Hari minggu, harus bergegas ke Pejabat untuk meneruskan beberapa tugas termasuklah mengurus ketibaan Pengerusi SPR bersama rombongan. Tapi sebelum itu saya ingin memulakan catatan ini mengenai beberapa hal yang sedang bermain-main dalam fikiran. Saya masih mengingat apa yang telah saya katakan kepada sahabat saya Abd Naddin sepanjang perjalanan program ziarah ke atas Budayawan Datuk Haji Shuhaibun Yussuf kelmarin (26 April). Tentang program-program yang harus IPS lakukan. Tentu sahaja ANS bersetuju supaya IPS dilihat secara positif kerana walaupun persatuan ini mempunyai pandangan yang berbeza dalam beberapa perkara dengan DBP Sabah dan juga organisasi lain yang berkaitan, namun begitu peranannya untuk membantu menyemarakkan program-program sastera tetap dilakukannya. Saya tidak ingin memanjangkan persoalan-persoalan yang tidak mungkin kunjung selesai yang saya percaya dialami juga oleh rakan-rakan dalam persatuan penulis yang lain ketika bergulat dengan segala fenomena dalam perkembangan sastera di Sabah. Tentu sahaja kita harus menyusun strategi lebih tersusun, melakukan persiapan-persiapan yang lebih teliti, kemaskini, terkini di samping menyusun jadual perancangan tahunan berdasarkan keperluan semasa. Jika kita hanya bercakap tanpa perancangan satu apapun tidak memberikan makna. Demikian juga sekiranya kita tidak mempunyai sejumlah dana yang menampung segala bentuk pembiayaan program, juga tidak akan membolehkan kita merasa kejayaan yang sebenarnya. Tidak mengapa, kita buat ala kadar sesuai dengan kemampuan. Kita boleh dapatkan sumbangan kawan-kawan yang sudi. Memang bunyinya kurang menyenangkan tapi apa yang boleh kita buat, cuba katakan? Saya masih ingin memegang pandangan ahli dari Papar supaya IPS melakukan perniagaan atau lebih kepada khidmat nasihat penulis dan penulisan. Di samping itu boleh IPS menjual bahan-bahan penulis yang sesuai. Saya ingat membantu golongan penulis dari segi hal-hal yang terpencil ini tidak kurang juga pentingnya. Apabila sahabat kami dari Kota Belud mencadangkan agar program KOMSAS dilakukan secara 'kembara' tetapi saya lebih memilih mengikut daerah. Apa sahaja boleh, namun saya fikir IPS perlu menyediakan bahan-bahan pembelajaran secara sistematis agar program yang bakal dilakukan itu benar-benar memberi manfaat dan seperti yang dikehendaki oleh para pelajar berkaitan. Fokus kita mungkin berdasarkan karya para penulis Sabah yang terdapat dalam teks KOMSAS seperti Jasni Matlani, Awang Karim Kadir, Saibil Madun, Azmah Nordin dan Amil Jaya. Pendekatan yang paling 'mengena' dalam seminaR atau pUn bengkel KOMSAS ini bukanlah menerusi cara 'berceramah satu hala', hingga menimbulkan ketidak selesaan di kalangan pelajar lantaran wujud rasa jemu, sekejap-sekejap keluar ke tandas dan masuk dengan keluhan yang sama. Kita perlu fikirkan teknik yang paling sesuai dan bagaimana caranya memang telah ada dalam kepala. Saya telah menyerahkan tanggungjawab ini secara berperingkat-peringkat kepada Biro yang telah saya lantik. Program-program yang memberi nafas kepada IPS yang lain juga demikian. Buat berdasarkan kemampuan dan keperluan. Sesekali tapi bermakna saya fikir lebih besar impaknya. Sederhana tetapi menyeluruh saya juga fikir lebih baik. Kita boleh memanfaatkan bangunan DBP Sabah dengan baik, kami fikir demikian misalnya buat program baca puisi setiap bulan di ruang legar berhampiran kantin. Kalau mau dibuat boleh, jika tidak pun perlu mempelbagaikan tempat, hanya satu sahaja yang saya risaukan iaitu komiten mereka yang memegang amanah ini. Memang tidak mudah semudah teori atau kata-kata untuk sesuatu perancangan. Begitupun ini tidaklah menimbulkan masalah besar kerana kami mempunyai pengalaman mengenainya. Saya berkata tidak mengapa jika program baca puisi dibuat di luar Kota Kinabalu. Masih ada badan penulis lain yang boleh melakukannya malah DBP sendiri pun boleh. Saya fikir jika DBP Kuala Lumpur memiliki perancangan yang baik dengan menganjurkan Baca Puisi Kuala Lumpur setiap hari Jumaat minggu ke-3, saya fikir DBP Sabah pun boleh memikirkannya. Mungkin isu yang saya bangkitkan dalam tulisan kelmarin akan timbul jika hal ini dikembangkan. Sentiasa mendekati segenap lapisan penulis yang aktif atau tidak, yang muda atau yang veteran, yang baru atau sesiapa sahaja yang mempunyai minat mendalam terhadap sastera dan bidang penulisan bukan kreatif, saya fikir ia memerlukan pendekatan yang serius. Penulis kita merata di segenap pelusuk negeri, tidak dapat dielakkan jika mereka mengatakan keterpinggiran mereka daripada arus sastera perdana waima di peringkah Sabah pun. Satu ketika dahulu Datuk Shuhaibun berjaya mengumpul rakan-rakan penulis lamanya di Papar. Memang bermakna sekali, kami berkesempatan berkenalan lebih dekat dengan mereka. Mereka gembira kerana setidak-tidaknya masih diingat walapun telah lama tidak menulis. Begitu juga para penulis yang lahir dan pergi selepas mereka barangkali perlu dikumpul dan kita boleh lakukan 2 atau 3 kali setahun mengikut tempat atau bahagian di Sabah ini. Selain daripada ni, kita juga perlu mewujudkan sebuah pangkalan data, saya fikir ini telah dilakukan oleh DBP Sabah, namun perlulah digerakkan lebih tersusun untuk memudahkan para peneliti serta pengkaji sastera, bahasa dan budaya yang ingin melakukan kerja-kerja penyelidikan. Inilah yang sering dibangkitkan apabila para peneliti atau pembicara sastera jarang mengangkat karya-karya serta pengarang-pengarang kita di peringkat nasional lantaran kekurangan sumber dan punca perolehan. Mudah-mudahan sahaja apa yang tercatat dalam tulisan ini merangsang kita semua melakukan sesuatu pencerahan terhadap perancangan sastera, bahasa dan kebudayaan dalam satu acuan yang sistematis, mewujudkan impak yang besar kepada sastera tanah air. Saya akan menulis isu-isu lain selepas ini. Insyaallah.
2.
Setelah 6 bulan berlalu saya memecahkan 'cuti' dengan DBP Cawangan Sabah apabila membawa masuk kenderaan dan menjejakkan kaki ke bangunan tersebut. Kebetulan sekali orang pertama yang jumpa sebaiknya keluar daripada kereta ialah Abang Emin Madi. "Aduhai lama aku cari kau tau..." Itu ungkapan awalnya, seperti biasa bertukar khabar dan inilah pertama kali selepas beberapa bulan ucapan tahniah buat beliau kerana menerima Hadiah Ketiga Peraduan Menulis Novel sempena 50 tahun DBP. Saya menceritakan kepada beliau tentang Kampung Salarom yang kebetulan menjadi judul novel beliau yang menurutnya sebuah catatan yang diadunnya semasa melawat kampung berkenaan. Kampung Salarom terletak di kawasan Pensiangan Sabah, agak pedalaman juga dan sukar dihubungi."Tunggulah nanti diterbitkan DBP," ujar Abang Emin sebagai jawapan pertanyaan kedudukan novelnya sekarang seterusnya menyatakan lahir sebuah lagi novel yang sedang dalam proses ciptaan. Katannya, bila sudah menulis tidak boleh berhenti. Syukurlah, namanya penulis tidak ada masa untuk bersara. Ada beberapa orang sahabat penulis yang saya lihat bersembang di kantin Dewan. Mohamad Daud Mohammad, orang penting di DBP Kuala Lumpur 'menangkap' saya menyampaikan beberapa perkara penting untuk difikirkan terutama sekali bagaimana pengajaran sastera di sekolah harus dilaksanakan dengan betul. Beliau akan membentangkan sebuah kertas kepada tenaga pengajar sastera di Perlis dalam masa terdekat ini. Sambil mengakui banyak isu yang boleh diketengahkan untuk memperkasakan lagi pengajaran sastera selain daripada pendekatan pengapresisian sastera di sekolah-sekolah, beliau berpendapat ramai tenaga pengajar sastera tidak faham konsep sastera sebenarnya. Malah, katanya lagi ada juga penulis yang memiliki sindrom pemahaman yang sama terhadap sastera. Saya agak tertegun juga mendengar ungkapan sebegitu rupa. Misalnya apabila melihat secara mengakar, ada pengarang yang gagal mengenal pasti intipati sebenar karyanya apabila meletakkan sesuatu judul yang tidak lebih daripada usaha untuk memikat pembaca. Misalnya Bagaton, MDM berpendapat Amil Jaya tidak meletakkan 'bagaton' itu sebagai intipati novel yang baik dari sudut permasalah lain itu. Alangkah baiknya sekiranya unsur-unsur bagaton yang sebenar diangkat secara mendalam dan mendasar, sudah pasti novel Bagaton bakal menjadi sebuah lagi karya 'masterpiece' yang penting bagi bangsa kita. "Anda bacalah kertas kerja yang saya sediakan untuk program hari ini," sambung MDM agar isu ini dapat dibincangkan lebih akrab. Perbualan kami sebenar agak panjang juga lantaran lama tidak berjumpa jika tidak 'terganggu' oleh Ketua Satu Gapena, Tan Sri Datuk Ismail Hussien. Saya tidak begitu 'menyapa' Tan Sri Ismail, entah mengapa tapi dalam hati kecil saya ada sesuatu yang saya pandang ke dalam dirinya yang bertentangan. Apa pun juga saya tetap bangga kerana setidak-tidak Sabah mereka jejaki untuk mengupas sebanyak mungkin isu-isu berkaitan nasional, isu perpaduan dan kesatuan bumiputera (jika di Semenanjung penyatupaduan orang Melayu). Di situ saya juga bersapaan dengan teman-teman penulis seperti Mat Sakiran, Juri Durabi, Raymond Majumah/Mohd Azalan/Irwan Nur, Jasni Matlani, Cik gu Mohzar, kerabat IPS Mabulmaddin dan Julius Mokejal. Saya merasa teruja juga bila bersama-sama penulis-penulis tersebut walaupun perjumpaan seperti ini bukan baru, maksud saya dalam jumlah yang kecil. Seperti ditulis oleh Julius dalam Kemsas program sebesar ini harus mengajak lebih ramai penulis hadir untuk menghayati perjuangan Amil Jaya. Ini bukan menidakkan usaha pihak penganjur, memang bukan mudah membawa sejumlah yang besar penulis, peminat atau peneliti sastera untuk sebuah program ilmu seperti ini selain menerusi usaha paksaan; misalnya membawa para pelajar sekolah! Keadaan ini berlaku di mana-manapun. Tidak mengapa jika program ilmu dibuat dalam bentuk yang sederhana sifatnya tetapi diikuti oleh sejumlah orang yang kecil tetapi berkualiti. Bukan sekadar mengikuti tetapi tampil memberikan interaksi yang menghidupkan majlis. Namun sekiranya program sebesar - Pemikiran Amil Jaya - ini dibuat di ruang yang kecil seperti bilik Sudut Penulis, sudah tentu 'roh' ketokohan beliau juga turut jatuh. Saya fikir begitu. Memang tiada cara lain selain memberikan perhatian kepada sasaran setiap program. Apakah ilmu yang bakal tercerna itu disebabkan mega dan megahnya atau pun meletakkan cahaya ilmu itu untuk insan-insan yang memiliki kualiti hidup serta pemikiran yang hebat, kita perlu mencorakkan pandangan ini agar segala niat yang murni itu sentiasa mendapat berkat daripada kemurnian itu juga.
PUSTAKAIQBALNAZIM
Posted at Sunday, April 27, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
HA April 29, 2008 04:42 PM PDT Terima kasih, pandangan membina.Saya memang mewujudkan Kemsas untuk tujuan itu juga, malah pernah mengkhabarkan kepada khalayak sastera yang baru mendekati sastera/penulisan termasuklah ahli IPS. Hanya di Sabah, penulis kurang memanfaatkan kemudahan internet, tidak seperti yang saya tahu drp sahabat di Indonesia, mampu membangun menerusi bimbingan dalam talian.
Mardhiah April 28, 2008 10:03 AM PDT Masalah utama ialah dana dan DBP sendiri. Seolah DBP di bawah pengurusan dan pentadbiran baru ini kurang berdaya-saing.
Saya kurang setuju pula idea memperniagakan sastera, tapi kawan yang terlibat dengan pengurusan belia 4B ada formulanya tersendiri. Mungkin saudara boleh bertukar-tukar fikiran dengan mereka.
Satu cara yang saya boleh nampak dan boleh dipraktikan segera ialah melalui perbincangan aktif di internet. Ia murah, mudah dan ada dinamikanya yang tersendiri. Ahli IPS patut digalakkan untuk meluahkan idea no matter how stupid it might sound. KEMSAS itu boleh dijadikan platform untuk mengasah bakat, menyusun idea, dan juga brainstorming.
Perdebatan secara terbuka perlulah digalakkan. Mungkin masih kurang yakin, itu semua boleh dipupuk dengan perjumpaan dan aktiviti pembacaaan di kalangan ahli.
Jangan terlalu ambitious, tumpukan orang yang dekat-dekat yang anda suka dulu, tak perlu ramai, tapi aktif. Dan dari situ akan menarik minat orang lain untuk turut serta.
Satu cadangan saya, apa kata ambil satu naskah dan bincangkan. Mungkin Puisi atau Cerita pendek, mungkin filem yang bermutu.
SAYA dilahirkan di tangan Bi' Susur - bidan kampung ketika masyarakat Sabah masih di bawah era British North Borneo Company. Ayah suku kaum Murut Tenom, Sabah sementara ibu suku kaum Jawa daerah Beaufort. Saya bergelar 'abang tua', 'pak tua' dan 'atuk tua' kepada lima adik - seorang lelaki dan empat perempuan, 18 anak-anak saudara dan seorang cucu. Latar awal kehidupan kecil, dibesarkan dalam kawasan perladangan getah (Lumadan Estate) dan terdedah dengan aktiviti seni pementasan bangsawan, sandiwara, persembahan kugiran dan tarian di tempat kelahiran yang dipergiat oleh para pendidik sekolah dan warga ladang. Sila Klik Kelanjutannya
SENARAI PENERBITAN BUKU HA Antologi Puisi Bersama
1] Sematan (GPPS, Sarawak 1984) 2] Titian Rindu (DBP Sabah, 1987) 3] Kekasih (DBP Sabah/MUIS, 1987) 4] Perubahan (DBP, 1988) 5] Siapakah Antara Kita (DBP, 1988) 6] Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989) 7] Mengenang-Mu (DBP, 1989) 8] Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990) 9] Perkasihan Musim (DBP Sarawak, 1992) 10] Luka Bosnia (BAHASA, 1992) 11] Al-Kahfi (DBP Sabah/MUIS, 1992) 12] Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993) 13] Nafas Utara Borneo (DBP Brunei, 1994) 14] Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995) 15] Kafilah (DBP/MUIS, 1996) 16] Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997) 17] Tasbih Rindu (DBP Sabah/MUIS, 1998) 18] Penyair, Alam dan Kemanusiaan (DBP, 2000) 19] Antologi Puisi Cyber: Graffiti Gratitude (Yayasan Multimedia Sastera, Bandung, Indonesia, 2001) 20] Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002) 21] ‘Iktikaf (DBP Sabah/MUIS, 2003) 22] Nyanyian Iman (DBP Sabah, 2004) 23] Nyanyian Pulau-Pulau (DBP Sarawak, 2004) 24] Antologi Puisi Sufi: Cinta Pohon Tamar (Jahabersa Johor Bahru, 2004) 25] Hadrah Cinta (DBP Sabah, 2005) 26] Manuskrip Luka Bangsa (PENA, 2006)
Rantau Utara, (DBP Brunei, 1989) Ibrah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, 2003)
Antologi Skrip Drama Pentas
Unduk Ngadau, (DBP, 2005)
Antologi Kertas Kerja
Idealisme & Intelektualiti dalam Karya (PENA, 2005)
TEGAK RUMAH KERANA SENDI
RUNTUH SENDI RUMAH BINASA
SENDI BANGSA IALAH BUDI
RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA
BUKU-BUKU PUISI HA
PUSTAKA IQBAL NAZIM (Koleksi HA)
Di bawah ini buku-buku Guru dan Idolaku...
Bersama mama dan bapa (1962)
AKTIVITI HA
19 APRIL 2008: MESYUARAT AGUNG IPS KE-17 26 APRIL 2008: ZIARAH SASTERAWAN: DATUK HJ SHUHAIBUN YUSSUF 27 APRIL 2008: SEMINAR PEMIKIRAN AMIL JAYA 30 APRIL 2008: TAKLIMAT PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA 2 MEI - 4 MEI 2008: PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM KUBENA SIPITANG [Dibatalkan] 5 MEI - 6 MEI 2008: PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM TANAKI TAMBUNAN 7 MEI 2008: MENYAKSIKAN MALAM CITRA PUISI PPSB DI KEM WAWSAN KG OVAI PAPAR 6 JUN 2008: MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 2/2008 DI KEM TANAKI TAMBUNAN 21 JUN 2008: CERAMAH KOMSAS DI SMK MEMBAKUT, SABAH 18 JULAI 2008: CERAMAH KOMSASM DI SMK NARINANG KOTA BELUD 25 - 28 JULAI 2008: LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALI INDONESIA
CERPEN HA ['Link'nya sedang dibina, maaf]
Memilih Diam
Kepala-Kepala Ekor Seberkas Idea Tentang Pohon Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat Bagai Dedalu Citra Tidak Berakhir di Sini Hanya Namanya Khartizah Sahabat Saya yang Hilang Seniman
Maruah Harith Jambatan Terbentang Tirus