005)
TEGAK RUMAH KERANA SENDI
RUNTUH SENDI RUMAH BINASA
SENDI BANGSA IALAH BUDI
RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA
BUKU-BUKU PUISI HA
PUSTAKA IQBAL NAZIM (Koleksi HA)
Di bawah ini buku-buku Guru dan Idolaku...
Bersama mama dan bapa (1962)
AKTIVITI HA
19 APRIL 2008: MESYUARAT AGUNG IPS KE-17 26 APRIL 2008: ZIARAH SASTERAWAN: DATUK HJ SHUHAIBUN YUSSUF 27 APRIL 2008: SEMINAR PEMIKIRAN AMIL JAYA 30 APRIL 2008: TAKLIMAT PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA 2 MEI - 4 MEI 2008: PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM KUBENA SIPITANG [Dibatalkan] 5 MEI - 6 MEI 2008: PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM TANAKI TAMBUNAN 7 MEI 2008: MENYAKSIKAN MALAM CITRA PUISI PPSB DI KEM WAWSAN KG OVAI PAPAR 6 JUN 2008: MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 2/2008 DI KEM TANAKI TAMBUNAN 21 JUN 2008: CERAMAH KOMSAS DI SMK MEMBAKUT, SABAH 18 JULAI 2008: CERAMAH KOMSASM DI SMK NARINANG KOTA BELUD 25 - 28 JULAI 2008: LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALI INDONESIA
CERPEN HA ['Link'nya sedang dibina, maaf]
Memilih Diam
Kepala-Kepala Ekor Seberkas Idea Tentang Pohon Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat Bagai Dedalu Citra Tidak Berakhir di Sini Hanya Namanya Khartizah Sahabat Saya yang Hilang Seniman
Maruah Harith Jambatan Terbentang Tirus