Memang bukan mudah untuk membezakan antara berkata dan menikmati kata-kata. Semua orang barangkali boleh berkata, memberikan ilustrasi berdasarkan apa yang difikirkannya namun tidak semua boleh menikmati dalam erti yang lain menerima sejujurnya daripada makna kata-kata yang tersusun dengan indah (pada pandangan orang yang berkata) itu.
Begitulah takrif yang ingin saya perkatakan berkaitan dengan PPSB sebuah jenama yang dilahirkan sebagai sebuah komponen penting dalam PLKN di seluruh negara. Diakui memang secara positifnya PPSB telah menempatkan sumber sastera dan budaya ke sebuah arena yang amat sesuai walaupun skalanya masih kecil. Ini tentu sahaja boleh dikaitkan dengan realiti penerimaan para pelatih yakni wira dan wirawati berdasarkan peringkat program. Setelah empat tahun, PPSB sudah tidak begitu ganjil di kalangan pengurus kem-kem PLKN, termasuk para Komandan dan juga jurulatih-jurulatih PLKN. Mereka tahu PPSB telah memberikan output yang tidak kurang juga besarnya kepada generasi yang mengungsi doom-doom kem setiap 3 bulan atau 3 peringkat setahun. Memang segelintir pelatih menggambarkan PPSB bagaikan seekor raksasa yang menakutkan mereka, pada mulanya, namun kegerunan mereka (baca: kekalutan) berubah apabila berinteraksi dengan fasilitator-fasilitator PPSB yang diberikan tugas mencabar itu.
Mengapa mencabar? Sama ada Ketua Fasilitator (KF) atau fasilitator rata-rata akan memberikan reaksi yang sama, betapa cabaran hebat yang mereka hadapi memberikan pengalaman bermakna, malah tidak itu semata-mata tetapi mengajak mereka lebih bersedia dengan disiplin ilmu, pengetahuan, pendekatan dan teknik bimbingan. Mereka tidak mengajar subjek sastera atau budaya sebagaimana para pelatih alami di sekolah masing-masing. Namun ada ketikanya tindakan mengajar terpaksa juga dilakukan apabila berhadapan dengan kepelbagaian latar para pelatih berkenaan. Namun demikian tentulah ia sedikit sebanyak 'melonggarkan' matlamat program, sebagai salah satu usaha mengajak anak-anak muda kita memahami rasa cinta yang mendalam terhadap negara dengan melahirkan warga yang bertanggungjawab dan berhemah tinggi, sekiranya program ini tidak jauh bezanya dengan seorang guru sastera yang menilai sejauh mana anak muridnya lulus menjawab soalan-soalan yang diberikan. Mereka tidak merasakan suatu penghayatan telah dinikmati, samada tidak faham atau memang mereka tidak minat untuk faham, di mana akhirnya yang lebih diutamakan mereka hanya terhibur kerana menjayakan sebuah persembahan tetapi tidak ada sedikitkan 'roh' sastera dan budaya itu melekat dalam jiwa mereka. Mereka membaca puisi, mereka menyampaikan lagu tradisi, mereka beraksi melakonkan watak-watak Pak Pandir, Pak Kadok (?) ... tetapi bagaimana dengan nilai-nilai penting dan teras daripada puis-puisi para penyair besar kita, apakah mereka dapat merasakan keberadaan makna ketika beraksi dengan meriah di pentas? Mereka telah dihiburkan, mereka merasa gembira, mereka berkesempatan mengenakan busana yang indah... selain ada kenangan terindah apabila mampu menyampaikan Gurindam Semantan, Nazam, Syair Bidasari atau Siti Zubaidah dengan baik. Kita juga melihat anak-anak dari keturunan bukan Melayu juga bekerja keras belajar mendeklamasi puisi atau mengaksikan gerak-gerak kreatif. Mungkin mereka masih 'kabur' tentang semua itu tetapi kenangan memberikan makna tersendiri kerana belum tentu ada suatu masa yang baru untuk mengulangi peristiwa yang sama. Ini aspek kejayaan yang wajar dihargai menerusi PPSB.
Kita sebaiknya tidak dikhayali dengan kesan kecil tersebut. Barangkali kita harus juga mengingat kembali sepanjang empat tahun dan merenung apakah peranan kita itu telah berhasil, atau sekurang-kurangnya menilai dari aspek nilai sastera dan budaya yang digembelingkan. Memang semua fasilitator telah bekerja keras mengisi masa 6 fasa atau 18 jam untuk PPSB. Ada fasi yang mampu menampilkan persembahan para pelatih dengan cemerlang kerana latar belakang pengalamannya yang baik dan ada juga fasi yang masih meraba-raba untuk membentuk anak-anak muda ini membuat sebuah persembahan berdasarkan acuan yang disediakan DBP. Di sini timbul pula ketidakseragaman yang mencatatkan program ini secara keseluruhan. Namun hanya kata-kata ini yang dapat diberikan: apa nak buat, itu yang termampu. Maka, kita pun harus menerima dengan terbuka segala kata-kata dan berusaha juga dengan jujur menikmati makna kata-kata yang diucapkan walapun pahit untuk ditelan, kerana itulah sahaja yang termampu. Tepuk dada tanya selera.
Posted at Thursday, May 08, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
HA May 10, 2008 03:20 PM PDT Marsli - Terima kasih.
Mardiah: Itu tanda milik kerajaan persekutuan. Barangkali mesejnya begitu. Di Sabah pun sama. Pejabat2 daerah misalnya. Kita boleh tahu itu bangunan Pejabat Daerah tak kira sama ada di Kudat, Keningau, Tenom, Lahad Datu, Telupid, Matunggong, Sipitang dsbnya. Satu lagi, jika di Tanah Melayu ada Putrajaya, di Sabah pula ada Mini Putrajaya, merujuk kepada Kompleks Jabatan2 Persekutuan Negeri Sabah. Masih ada keinginan menyamakan sesuatu yang dianggap gah (barangkali).
Datuk Shafie melihat kepada pelancongan, kebudayaan hanyalah produk untuk dijaja kepada para pelancong. Apakah dia memahami sanggar sastera dalam kebudayaan kita, berbeza dengan Datuk SU Rais Yatim. Ya abang tahu, suara Menteri tu boleh mengubah segalanya kan? Orang2 besar dan berkuasa dalam sesuatu organinasi biasanya mudah layu, lesu dan puda pudar segala egoisme dan prinsip.
Perubahan harus terus terjadi dalam apa juga bidang. Pendekatan sastera juga demikian. Jika tidak akan ketinggalan jauh.
Marsli N.O May 10, 2008 01:24 PM PDT Sdr. Sekarang ni saya tengah kempen berhenti merokok. Lawatlah kat "klinik" saya.
Mardhiah Bte Mohd Yu May 10, 2008 12:04 PM PDT I hope menteri Kekwa baru ini Shafie Afdal peka dengan isu ini. Tak bule ka minta tolong sama dia? Diakan suka buat open house masa hari raya?
Dulu masa tahun70'an abang perasan tak semua bangunan faderal sepeten aje tak kira satu Malaysia, satu Malaysia sama, semua sikit lebih kurang aje. baik sekolah, pejabat akauntan semua sama.
Arkitek protes, mana boleh building kat atas bukit sama bentuk dengan building tepi tasik. Jadi kita pun dapat Putrajaya yang pelbagai bentuk. Cuba bayangkan pelan tahun 70'an dulu mai tekap kat Putrajaya. Alangkah hodohnya wajah Putrajaya.
HA May 10, 2008 08:43 AM PDT Saya setuju pandangan ayah Mar tu. Saya juga selalu berfikiran begitu di mana soal budaya hendonisme ini menular ke alam sastera kita. Hinggakan nilai sastera itu telah jatuh menjunam. Misalnya di Sabah pernah beberapa kali dianjurkan program sastera berskala besar dengan merekodkannya berjam-jam bahkan berhari-hari tanpa henti. Hasilnya hanyalah selembar sijil dan sejarah. Sifat luaran, intipati sastera itu bagaimana?
Kami telah melakukannya seawal peringkat PPSB diperkenalan di kem-kem PLKN di Sabah pada 2005, dengan menerapkan unsur2 budaya lokal, namun begitu kami terpaksa menggunapakai acuan DBP. Seluruh negara diwajibkan menggunakannya. Namanya pun 'diupah' tiada jalan lain, mesti patuh. Macam saya katakan, DBP tidak memberikan kebebasan. Akhirnya fasilitator menjadi jumud, statik, kreavitinya tidak berkembang, produk persembahannya pun mendatar, menjadi tapi berbentuk 'yang itu, itu juga'. Ini pandangan telus saya, saya tahu ada yang menganggap saya ni memandai. Budaya pihak pengurusan PPSB ni lain sikit. Tak payah disebut. Lain jadinya nanti.
Memang perlu lakukan sesuatu yang berbeza dari semasa ke semasa. Jika tidak PPSB hanyalah suatu jenama yang indah khabar dari rupa dan habiskan duit rakyat sahaja...
Mardhiah Bte Mohd Yu May 9, 2008 09:09 PM PDT Masalahnya kini kita bersaing dengan budaya hedomisme yang dipromosikan secara skala besar-besaran. Ayah saya selalu kata perlu ada political will.
Kalau dah pemimpin pun hanyut dalam Americanisasi, maka tidak hairan satu hari nanti cina, melayu india, kadazan, iban, bidayuh, dusun, bajau semua serupa macam macam orang America, cuma tak putih melepak dan tak tinggi lampai sahaja.
ii)
Pelik juga, kenapa gurindam dan puisi, ambillah puisi dari etnik Sabah sendiri. Kalau saya pergi sabah saya tak mau tinguk orang berpuisi macam di KL, saya mau tinguk sesuatu yang lain. Kenapa nak ikut program yang di"standardize"kan dari KL?
iii)
Soal skill saya rasa bukan perkara besar, macam saya katakan selalu adakan majlis pembacaan naskah untuk bina keyakinan diri. Saya dulu masa mula-mula buat public speaking pun menggeletar bagai nak rak.
HA May 9, 2008 05:27 PM PDT Memangpun, macam kain perca juga. Saya percaya pihak DBP serius tapi tidak pada pihak lain, maka yang sering kelihatan ialah seperti Mar katakan, tempel! Tidak mustahil PPSB akan sirna jika realiti 'tempel' ini tidak dileraikan. Kadang kelihatan juga unsur-unsur 'paksaan' di situ. Jadilah buat tak buat, separuh hati. Sebab itu semua pihak perlu serius, bukan DBP sahaja.
Selain itu DBP juga perlu lebih terbuka, acuannya sudah ok cuma tiada kebebasan diberikan kepada fasiltator. Fasilitator kena ikut a-z skema bimbingan. Penekanan juga lebih kepada persembahan. Nilai sastera dan budaya agak kurang apatah lagi ada fasilitator yang tidak mempunyai latar pengalaman yang sesuai untuk membimbing. Bukan semua 'orang sastera/budaya' itu mampu jadi pemudahcara PPSB. Mereka perlukan 'skill' tersendiri. Ini jadi penyumbang kepada kurangnya minat (saya fikir) di kalangan wira dan wirawati. Jika tidak tahu puisi apa lagi mendeklamasi puisi, macam mana nak bimbing orang baca puisi. Jika tidak boleh menyampaikan lagu tradisi seperti gurindam,syair,seloka dsbnya, macama mana nak semaikan minat kepada generasi muda tersebut. Ini boleh disaksikan ketika persembahan Malam Citra Puisi. Kita boleh buat penilaian. Tidak bermakna saya ni pandai, namun jika begitu sering disaksikan walaupun sering juga dibuat teguran, tiada siapa yang wajar disalahkan jika bukan pihak pengurusan program ketika menilaian kelayakan para pemudahcara tersebut. Saya fikir setelah 4 tahun, jika anak kecil sudah laju larinya, tapi PPSB masih merangkak untuk berdiri teguh. Bila berdiri perlu pula dipapah. Analogi ini ditujukan kepada fasilitator yang meraba-raba semasa membimbing pelatih. Namun masalah begini tidak dihadapi mereka yang memiliki asas yang mantap. Setidak-tidaknya sebagai penggiat teater.
Mardhiah May 9, 2008 04:32 PM PDT Saya tetap percaya aprisiasi sastera bermula dari rumah. KOMSAS-KOMSAS ini semua tempelan buat orang bergaduh-gaduh, tuduh-menuduh dan bersyak wasangka adalah.
Zaman saya dulu tak de KOMSAS, mana ada PLKN, tapi kami boleh apresiasi sastera kami agak baik, kerana nenek, ayah sering jadi pelipur lara. Macam-macam cerita, dari kisah para sahabat, nabi-nabi dan ambia, sehinggalah cerita-cerita tempatan. Dari situ minat membaca itu tumbuh secara semulajadi.
SAYA dilahirkan di tangan Bi' Susur - bidan kampung ketika masyarakat Sabah masih di bawah era British North Borneo Company. Ayah suku kaum Murut Tenom, Sabah sementara ibu suku kaum Jawa daerah Beaufort. Saya bergelar 'abang tua', 'pak tua' dan 'atuk tua' kepada lima adik - seorang lelaki dan empat perempuan, 18 anak-anak saudara dan seorang cucu. Latar awal kehidupan kecil, dibesarkan dalam kawasan perladangan getah (Lumadan Estate) dan terdedah dengan aktiviti seni pementasan bangsawan, sandiwara, persembahan kugiran dan tarian di tempat kelahiran yang dipergiat oleh para pendidik sekolah dan warga ladang. Sila Klik Kelanjutannya
SENARAI PENERBITAN BUKU HA Antologi Puisi Bersama
1] Sematan (GPPS, Sarawak 1984) 2] Titian Rindu (DBP Sabah, 1987) 3] Kekasih (DBP Sabah/MUIS, 1987) 4] Perubahan (DBP, 1988) 5] Siapakah Antara Kita (DBP, 1988) 6] Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989) 7] Mengenang-Mu (DBP, 1989) 8] Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990) 9] Perkasihan Musim (DBP Sarawak, 1992) 10] Luka Bosnia (BAHASA, 1992) 11] Al-Kahfi (DBP Sabah/MUIS, 1992) 12] Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993) 13] Nafas Utara Borneo (DBP Brunei, 1994) 14] Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995) 15] Kafilah (DBP/MUIS, 1996) 16] Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997) 17] Tasbih Rindu (DBP Sabah/MUIS, 1998) 18] Penyair, Alam dan Kemanusiaan (DBP, 2000) 19] Antologi Puisi Cyber: Graffiti Gratitude (Yayasan Multimedia Sastera, Bandung, Indonesia, 2001) 20] Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002) 21] ‘Iktikaf (DBP Sabah/MUIS, 2003) 22] Nyanyian Iman (DBP Sabah, 2004) 23] Nyanyian Pulau-Pulau (DBP Sarawak, 2004) 24] Antologi Puisi Sufi: Cinta Pohon Tamar (Jahabersa Johor Bahru, 2004) 25] Hadrah Cinta (DBP Sabah, 2005) 26] Manuskrip Luka Bangsa (PENA, 2006)
Rantau Utara, (DBP Brunei, 1989) Ibrah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, 2003)
Antologi Skrip Drama Pentas
Unduk Ngadau, (DBP, 2005)
Antologi Kertas Kerja
Idealisme & Intelektualiti dalam Karya (PENA, 2005)
TEGAK RUMAH KERANA SENDI
RUNTUH SENDI RUMAH BINASA
SENDI BANGSA IALAH BUDI
RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA
BUKU-BUKU PUISI HA
PUSTAKA IQBAL NAZIM (Koleksi HA)
Di bawah ini buku-buku Guru dan Idolaku...
Bersama mama dan bapa (1962)
AKTIVITI HA
19 APRIL 2008: MESYUARAT AGUNG IPS KE-17 26 APRIL 2008: ZIARAH SASTERAWAN: DATUK HJ SHUHAIBUN YUSSUF 27 APRIL 2008: SEMINAR PEMIKIRAN AMIL JAYA 30 APRIL 2008: TAKLIMAT PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA 2 MEI - 4 MEI 2008: PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM KUBENA SIPITANG [Dibatalkan] 5 MEI - 6 MEI 2008: PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM TANAKI TAMBUNAN 7 MEI 2008: MENYAKSIKAN MALAM CITRA PUISI PPSB DI KEM WAWSAN KG OVAI PAPAR 6 JUN 2008: MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 2/2008 DI KEM TANAKI TAMBUNAN 21 JUN 2008: CERAMAH KOMSAS DI SMK MEMBAKUT, SABAH 18 JULAI 2008: CERAMAH KOMSASM DI SMK NARINANG KOTA BELUD 25 - 28 JULAI 2008: LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALI INDONESIA
CERPEN HA ['Link'nya sedang dibina, maaf]
Memilih Diam
Kepala-Kepala Ekor Seberkas Idea Tentang Pohon Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat Bagai Dedalu Citra Tidak Berakhir di Sini Hanya Namanya Khartizah Sahabat Saya yang Hilang Seniman
Maruah Harith Jambatan Terbentang Tirus