sinar

Monday, May 12
Pencerahan Persuratan dan Budaya di Sabah

Jasni Matlani telah menyampaikan pandangan telusnya terhadap keterpinggiran sastera di Sabah ketika Rang Undang-undang Enakmen Warisan Budaya (Pemuliharaan (Pindaan)) 2008 dibentangkan dan diluluskan di Dewan Undangan Negeri Sabah oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun (rujuk artikel "Penjanaan dan pejenamaan Semula Warisan Budaya dan Sastera di Sabah dalam Utusan Borneo 12 Mei 2008).
               Memang agak malang kerana sastera sering dilihat tidak lebih sebagai artifak seni yang tidak sebesar nilai komersial bidang pelancongan yang lebih menyerlahkan aktiviti seni tari, busana dan kraftangan. Lebih malang lagi pengertian budaya itu sendiri sering disalaherti. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat. Edward B. Taylor telah memberi satu takrif yang klasik mengenai konsep kebudayaan. Katanya:...kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat." 
               Apa yang selalu dijelaskan oleh sebilangan besar masyarakat kita termasuklah para pemimpin dan mereka yang menggelar sebagai pejuang budaya, budaya atau kebudayaan yang berlegar dalam kepala mereka ialah tarian, alat muzik tradisi dan busana pelbagai corak etnik masyarakat kita. Saya tidak pasti selain daripada itu misalnya bercakap mengenai nilai keindahan selain keindahan pada lenggang lenggok para penari, keindahan pada muzik yang mengasyikkan dan sebagainya. Sastera juga bukan sekadar puisi, pantun, seloka atau novel tetapi lebih luas daripada itu. Sastera juga meliputi falsafah, pemikiran, bahasa, pendidikan yang lahir dan dilahirkan daripada kehidupan masyarakat berkenaan. Tentulah anggapan kerdil terhadap bidang sastera melahirkan rasa kecewa kepada individu ataupun sekolompok rakyat yang berusaha menggembeling tenaga dan fikiran untuk memulihara, membangun, memugar, membentuk, mengembang bidang berkenaan di kalangan generasi baru. 
                  S
asterawan dan para penulis pelbagai genre serta disiplin penulisan bukan golongan sembarangan. Sebagai bukti, terdapat juzuk khas untuk penulis dalam al-Quran iaitu menerusi surat as-syura. Imam al-Ghazali menegaskan bahawa seseorang itu tidak boleh menjadi penulis jika kurang ilmu dunia dan akhirat. Ini suatu ketentuan yang patut diambil perkiraan betapa peranan yang digalas oleh para penulis itu harus juga diberikan perhatian dengan sungguh-sungguh. Mereka ini menjadi pemikir yang telah membijaksanakan ramai manusia bermula daripada prinsip 3M di prabelajar.  Ilmu pengetahuan tidak akan tersebar luas tanpa penulis, dan ini juga mengukuhkan nilai kepada ilmu pengetahuan itu agar diletakkan di tempatnya yang terbaik. Barangkali kedudukan sastera kita di Sabah ini agak bercelaru apabila ingin meletakkan di mana para pendukungnya harus berada, apatah lagi apabila kita mempunyai pelbagai agensi yang turut terlibat secara tidak langsung. Bagaimanapun, apa yang jelas ialah tidak pernah ada usaha yang serius ke arah memartabatkan bahan-bahan persuratan kita itu. Saya pernah menulis isu ini namun telah dilihat sekadar sebagai suatu luahan emosi semata-mata walaupun realitinya ada. Tentulah tidak merugikan sesiapa pun sekiranya pihak kerajaan Negeri memandang positif atau setidak-tidaknya mengambil jalan pencerahan agar sastera dan budaya kita yang begitu banyak itu juga wajar diletakkan dalam penjenamaan warisan budaya kita. Mungkin untuk ke arah itu tidak semudah kita berkata atau menulis sebuah pandangan begini, namun apa yang penting ialah memperkatakannya secara terbuka dan memberi peluang kepada pelbagai pihak untuk memberikan pandangan mereka. Pihak kerajaan juga harus mendengar pandangan-pandangan itu sebelum membuat sebarang keputusan yang sukar diterima. Betul apa yang disampaikan oleh Jasni terhadap sikap yang harus diambil ingatan agar mendengar rintihan rakyat. Golongan penulis telah diwakili oleh Tuan Haji Ariffin Arif di Dewan Undangan Negeri dan menyampaikan hasrat murni kalangan sasterawan dan penulis. 
                  
Kita amat berterima kasih dengan adanya seorang Ahli Yang Berhormat di dewan yang terbaik itu untuk menyampaikan hasrat rakyat. Namun begitu desakan perlu dipanjangkan di kalangan rakyat apabila buah fikiran yang disampaikan Ariffin tidak memberikan respon yang diharapkan. Sebagai rakyat dan salah seorang pemimpin pertubuhan penulis di Sabah, saya mengajak anda terutama para sasterawan, budayawan dan seniman di Sabah agar menyatakan pandangan yang sama. Saya percaya akan terbersit buah fikiran yang lebih denamik agar wujud pradigma para pemimpin kita mendesak supaya keberadaan sastera dan budaya dalam masyarakat kita harus lebih dimartabatkan. Dunia persuratan sebenarnya kita berjumpa pada kekuatan makna yang tidak hanya disandarkan pada kekuatan leksikal dan kekuatan metafora melainkan lebih kepada kekuatan sprituil yang mencuba menyungsung keajaiban-keajaiban filosofinya. Dan berapa ramai 'orang-orang besar' kita menilai sastera dari sudut ini?

©PUSTAKAIQBALNAZIM

 


Posted at Monday, May 12, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry

KREATIF HASYUDA ABADI

Saya juga berada di blog
MEMBELAH KABUT
klik sahaja,
anda dialu-alukan...


 


Dengan sepasang sayap jelita ini
aku akan pergi ke mana sahaja
menjelajah dunia Cinta-Nya...

Sesawang sebelumnya:
LAMAN AKAR CAHAYA
Mailing List:
LAMANAKARCAHAYA YAHOO-GROUPS




PANTUN HARI INI

Memburu rusa di hutan simpan,
Bersama kawan anak Pak Kayat;
Gembira rasa hari persandingan,
Moga berkekalan ke akhir hayat.

Dari Pensiangan ke Pekan Kimanis,
Membeli ikan di Tamu Papar;
Hari persandingan peristiwa manis,
Tiada berulang masa beredar.

Membeli reload di Tanjung Aru,
Jangan lupa membeli laksa;
Selamat menyambut pengantin baru,
Suka duka sama dirasa.


LAYARI KOLEKSI PANTUN HA
YANG LAIN DI SINI



PROFIL HA
Salasilah Keturunan Liwas

SAYA dilahirkan di tangan Bi' Susur - bidan kampung ketika masyarakat Sabah masih di bawah era British North Borneo Company. Ayah suku kaum Murut Tenom, Sabah sementara ibu suku kaum Jawa daerah Beaufort. Saya bergelar 'abang tua', 'pak tua' dan 'atuk tua' kepada lima adik - seorang lelaki dan empat perempuan, 18 anak-anak saudara dan seorang cucu. Latar awal kehidupan kecil, dibesarkan dalam kawasan perladangan getah (Lumadan Estate) dan terdedah dengan aktiviti seni pementasan bangsawan, sandiwara, persembahan kugiran dan tarian di tempat kelahiran yang dipergiat oleh para pendidik sekolah dan warga ladang.  Sila Klik Kelanjutannya

SENARAI PENERBITAN BUKU HA
Antologi Puisi Bersama

1] Sematan (GPPS, Sarawak 1984)
2] Titian Rindu (DBP Sabah, 1987)
3] Kekasih (DBP Sabah/MUIS, 1987)
4] Perubahan (DBP, 1988)
5] Siapakah Antara Kita (DBP, 1988)
6] Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989)
7] Mengenang-Mu (DBP, 1989)
8] Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990)
9] Perkasihan Musim (DBP Sarawak, 1992)
10] Luka Bosnia (BAHASA, 1992)
11] Al-Kahfi (DBP Sabah/MUIS, 1992)
12] Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993)
13] Nafas Utara Borneo (DBP Brunei, 1994)
14] Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995)
15] Kafilah (DBP/MUIS, 1996)
16] Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997)
17] Tasbih Rindu (DBP Sabah/MUIS, 1998)
18] Penyair, Alam dan Kemanusiaan (DBP, 2000)
19] Antologi Puisi Cyber: Graffiti Gratitude
(Yayasan Multimedia Sastera, Bandung,
Indonesia, 2001)
20] Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002)
21] ‘Iktikaf (DBP Sabah/MUIS, 2003)
22] Nyanyian Iman (DBP Sabah, 2004)
23] Nyanyian Pulau-Pulau (DBP Sarawak, 2004)
24] Antologi Puisi Sufi: Cinta Pohon Tamar
(Jahabersa Johor Bahru, 2004)
25] Hadrah Cinta (DBP Sabah, 2005)
26] Manuskrip Luka Bangsa (PENA, 2006)


Kumpulan Puisi Persendirian

1] Balada Paduka Mat Salleh (DBP,1989)
2] Akar Cahaya (IPS, 1997)
3] Datang Kembali (IPS, 1997)
4] Menginai Badai (DBP Sabah, 2004)
5]
Sinar Sirna (DBP, 2006)
6] Lebur yang Abadi (Iris P&D, 2008)
7] Buku Kumpulan Pantun persendirian:
Usul Mengenal Asal
(Iris P&D, 2008)


Kumpulan Cerpen Persendirian

Sepasang Sayap Jelita (Inpes, 2004)

Antologi Cerpen Bersama

Rantau Utara, (DBP Brunei, 1989)
Ibrah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sabah, 2003)


Antologi Skrip Drama Pentas

Unduk Ngadau, (DBP, 2005)

Antologi Kertas Kerja

Idealisme & Intelektualiti dalam
Karya (PENA, 2005)




TEGAK RUMAH KERANA SENDI
RUNTUH SENDI RUMAH BINASA
SENDI BANGSA IALAH BUDI
RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA


BUKU-BUKU PUISI HA

Balada Paduka Mat Salleh (1989) Kumpulan Puisi Menginai Badai (2004) Antologi Puisi Cinta Pohon Tamar
Kumpulan Puisi Sinar Sirna (2006) Kumpulan Cerpen Perseoranganku: Sepasang Sayap Jelit (2004) Koleksi Puisi LEBUR YANG ABADI (2008) diterbitkan oleh IRIS Production and Distributors

PUSTAKA IQBAL NAZIM
(Koleksi HA)

Sedang dibina. Insyaallah bakal menjadi rujukan bersama.Sedang dibina. Insyaallah bakal menjadi rujukan bersama.

Di bawah ini buku-buku Guru dan Idolaku...
Kumpulan Puisi 'Ziarah Tanah Kudup' karya Kemala: GurukuKumpulan Puisi 'Nafas-Nafas Nurani' karya As-Suhaimi: IdolakuKumpulan Puisi 'Perahu Melayu di Lautan Khulzum' karya Hj Johar Buang: Idolaku

Puluhan tahun duduk mengarang, jadilah Sepasang Sayap Jelita, Berkurun tabah kasih menatang, abadilah sayang didakap setia.


Bersama mama dan bapa
(1962)



Sertai KEMSAS
Powered by groups.yahoo.com



AKTIVITI HA



19 APRIL 2008:
MESYUARAT AGUNG IPS KE-17
26 APRIL 2008:
ZIARAH SASTERAWAN: DATUK HJ SHUHAIBUN YUSSUF
27 APRIL 2008:
SEMINAR PEMIKIRAN AMIL JAYA
30 APRIL 2008:
TAKLIMAT PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA
2 MEI - 4 MEI 2008:
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM KUBENA SIPITANG [Dibatalkan]
5 MEI - 6 MEI 2008:
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM TANAKI TAMBUNAN
7 MEI 2008:
MENYAKSIKAN MALAM CITRA PUISI PPSB DI KEM WAWSAN KG OVAI PAPAR
6 JUN 2008:
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 2/2008 DI KEM TANAKI TAMBUNAN
21 JUN 2008:
CERAMAH KOMSAS DI SMK MEMBAKUT, SABAH

18 JULAI 2008:
CERAMAH KOMSASM DI SMK NARINANG KOTA BELUD

25 - 28 JULAI 2008:
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALI INDONESIA


CERPEN HA
['Link'nya sedang dibina, maaf]
Memilih Diam
Kepala-Kepala
Ekor
Seberkas Idea Tentang Pohon
Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan
Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat
Bagai Dedalu
Citra Tidak Berakhir di Sini
Hanya Namanya Khartizah
Sahabat Saya yang Hilang
Seniman
Maruah Harith
Jambatan Terbentang Tirus

PAUTAN HA
Ikatan Penulis Sabah (IPS)
Dialog Puisi Sinar Sirna
Koleksi Puisi Lebur yang Abadi
Koleksi Pantun Usul Mengenal Asal
Buya Hamka
Laman Akar Cahaya
Kebudayaan Kesenian Warisan
Mekar Budaya Production
ABIM Sabah
Kemsas
Komposisi OnLine
Istimewa Untukmu
Zikir Group
Klik DBP
DBP
GAPENA
Penyair Terbilang
SEA Write Award
Nobel Prize
Famous Poets anda Poems
Arkib Nobel Prize
KaryaNet
Permata Kata Khalil Gibran
Gramedia
Barisan Nasional
Parti Keadilan Rakyat
PAS
Novel Melayu
Kadayan Universe
Teater Perdana 2006
Putera.Com (Rujukan ICT)
Asterawani Brunei DS
Persatuan Penulis Negeri Sembilan

SASTERAWAN NEGARA
Keris Mas: 1981
Datuk Shahnon Ahmad: 1982
Datuk Dr. Usman Awang: 1983
Datuk A.Samad Said: 1986
Arena Wati: 1987
Dr. Muhammad Haji Salleh: 1991
Datuk Nordin Hassan: 1993
Datuk Abdullah Hussien: 1996
S.Othman Kelantan: 2001

SASTERAWAN MALAYSIA
Ahmad Patria Abdullah
Amaruszati Noor Rahim
Azizi Hj. Abdullah
Arisel B.A
Armiza Nila
Abdul Latip Taib
Amin Minhad
Ariff Mohamad
Asmiaty Amat
Azmah Nordin
Baha Zain
Dahiri Saini
Darma Mohammad
Dharmala NS
Faisal Tehrani
Fuzail Dubai Version
Ghazali Lateh
Hashim Yaacob
HM Tuah Iskandar
Helmy Samad
Jaafar Hamdan
Jaya Ramba
Jeniri Amir
Jiwa Rasa
Lily Haslina Nasir
Marsli N.O
Lutfi Ishak
Mawar Shafei
Nazmi Yakub
Nimoiz TI
Nisah Hj Haron
Paul Nanggang
Rahmat Haron
Roslan Jomel
Salina Ibrahim
Saiee Driss
Sahrulnizam Abdul Talib
Sharul Rizal
Shamsudin Othman
S.M.Zakir
Siti Zainon Ismail
Sri Diah
Wan A.Rafar
W.B.Rendra
Yussuf Fansuri
Zaid Akhtar
Zurinah Hassan

SASTERAWAN NUSANTARA
Pramoedya
Goenawan Mohammad
Agus Noor
Mussidi
Nanang Suryadi
Isa Kamari

SAHABAT HA
Tiara (Singapura)
Rem (Little Norwich)
Hj Ismaily Bongsu (Membakut)
Ony (Sahabat Karib)
Lenny (Kuala Lumpur)
Kanda ABM Fajeer (Sandakan)
Laliman Hj. Ahmad
Katerina Tati (Kota Kinabalu)
Puteri Ezza (Kunak)
H.B Johar (Singapura)
Nurul Omar (Sandakan)
Moyank (Balikpapan)

TOKOH PILIHAN
Tun Mahathir Mohammad
DS Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
A.Kadir Jasin
YB Datuk Sharir Abdul Samad
Ruhanie Ahmad
Syed Hussien Alattas
Mohd Sayuti Omar
Khalid Jaafar
Rustam A.Sani (Allahyarham)
Ainon Mohd
Ustaz Najimudin
Datuk Salleh Tun Said
YB Datuk Abdul Rahman Dahlan

MEDIA PILIHAN
Utusan Malaysia OnLine
Aliran Charter 2000
Asia News Network
Gerbang Tempur Politik Maya
BERNAMA
Berita Harian OnLine
Bulletin Malaysia
e-Media
Harakah Daily
Gundohing (Koleksi Maklumat Sabah)
Malaysia Central: Online Press
Malaysia Kini
Diari Pemantau Media Malaysia
Malaysia News
Malaysia Post
Malaysia Today
Malaysia Kita
Merdeka Review
Nanyang Online
Reuters Malaysia
Republika Online
Tempo Online
Screenshots - Jeff Ooi
Sightings
Vanakkam Malaysia
Yahoo! Malaysia News

CATATAN MENARIK
[dedikasi buat putera-puteriku]

Ayat-Ayat Cinta: Sebuah Lagu
Cerpen: Seberkas Idea Tentang Pohon
Tamadun:Tanggapan Penyair
Lagi Fasal PPSB
Pencerahan Persuratan dan Budaya di Sabah
Selamat Hari Ibu
Merenung Semula PPSB
Kem Tanaki Tambunan: PPSB yang Tidak Dilupakan
Puisi: Kerana Matahari
Perihal Seniman dan Ahli Yang Berhormat
Puisi: Mencari Mutiara
Sastera Sabah, Apa Yang Saya Fikirkan
'Taboo' Sebuah Bangsa
PPSB: Sikap Acuh Tak Acuh dan Perjuangan
Sastera Sabah, Apa Yang Saya Fikirkan
Sebuah Ziarah, Orak Arik Sastera
Puisi: Perbualan Sunyi
Negaraku, Rustam yang pergi dan Amil Jaya
Hari Bumi dan Krisis Makanan
Selepas Mesyuarat Agung IPS
Petikan Ucapan HA - MAIPS
Puisi: Saat Kutemui Kesedihan
Berfikir Secara Negatif yang Baik
Merindui Segala Pertemuan
Puisi: Berapung
Puisi: Belantara Nestapa
Adakah Perjuangan Penulis Sekarang?
Apa Khabar Penulis Sabah?
Samudera Kesusasteraan Melayu:
Sastera Negeri di Bawah Bayu [ Siri 1]

Samudera Kesusasteraan Melayu:
Sastera Negeri di Bawah Bayu [ Siri 2]

PuisiAmil Jaya: Mutiara di Lautan Dalam
Sastera, Sebatang Lilin
Sastra dan Nilai Kesukarelaan
Mematangkan Pemimpin
Merasa Selesa
SDC - Sebuah Enigma
Puisi kepada Dinda Sasjira
KOMSAS dan Penulis Mapan
Sastera Sebagai Milik Kebersamaan
Long Pa'Sia
Puisi Hujung
Sastera Sabah Masih Ketinggal (UM)
Kemandulan Minda Sebuah Tohmahan
Setelah Letih Bersastera
Sekali Berani Berdusta
Catatan yang Tertangguh (Surya Irawan)
Catatan Deasoka Abd Naddin Tentang Kuli
Pasang Surut Kreativiti Penyair
Beberapa Pandangan Tentang Isu Penerbitan
Memiliki Buku Puisi Sendiri Selepas Dialog
Nasib Penulis Sabah
Komuniti Sastera Desa
DBP Sabah: Mengembalikan yang Tiada
50 jam Baca Puisi Tanpa Henti
Di Mana Penulis?
DBP Sabah: Apa yang Terjadi
Teater Main-main atau Main-main Teater
Pengantar 'Kitab Sehabis Peristiwa'
Wakil Rakyat
apakah yang Anda Lihat Sebagai Pengarang?
Wawancara BH dengan HA
Ramlie di Mana Kini?-Balasungkawa Ramlie Golah
O Kemerdekaan!
Dondang Penghormatan
Mencari Megakarya
Membedah Karya Sendiri
Sebuah Duka Buat Malaysia (Nurin)
Isu yang Membengangkan
Bagaimana Nawaitu Tercipta
Sajak Anak Belantara
Lirik Samseng
Lirik Angguk2 Geleng2
Di manakah Laila?
I B U
Di Kem Wawasan Kg Ovai
Pantun HA-KeRin 1
Serasehan Buku dan Foto
Pantun HA-Shukri
Pantun HA-REM
Pantun HA-KeRin 2
Memilih Ketua
Gendang Perkhabaran
Beberapa Pandangan Tentang Isu Bayaran Penulis

DENGAR BACA SAJAK
Live: Pastoral Mantanani
Klik! Adik Membebel

BACA MAKALAH HA
Megakarya:
Gagasan Generasi Baru

Sastera Siber:
Kesan Budaya dan Bahasa

Samudera Kesusasteraan Melayu:
Antara Cabaran dan Harapan [Siri 1]
Samudera Kesusasteraan Melayu:
Antara Cabaran dan Harapan [Siri 2]


DENGAR LAGU PILIHAN HA

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan ...

Stracie Angie Anam (Stacy AF6)
KEBANGGAAN SABAH












P U I S I:::P I L I H A N

PUISI ANTI DADAH
Belia tanpa dadah...

Tajuk: MISI GENERASI
Karya: Zaen Kasturi

Mengapa lorong berjelaga ini diredahi?,
Dan lembah bernanah ini dituruni?,
Sedang denai hayat di hadapan,
Sayup memandang,
Sedang sinar iman di belakang,
Setia menyuluh jalan,
Denai diterokai,
Dari kasih sayang ayah bonda,
Sinar yang terpercik,
Dari jiwa dan harapan bangsa,
Dan Tuhan tidak pernah berkata,
Bahawa nafsu lebih mulia,
Daripada akal manusia,
Sekali diredahi lorong berjelaga,
Sejuta kali mendung hitam di langit sukma ibunda,
Sekali dituruni lembah bernanah,
Sejuta kali tersayat luka di wajah bangsa,
Otak dijajah serbuk dan habuk khayalan,
Iman ditusuk jarum dari mata syaitan,
Jiwa disimpan dalam kapsul kenaifan,
Seluruh hayat terapung,
Di sungai zaman,

Ini seteru zaman baru harus ditentang,
Dengan semangat padu,
Tak kira apa nama kamu,
Mereka, dia dan aku,
Kerana anak-anak kita,
Diintip setiap waktu,
Sekali leka,
Seribu kali menyesal,
Tidak mudah berlaku,

Mari kita gempur lorong berjelaga,
Agar ruyup luka di wajah berhemah,
Mari kita lafaz ikrar,
Menjadi sumpah berakar,
Mari kita genggam,
Tekad membangun generasi berdaulat,

Ini misi generasi masa kini,
Tidak ingin menjadi cermin yang retak,
Di kamar nusa,
Tidak ingin menjadi album kosong,
Di lantai sejarah,
Gempur!!...,
Gempur lorong berjelaga,
Gempur!!...,
Gempur lembah bernanah....

[Sumber: AADK]



PUISI-PUISI HASYUDA ABADI


HANYA SEBUTIR DEBU

benar hanya sebutir debu yang tahu adanya ialah tiada berbanding adaNya yang Ada kerana Dia sentiasa Ada. berbanding debu hanyalah fana yang tidak memiliki apa-apa bergelut dalam lingkaran makna debu-debu lain di bawah sana. lantaran debu itu abadi masih tahu wujudnya kerana masa lalu terungkap rahsia insaf yang tidak sirna dalam sinar yang tertanam jauh di perdu kalbu. debu yang diinjak-injak ini juga tidak mampu. meski tahu wujudnya hanya sisa-sisa musim menyelinap di bawah tikar musallah meratapi kerdilnya tiada terpadankan kebesaran Dia. bahkan manusia yang gagah tapi sirna tahunya bahawa debu adalah titik buatnya. tak siapa mampu memandangnya tapi pasti merasai wujud debu jika memahami sesiapa jua akan sirna dalam warnanya.


TAK TINGGAL RUPA

setiap ada Engkau kukira telah tenggelam dimamah detikMu, tak kukukuh, telah lebur setiap ada Engkau dalam wangi taman tak kumampu mendongak selain runduk menumpukan khusyuk bagai serangga di daerah fauna. Setiap ada Engkau hanyalah debu sebagaimana al-Hallaj yang bernaung di bawah kekuatanMu tak tinggal rupa selain zarah-zarah maha debu.



LIPATAN BUNGKAM

hanya memandang ragam bungkam meski mengakar lara di lingkaran kehidupan, suara hanyalah pengantara biasa jambatan maksud tanya atau senarai jawab. diam tercipta damai, merasainya lebih wujud, memaknainya lebih faham. barangkali saatnya tiba santun lebih rahsia daripada memandang setiap bahasa terungkai di sebalik makna bentukan aksara yang dilafaz yang segera mengundang soal. jika terdengar sapa itulah suara menyampai khabar walau hanya di alam bungkam. meski sukar segalanya tertumpu di punca rahsia yang maha rahsia tak mungkin ada yang tahu. rungkailah kalimat setiap dinding ingat, datangkan segala perca cobekan duka di dalam lipatan bungkam, tuang renjis bara di lamannya, seadanya reda rela, andai demikianlah hukuman buat sibuta dibius bisu. di lahad sukma semadi sebati rahsia wangi kuntuman bunga tanpa pernah layu.



AINULHAQ

beberapa hari yang lepas tentang bulan, denyut bumi bertambah disimbah cahaya, tapi yang sebenarnya cahaya itu ialah lapisan cahaya atas cahaya mahajelas tidak seperti yang kau perhati tanpa kewujudan ainul haq. betapa leburnya kejadian buat hamba hanya selayak debu tak tertanding keagungan yang diperlukan makna terhadap peristiwa itu. keagungan itulah yang memandu akal mentafsir hadir sebagaimana kau fahami sesuatu yang dimiliki selain kesementaraan. beberapa hari yang lepas kau terbabas pada batas-batas kejadian tatkala sinar bulan yang mengambang penuh itu hanya cahaya yang sementara kerana sumbernya sahaja yang layak memandu kebenaran hakiki.

[Koleksi Puisi Kerohanian: LEBUR YANG ABADI]


Renungan kerohanian ada di sini...









rss feed