Orang-orang yang menyimpan api dalam benaknya, marak juga kemarahan itu akhirnya membakar gedung-gedung makmur bangsa yang begitu dicintai. Orang-orang yang menyimpan api dalam benaknya dari waktu ke waktu rasakan berjuta perasaan dalam dada bergalau tidak keruan. Orang-orang yang memata pameran kemewahan yang tiada mampu memilikinya meski peluh telah diperas begitu deras meski tulang belulang telah dibanting begitu keras tetap saja yang terlihat ketidakadilan disodorkan di mana-mana. Mengapa ditanyakan - apa sebab kerusuhan itu berlaku? Darah membanjir, air mata mengalir sedangkan jeritan itu tiap detik diperdengarkan meminta pertimbangan batinmu, dan seperti biasa tidak juga telingamu mendengarnya! Jemariku melukis dengan getar sepi sebuah kota yang gemuruh yang mencampakkan orang-orang kesepian itu ke dalam kemurungan mengadili kebangkitan merubah zaman semboyan menggelombang diam mimpi-mimpi namun tak ada manusia yang tak sedar mengadu nasibnya dengan peta penuh muslihat membiarkan ketukan kantor doktor menggemai rumah dan pada kerusuhan yang mungkinkah meledak di segala penjuru kita tatap wajah siapa? Selain orang-orang yang lelah benaknya penuh api, api, api yang akan membakar apa saja. Di tanganku yang gemetar dan berkematu, kota yang meledak menggigilkan harapan beralih ke pentas wawasan bangsaku sambil menghunuskan keris benar-benar di hujung cintanya.
Posted at Thursday, June 19, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
web design June 25, 2009 01:51 PM PDT oleh itu jangan lah meyimpan api dalam benak
malaysia seo June 2, 2009 05:17 PM PDT memangb best pun
web design April 1, 2009 06:50 PM PDT MACAM BEST JE RUANGAN NI
Spider-Man February 21, 2009 02:43 PM PST Aslkm,salam ziarah.erm nice blog.erm nak jmput tuan rumah atau sesape je ke blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,,,jgn lupe linkkan blog ni yer,ok thanks n bye
David Santos September 20, 2008 09:33 PM PDT Great work!!!
Terima Kasih.
Hasyuda Abadi August 11, 2008 05:46 PM PDT Hilal, blog ini lama tidak dikemaskini kerana saya berada di blog ini http://hasyuda-abadi.blogspot.com Insyaallah saya akan membaca karya2 Hilal.
Hilal Asyraf July 27, 2008 12:39 PM PDT Salam ziarah....Hilal ada banyak karya2 baru...jemput singgah
pak hasyuda...
Hilal minat berkarya...menulis cerpen dan bersajak...
bolehkah pak hasyud tengokkan karya2 yang Hilal tulis di dalam blog Hilal...
kemudian pak hasyuda berilah komen...
jadilah mentor Hilal...
boleh tak Pak Hasyuda?
harap boleh...
jemput singgah bila lapang ya
Ezza June 30, 2008 12:26 PM PDT Assalamu'alaikum abang HA.
SAYA dilahirkan di tangan Bi' Susur - bidan kampung ketika masyarakat Sabah masih di bawah era British North Borneo Company. Ayah suku kaum Murut Tenom, Sabah sementara ibu suku kaum Jawa daerah Beaufort. Saya bergelar 'abang tua', 'pak tua' dan 'atuk tua' kepada lima adik - seorang lelaki dan empat perempuan, 18 anak-anak saudara dan seorang cucu. Latar awal kehidupan kecil, dibesarkan dalam kawasan perladangan getah (Lumadan Estate) dan terdedah dengan aktiviti seni pementasan bangsawan, sandiwara, persembahan kugiran dan tarian di tempat kelahiran yang dipergiat oleh para pendidik sekolah dan warga ladang. Sila Klik Kelanjutannya
SENARAI PENERBITAN BUKU HA Antologi Puisi Bersama
1] Sematan (GPPS, Sarawak 1984) 2] Titian Rindu (DBP Sabah, 1987) 3] Kekasih (DBP Sabah/MUIS, 1987) 4] Perubahan (DBP, 1988) 5] Siapakah Antara Kita (DBP, 1988) 6] Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989) 7] Mengenang-Mu (DBP, 1989) 8] Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990) 9] Perkasihan Musim (DBP Sarawak, 1992) 10] Luka Bosnia (BAHASA, 1992) 11] Al-Kahfi (DBP Sabah/MUIS, 1992) 12] Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993) 13] Nafas Utara Borneo (DBP Brunei, 1994) 14] Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995) 15] Kafilah (DBP/MUIS, 1996) 16] Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997) 17] Tasbih Rindu (DBP Sabah/MUIS, 1998) 18] Penyair, Alam dan Kemanusiaan (DBP, 2000) 19] Antologi Puisi Cyber: Graffiti Gratitude (Yayasan Multimedia Sastera, Bandung, Indonesia, 2001) 20] Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002) 21] ‘Iktikaf (DBP Sabah/MUIS, 2003) 22] Nyanyian Iman (DBP Sabah, 2004) 23] Nyanyian Pulau-Pulau (DBP Sarawak, 2004) 24] Antologi Puisi Sufi: Cinta Pohon Tamar (Jahabersa Johor Bahru, 2004) 25] Hadrah Cinta (DBP Sabah, 2005) 26] Manuskrip Luka Bangsa (PENA, 2006)
Rantau Utara, (DBP Brunei, 1989) Ibrah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, 2003)
Antologi Skrip Drama Pentas
Unduk Ngadau, (DBP, 2005)
Antologi Kertas Kerja
Idealisme & Intelektualiti dalam Karya (PENA, 2005)
TEGAK RUMAH KERANA SENDI
RUNTUH SENDI RUMAH BINASA
SENDI BANGSA IALAH BUDI
RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA
BUKU-BUKU PUISI HA
PUSTAKA IQBAL NAZIM (Koleksi HA)
Di bawah ini buku-buku Guru dan Idolaku...
Bersama mama dan bapa (1962)
AKTIVITI HA
19 APRIL 2008: MESYUARAT AGUNG IPS KE-17 26 APRIL 2008: ZIARAH SASTERAWAN: DATUK HJ SHUHAIBUN YUSSUF 27 APRIL 2008: SEMINAR PEMIKIRAN AMIL JAYA 30 APRIL 2008: TAKLIMAT PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA 2 MEI - 4 MEI 2008: PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM KUBENA SIPITANG [Dibatalkan] 5 MEI - 6 MEI 2008: PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM TANAKI TAMBUNAN 7 MEI 2008: MENYAKSIKAN MALAM CITRA PUISI PPSB DI KEM WAWSAN KG OVAI PAPAR 6 JUN 2008: MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 2/2008 DI KEM TANAKI TAMBUNAN 21 JUN 2008: CERAMAH KOMSAS DI SMK MEMBAKUT, SABAH 18 JULAI 2008: CERAMAH KOMSASM DI SMK NARINANG KOTA BELUD 25 - 28 JULAI 2008: LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALI INDONESIA
CERPEN HA ['Link'nya sedang dibina, maaf]
Memilih Diam
Kepala-Kepala Ekor Seberkas Idea Tentang Pohon Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat Bagai Dedalu Citra Tidak Berakhir di Sini Hanya Namanya Khartizah Sahabat Saya yang Hilang Seniman
Maruah Harith Jambatan Terbentang Tirus