Ada ketikanya masyarakat tidak memandang secara adil antara situasi yang normal dengan situasi tidak normal di dalam komuniti berkenaan. Apa juga yang tidak normal itu menjadi 'taboo' bahawa sesuatu yang luar biasa telah terjadi dan ini merupakan sebuah kejayaan. Padahal ia bukanlah hebat sangat namun sengaja dijelmakan dalam fikiran sedemikian rupa. Agak menghairankan apabila taboo ini terjadi, wujud rasa ingin mempersalahkan satu pihak yang lain yang menurutnya memberi tamparan mengapa peristiwa luar biasa itu tercipta oleh komuniti atau bangsa lain? Di manakah maruah bangsa kita yang sewajarnya lebih mendalami, lebih berani, lebih ke depan, lebih jelas dalam keberadaannya apabila kebiasaan tersebut diperlakukan oleh orang lain yang bukan sepatutnya berada dalam komuniti berkenaan.
Kepelbagaian warna etnik suatu realiti. Mengapa harus dibesar-besarkan menjadi taboo bangsa? Apa yang ingin saya sampaikan ini merupakan suatu terjemahan fikiran yang mengasak agar saya menyatakan sebuah pandangan yang amat bertentangan, atau secara sederhana kurang bersetuju dengan kebiasaan pendapat kebanyakan orang malah di pihak yang ingin mempertanggungjawabkan isu perpaduan kaum di Negara kita ini. Cuba anda perhatikan dalam apa-apapun genre, peristiwa atau program yang membabitkan pelbagai kaum, apabila tampil kaum-kaum lain di tengah pentas dan melakukan yang kebiasaannya dibuat oleh orang Melayu, ia merupakan suatu yang amat istimewa. Orang India atau China yang mampu berbahasa Melayu dengan baik dianggap cukup luar biasa. Apabila kaum-kaum ini sanggup dan mampu membaca syair, pantun, gurindam dan bersajak di tengah-tengah khalayaknya orang-orang Melayu, begitu juga apabila orang Melayu mampu berbahasa Mandarin, mereka telah dimartabatkan sebagai hebat. Dan indahnya lagi setiap program digalakkan pula penyertaan pelbagai kaum. Bukankah bangsa Malaysia ini memang realitinya terbangun daripada berbagai kaum dan etnik? Saya tidak melihat ini suatu yang harus dibesar-besarkan. Apabila di dalam sesebuah kelompok tiba-tiba terselit seorang dua yang bukan kaum berkenaan, itu suatu yang luar biasa dan tidak normal. Lantas saya membuat kesimpulan, inikah sebenarnya bangsa Malaysia, yang tidak henti-henti membuat batas-batas keyakinan, kebolehan dan kemampuan seseorang yang lahir dan dibesarkan di Malaysia. Mengapa masih wujud situasi di mana kaum itu dan kaum ini harus mahir, apabila mahir dalam komuniti yang berbeza memberikannya kredit untuk lebih maju, misalnya mendapat tempat yang berbeza daripada orang lain.
Anak-anak ini akan membesar dalam acuan bangsa yang besar, bukan berdasarkan ras atau entik yang kecil
Mereka tahu peranan mereka sebagai anak Malaysia yang bebas dan merdeka
Barangkali pandangan ini memberikan impak yang berbeza bagi kebanyakan orang apatah lagi dalam usaha kita menterjemah makna sebuah kehidupan dalam masyarakat majmuk. Kebolehan seseorang dijadikan petunjuk bahawa sedang atau akan wujud keadaan di mana masyrakat Malaysia telah berpadu tenaga mewujudkan Negara yang makmur kerana kaum-kaumnya yang ada itu telah mampu membangunkan Negara walaupun berbeza agama dan kepercayaan, kebudayaan, bahasa dan sebagainya. Saya fikir usaha kita telah berjaya (hanya mungkin apabila wujud idealisme yang digarisi secara politik ia merupakan suatu usaha yang belum benar-benar berjaya), tetapi janganlah ia menjadi taboo, dibesar-besarkan seterusnya memomokkan kelemahan di pihak lain sebagai suatu masalah yang membebankan.
Mereka istimewa, mengapa?
Sebagai contoh, anak-anak India, China, Kadazan atau Iban yang mampu menyampaikan puisi moden atau tradisional berbahasa Melayu dengan baik (atau setakat boleh sahaja) telah mendapat pujian yang tinggi hanya kerana mereka bukan Melayu. Kemampuan mereka telah meletakkan anak-anak Melayu dalam sebuah kotak yang tidak baik lantaran gagal menunjukkan kejati dirian mereka. Ini yang terjadi ketika Program Penghayatan Sastera dan Budaya dilaksanakan. Di Sabah atau Sarawak bahkan di Semenanjung Malaysia, situasi yang dianggap taboo ini terus terjadi, bukan sahaja dalam program yang disebutkan malah dalam bidang-bidang lain. Mengapa kita sering melihat situasi itu sebagai luar biasa atau tidak normal dalam masyarakat Malaysia? Tentu sahaja interpretasi saya terhadap makna 'taboo' kesasar dari segi pengertian sebenar, namun sesuatu yang dilarang itu telah begitu mengakrab di kalangan kita yang mahukan seolah-olah akan wujud pandangan bahawa apa yang dilarang ialah menidakkan kebolehan dilakukan lantaran berbezaan cara hidup dan latar kepercayaan secara semula jadi, bukan dipaksa-paksakan berdasarkan kehadiran yang disengajakan.
Posted at Thursday, May 01, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
Mardhiah Bte Mohd Yu May 3, 2008 11:02 AM PDT Bukankah sesuatu yang taboo itu mencemar kesucian. Terkadang itu terlalu cintakan kesucian jadi bejat, jumud statik. noktah. Kuburan tanpa tanda?
SAYA dilahirkan di tangan Bi' Susur - bidan kampung ketika masyarakat Sabah masih di bawah era British North Borneo Company. Ayah suku kaum Murut Tenom, Sabah sementara ibu suku kaum Jawa daerah Beaufort. Saya bergelar 'abang tua', 'pak tua' dan 'atuk tua' kepada lima adik - seorang lelaki dan empat perempuan, 18 anak-anak saudara dan seorang cucu. Latar awal kehidupan kecil, dibesarkan dalam kawasan perladangan getah (Lumadan Estate) dan terdedah dengan aktiviti seni pementasan bangsawan, sandiwara, persembahan kugiran dan tarian di tempat kelahiran yang dipergiat oleh para pendidik sekolah dan warga ladang. Sila Klik Kelanjutannya
SENARAI PENERBITAN BUKU HA Antologi Puisi Bersama
1] Sematan (GPPS, Sarawak 1984) 2] Titian Rindu (DBP Sabah, 1987) 3] Kekasih (DBP Sabah/MUIS, 1987) 4] Perubahan (DBP, 1988) 5] Siapakah Antara Kita (DBP, 1988) 6] Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989) 7] Mengenang-Mu (DBP, 1989) 8] Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990) 9] Perkasihan Musim (DBP Sarawak, 1992) 10] Luka Bosnia (BAHASA, 1992) 11] Al-Kahfi (DBP Sabah/MUIS, 1992) 12] Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993) 13] Nafas Utara Borneo (DBP Brunei, 1994) 14] Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995) 15] Kafilah (DBP/MUIS, 1996) 16] Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997) 17] Tasbih Rindu (DBP Sabah/MUIS, 1998) 18] Penyair, Alam dan Kemanusiaan (DBP, 2000) 19] Antologi Puisi Cyber: Graffiti Gratitude (Yayasan Multimedia Sastera, Bandung, Indonesia, 2001) 20] Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002) 21] ‘Iktikaf (DBP Sabah/MUIS, 2003) 22] Nyanyian Iman (DBP Sabah, 2004) 23] Nyanyian Pulau-Pulau (DBP Sarawak, 2004) 24] Antologi Puisi Sufi: Cinta Pohon Tamar (Jahabersa Johor Bahru, 2004) 25] Hadrah Cinta (DBP Sabah, 2005) 26] Manuskrip Luka Bangsa (PENA, 2006)
Rantau Utara, (DBP Brunei, 1989) Ibrah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, 2003)
Antologi Skrip Drama Pentas
Unduk Ngadau, (DBP, 2005)
Antologi Kertas Kerja
Idealisme & Intelektualiti dalam Karya (PENA, 2005)
TEGAK RUMAH KERANA SENDI
RUNTUH SENDI RUMAH BINASA
SENDI BANGSA IALAH BUDI
RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA
BUKU-BUKU PUISI HA
PUSTAKA IQBAL NAZIM (Koleksi HA)
Di bawah ini buku-buku Guru dan Idolaku...
Bersama mama dan bapa (1962)
AKTIVITI HA
19 APRIL 2008: MESYUARAT AGUNG IPS KE-17 26 APRIL 2008: ZIARAH SASTERAWAN: DATUK HJ SHUHAIBUN YUSSUF 27 APRIL 2008: SEMINAR PEMIKIRAN AMIL JAYA 30 APRIL 2008: TAKLIMAT PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA 2 MEI - 4 MEI 2008: PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM KUBENA SIPITANG [Dibatalkan] 5 MEI - 6 MEI 2008: PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM TANAKI TAMBUNAN 7 MEI 2008: MENYAKSIKAN MALAM CITRA PUISI PPSB DI KEM WAWSAN KG OVAI PAPAR 6 JUN 2008: MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 2/2008 DI KEM TANAKI TAMBUNAN 21 JUN 2008: CERAMAH KOMSAS DI SMK MEMBAKUT, SABAH 18 JULAI 2008: CERAMAH KOMSASM DI SMK NARINANG KOTA BELUD 25 - 28 JULAI 2008: LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALI INDONESIA
CERPEN HA ['Link'nya sedang dibina, maaf]
Memilih Diam
Kepala-Kepala Ekor Seberkas Idea Tentang Pohon Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat Bagai Dedalu Citra Tidak Berakhir di Sini Hanya Namanya Khartizah Sahabat Saya yang Hilang Seniman
Maruah Harith Jambatan Terbentang Tirus