Hari ini bertarikh 22 April 2008 merupakan satu tarikh biasa seperti hari-hari yang lalu; kita jarang mengingat sesuatu melainkan pernah mengalami peristiwa dan tidak mudah melupakannya. Dengan tanggal yang sama juga, saya percaya ramai yang maklum tentang Hari Bumi yang patut kita rai untuk meletakkan keperihatinan kita terhadap bumi kita ini yang semakin lelah ketika berhadapan pelbagai bencana akibat kealpaan kita sendiri. Pelbagai acara diadakan di seluruh dunia untuk memberikan kesedaran akan tanggungjawab kita menjaga bumi. Pelbagai masalah yang sedang menimpa penduduk bumi ketika ini selain bencana alam iaitu kekurangan bahan makan. Negara kita yang serba makmur ini juga tidak akan terlepas daripada menghadapi masalah yang sama dengan beberapa buah negara lain sekiranya kebijakasanaan kita menangani krisis makanan tidak diatur dengan baik. Kesan krisis makanan ini tidak menjadi masalah besar apabila wujud usaha mempelbagaikan penanaman sumber makanan dan ini perlu dilakukan secara drastik tanpa menunggu 'nasi menjadi bubur'. Bukan sahaja masalah kebuluran tetapi dengan nilainya yang tinggi menyebabkan saingan semakin berleluasa. Kesihatan terganggu bakal menjejaskan pergerakan negara kita yang perlu membangun dengan sehat.
Selamat Menyambut Hari Bumi
Harga barangan keperluan sekarang memang mendadak tinggi berbanding 5 tahun lalu. Jika kita boleh menghidupkan ejin kereka untuk pergerakan sejauh 10 km sehari dengan nilai RM5 kini hampir 3 kali ganda, ini berkaitan dengan harga petrol yang menjadi beban seluruh pengguna. Begitulah dengan nilai RM50 untuk masa ini tidak memungkinkan dapat membeli setin susu terbaik untuk si comel di rumah. Walaupun kononnya ada sesetengah kedai atau gedung menyediakan barangan dengan harga yang setimpal, keadaan tidak banyak berubah kerana rata-rata harga barangan tetap mahal. Harga makan siap juga demikian: beberapa hari lalu seorang rakan penjual meminta maaf kepada saya kerana terpaksa meletakkan harga RM1.50 untuk seketul sayap ayam bakar, naik 20 sen berbanding ketika Ramadan yang lalu. Malah di sesetengah tempat menurut adik saya harga sayap ayam bakar ialah RM2.00. Itu belum lagi harga ikan lantai (bukan ikan mewah yang terletak di atas meja). Kadang saya berfikir bila mahu membeli namun untuk keluarga di rumah dan kesihatan mereka saya harus menggunakan nilai wang yang ada. Ya, duit kan boleh dicari. Harga kesihatan tidak dapat dinilai dengan wang ringgi. Apakah yang perlu kita buat sebagai pengguna? Menerima semua itu seadanya? Kehidupan harus berterusan walau berhadapan dengan pelbagai masalah seperti kemampuan dan kesanggupan berbelanja. Namun semasa bergelap mulai jam 7 malam semalam selama hampir 4 jam dipercayai 90 peratus di seluruh negeri Sabah, saya mula berfikir bahawa penjimatan (tanpa disengajakan ini) sekurang-kurang mengurangkan bil untuk bulan April. Namun keadaan ini jika berlarutan akan menjejaskan produktiviti lain terutama sekali bagai aktiviti waktu malam bagai sesetengah pihak yang menggunakan waktu malam sebagai punca pendapatan. Berbalik kepada Hari Bumi yang diraikan di seluruh dunia hari ini, mengajak kita berfikir untuk masa-masa mendatang sejauh mana keupayaan kita mengurangkan bencana alam akibat kerakusan manusia.
PUSTAKAIQBALNAZIM
Posted at Tuesday, April 22, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
Mardhiah April 24, 2008 12:35 PM PDT Nabi sudah kata, siang untuk bekerja dan malam untuk beristirihat, tapi order dunia baru bertitik tolak dari revolusi perindustrian menyaksikan manusia kerja siang malam (kilang dibuka 24 jam dengan 3 shift waktu bekerja) demi produktiviti dan output, mempastikan agar keuntungan meningkat dari setahun ke setahun.
Natijahnya ialah, suhu dunia kian meningkat. Saintis amat takut dengan peningkatan suhu dunia ini bukan sahaja ia mengakibatkan suhu yang tidak menentu yang menyumbang kepada krisis harga makanan sedunia, tapi lebih mengerikan lagi, jika ketulan ais di Kutub Utara dan Selatan mencair akibat pemanasan global ini.
SAYA dilahirkan di tangan Bi' Susur - bidan kampung ketika masyarakat Sabah masih di bawah era British North Borneo Company. Ayah suku kaum Murut Tenom, Sabah sementara ibu suku kaum Jawa daerah Beaufort. Saya bergelar 'abang tua', 'pak tua' dan 'atuk tua' kepada lima adik - seorang lelaki dan empat perempuan, 18 anak-anak saudara dan seorang cucu. Latar awal kehidupan kecil, dibesarkan dalam kawasan perladangan getah (Lumadan Estate) dan terdedah dengan aktiviti seni pementasan bangsawan, sandiwara, persembahan kugiran dan tarian di tempat kelahiran yang dipergiat oleh para pendidik sekolah dan warga ladang. Sila Klik Kelanjutannya
SENARAI PENERBITAN BUKU HA Antologi Puisi Bersama
1] Sematan (GPPS, Sarawak 1984) 2] Titian Rindu (DBP Sabah, 1987) 3] Kekasih (DBP Sabah/MUIS, 1987) 4] Perubahan (DBP, 1988) 5] Siapakah Antara Kita (DBP, 1988) 6] Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989) 7] Mengenang-Mu (DBP, 1989) 8] Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990) 9] Perkasihan Musim (DBP Sarawak, 1992) 10] Luka Bosnia (BAHASA, 1992) 11] Al-Kahfi (DBP Sabah/MUIS, 1992) 12] Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993) 13] Nafas Utara Borneo (DBP Brunei, 1994) 14] Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995) 15] Kafilah (DBP/MUIS, 1996) 16] Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997) 17] Tasbih Rindu (DBP Sabah/MUIS, 1998) 18] Penyair, Alam dan Kemanusiaan (DBP, 2000) 19] Antologi Puisi Cyber: Graffiti Gratitude (Yayasan Multimedia Sastera, Bandung, Indonesia, 2001) 20] Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002) 21] ‘Iktikaf (DBP Sabah/MUIS, 2003) 22] Nyanyian Iman (DBP Sabah, 2004) 23] Nyanyian Pulau-Pulau (DBP Sarawak, 2004) 24] Antologi Puisi Sufi: Cinta Pohon Tamar (Jahabersa Johor Bahru, 2004) 25] Hadrah Cinta (DBP Sabah, 2005) 26] Manuskrip Luka Bangsa (PENA, 2006)
Rantau Utara, (DBP Brunei, 1989) Ibrah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, 2003)
Antologi Skrip Drama Pentas
Unduk Ngadau, (DBP, 2005)
Antologi Kertas Kerja
Idealisme & Intelektualiti dalam Karya (PENA, 2005)
TEGAK RUMAH KERANA SENDI
RUNTUH SENDI RUMAH BINASA
SENDI BANGSA IALAH BUDI
RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA
BUKU-BUKU PUISI HA
PUSTAKA IQBAL NAZIM (Koleksi HA)
Di bawah ini buku-buku Guru dan Idolaku...
Bersama mama dan bapa (1962)
AKTIVITI HA
19 APRIL 2008: MESYUARAT AGUNG IPS KE-17 26 APRIL 2008: ZIARAH SASTERAWAN: DATUK HJ SHUHAIBUN YUSSUF 27 APRIL 2008: SEMINAR PEMIKIRAN AMIL JAYA 30 APRIL 2008: TAKLIMAT PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA 2 MEI - 4 MEI 2008: PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM KUBENA SIPITANG [Dibatalkan] 5 MEI - 6 MEI 2008: PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM TANAKI TAMBUNAN 7 MEI 2008: MENYAKSIKAN MALAM CITRA PUISI PPSB DI KEM WAWSAN KG OVAI PAPAR 6 JUN 2008: MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 2/2008 DI KEM TANAKI TAMBUNAN 21 JUN 2008: CERAMAH KOMSAS DI SMK MEMBAKUT, SABAH 18 JULAI 2008: CERAMAH KOMSASM DI SMK NARINANG KOTA BELUD 25 - 28 JULAI 2008: LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALI INDONESIA
CERPEN HA ['Link'nya sedang dibina, maaf]
Memilih Diam
Kepala-Kepala Ekor Seberkas Idea Tentang Pohon Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat Bagai Dedalu Citra Tidak Berakhir di Sini Hanya Namanya Khartizah Sahabat Saya yang Hilang Seniman
Maruah Harith Jambatan Terbentang Tirus