sinar

Wednesday, May 7
KEM TANAKI TAMBUNAN: PPSB YANG TIDAK DILUPAKAN



KEM TANAKI TAMBUNAN
S A B A H




  

 




TENAGA PEMUDAHCARA PPSB
KEM TANAKI TAMBUNAN
S A B A H



NURUL SYAFIQA                                                 HAMIDUN

                         KARIM GULAM            MOHAMED HJ SALLEH (OM)              

KF - JASNI YAKUB

MARIAM OMAR              MAZNAH SULAIMAN

HASROY                                                      HA

Seingat saya PPSB Siri 2/2008 di Kem Tanaki Tambunan selama 2 hari bermula 5 hingga 6 Mei baru inilah yang paling menarik, paling mencabar dan memberikan kepuasan yang luar biasa. Saya fikir rakan seperjuangan yang menggalas tugas yang sama seramai 8 orang yang lain juga mempunyai persepsi yang sama. Secara peribadi inilah juga keupayaan yang memberikan kami suntikan terbaik untuk melestarikan PPSB dilaksanakan dengan jayanya.
               Kami belum dapat menggambarkan apa yang akan berlaku apabila diberikan hanya 2 hari bertugas oleh Komandan kem berkenaan. Ketua Fasilitator, Jasni Yakub sanggup menerima cabaran itu dibantu fasilitator-fasilitator yang dengan penuh siaga memperkasakan persiapan-persiapan sewajarnya. Kami tiba di kem Tanaki seawal pagi 5 Mei, memang rasa rindu yang amat sangat untuk menemui pelatih-pelatih PLKN walaupun wajah mereka tidak sama dengan pelatih-pelatih yang pernah ditunjukajar dalam PPSB siri yang lepas. Apa yang terbersit dalam fikiran ialah apakah yang bakal kami hadapi kali ini sama sahaja atau lebih hebat rintangannya? Persiapan saya sebagai Fasilitator Urus setia memang ada sedikit tambahan berbanding yang lepas-lepas, ini termasuklah paparan slide untuk sesi pengenalan, di samping input-input lain seperti pengetahuan etiket dan protokol untuk didedahkan kepada para pelatih yang berada dalam kumpulan saya. Bagaimanapun, paparan yang dimaksudkan tidak begitu berfungsi dengan baik kerana dalam keadaan dewan yang terbuka. Namun begitu sesi pengenalan berjalan dengan lancar, memang semua fasi di kem Tanaki mempunyai pengetahuan yang relevan. Masing-masing telah memperagakan kebolehan berseloka, bergurindam, bersajak malah yang mengejutkan saya juga KF sendiri mampu menyampaikan Bongai walaupun barangkali tidaklah sebaik  Aripin Said atau Roslan Madun penanyi lagu-lagu rakyat yang terkenal itu. Apa yang penting penampilan para fasilitator PPSB ini telah menarik perhatian para wira dan wirawati. Apatah lagi dengan penampilan Cikg Mohamed Haji Salleh yang lebih popular dengan gelaran komersialnya 'OM'. Dengan semangat yang tinggi, beliau menyampaikan lagi Gurindam Semantan. Kami juga menunjukkan sebuah rakaman PPSB siri 1/2008 kepada para pelatih. Ini sedikit banyak memberikan inspirasi kepada para pelatih.
               Hari pertama, hingga jam 10.30 malam. Ditolak sesi pengenalan hanya 5 jam masa yang ada untuk latihan awal. Cuba bayangkan bagaimana cabaran terpaksa dihadapi. Memang tidak dapat diramal apakah para fasilitator dapat memilih pendeklamasi puisi yang baik atau penyampai puisi tradisional yang sesuai. Apatah lagi untuk membawa kalangan pelatih yang bukan berbangsa Melayu yang memang ramai juga ditempatkan dalam kem tersebut. Kami bekerjasama. KF terus memantau, membantu dengan gigihnya di mana akhirnya mampu membentuk persembahan tiga kumpulan yang belum begitu sempura. Kesempurnaan ini akhirnya disaksikan pada keesokan harinya hingga tengah hari. Kami berganti-ganti menggunakan pentas dewan untuk latihan sebagai usaha membiasakan para pelatih dengan disiplin pentas. Hinggalah pada sebelah petang hari kedua itu diisi dengan raptai. Kami menghadapi sedikit kebimbangan, apa jadi malam nanti. Apakah semua kumpulan telah bersedia untuk menunjukkan sesuatu yang baru kepada Tuan Komandan, sesuatu yang tidak pernah beliau saksikan atau setidak-tidaknya mengotakan janji KF sebelum ini bahawa pertunjukan Malam Citra Puisi kali ini lain dari yang lain. Kenyataan ini menambah azam kami semua untuk membuktikannya.
               Kerja-kerja pengurus setiaan di bawah saya juga berjalan dengan lancar. Seperti biasa saya melatih dua orang wira dan wirawati menjadi pengacara majlis untuk sesi persembahan kumpulan. Saya memberikan sedikit pendedahan tentang apa yang patut dilakukan dalam mengendalikan sesebuah majlis seperti MCP yang akan berlangsung, misalnya kepada penyambut tetamu, bagaiman etiket mereka, bagaimana cara menyambut. Menariknya lagi, empat orang wira dilatih untuk menggerakkan silat gendang ketika menyambut tetamu. Tugas saya bercambah lagi apabila harus memberikan bimbingan untuk persembahan pula. Saya tiada waktu yang banyak, lantas membuka laptop dan memperdengar lagu seloka Pak Pandir nyanyian Roslan Madun. Saya juga melatih seroang wirawati membaca puisi. Mereka berlatih dan memang berlatih betul-betul menggunakan peralatan muzik yang memang saya bawa seperti gitar dan kompang (dibeli hasil 'upah' PPSB juga). Sambil itu terus memberi panduan kepada wira yang membantu saya menyediakan paparan semasa MCP nanti. Kami harus menyediakan banyak data termasuklah sinopsis persembahan, teks puisi dan juga maklumat fasilitator. Alhamdulillah, meskipun kerja-kerja pendataan hanya mampu saya siapkan ketika balik ke rumah penginapan, saya sempat memperelokkan lagi paparan tersebut bagi memberikan sedikit bantuan kepada Komandan dan para hadiri lain yang tidak begitu memahami bentuk persembahan para pelatih.
               Alat siar raya juga telah disiapkan, lengkap. Backdrop juga telah dipasang, cantik. Hadiah dan cenderamata telah disusun di meja. Meja juri juga siap dengan segala dokumentasinya. Bangku para tetamu juga siap. Alat audio visual juga telah dipasang. Memang cukup bersedia. Begitupun KF masih sibuk mengurus pelbagai perkara penting. Saya tidak banyak bercakap, sibuk menyesuaikan paparan pada skrin putih. Setelah segalanya siap, barulah saya bercakap-cakap dengan Cikg Om, Cikgu Karim, Cikgu Hamidun, Cikgu Mariam, Cikgu Maznah, Cikgu Nurul Syafika dan Cikgu Roy yang bersedia untuk memulakan majlis sebaik sahaja Tuan Komandan tiba.
               Persembahan kumpualan urus setia membuka tirai panggung. Ini perbaharuan kami, yang biasanya kumpulan urus setia membuat pertunjukan di hujung majlis. Disusuli empat kumpulan pertama tanpa henti. Inipun satu pembaharuan. Selepas itu, tiga kumpulan seterusnya juga tanpa henti. Tiada sebarang cacat cela, rintangan besar tetapi berjalan lancar. Semua wira dan wirawati kumpulan urus setia telah menjalankan tanggungjawab dengan sempurna - daripada penyelaras pentas (diketuai Cikgu Karim Gulam) hinggalah kepada para juri, penjaga masa, pengurus giliran kumpulan dan penyelaras hadiah/cenderamata. Kami amat berbangga anak-anak didik kami memahami apa yang mereka patut buat, walaupun perhubungan kami hanya mekar selama dua hari atau bagi istilah program ini 6 fasa 18 jam. KF menyampaikan salam maaf daripada Penyelaras PPSB Negeri yang tidak dapat hadir tetapi dengan semangat yang menyala menghargai kesediaan Komandan Kem bersama isteri menyaksikan MCP. Kelihatan dengan jelas tuan Komandan berpuas hati kerana kami telah mengotakan kata-kata KF. Tuan Komandan menganggap program yang ringkas ini cukup berjaya, meskipun masanya pendek, hasilnya bakal dibawa pulang oleh para pelatih dengan pengalaman baru yang menarik. Ini diungkapkannya semasa menutup PPSB. Mereka juga disajikan dengan persembahan daripada Jurulatih PLKN ang tidak kurang hebatnya juga di samping persembahan Cikgu Mohamed Haji Salleh (OM) yang menyampaikan lawak yang mengandungi pengajaran untuk semua hadirin.
                  Kami tidak segera pulang walaupun sudah meninggalkan dewan kem. Di kawasan letak kereta kami mengenang semula peristiwa selama dua hari itu. Kami menilai balik kelemahan dan kelebihan yang ada. Dengan kesimpulan bahawa sebuah kerja yang hasilnya mantap adalah kerana kerja berpasukan tanpa memilih sikap mementingkan pertandingan. Saya fikir inilah yang harus dilakukan kerana matlamat sebenarnya PPSB yang diakhiri dengan majlis MCP ialah untuk melahirkan kesedaran sastera dan budaya sebagai hasil yang harus sama-sama dirasa baik para pelatih mahupun fasilitator. Sudah tentu untuk sesi yang akan menyusul beberapa bulan akan datang ini mengajak para fasilitator ini memperagakan sesuatu yang lebih menarik. Ya, betul, itupun jika nama masih berada dalam senarai, kata Cikgu Mohamed Haji Salleh, satu-satunya fasilitator yang berpengalaman pelbagai bidang seni. Kami juga banyak belajar daripadanya. Terima kasih juga kepada semua rakan seperjuangan.

Tambunan, Sabah,
7 Mei 2008


Posted at Wednesday, May 07, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
2 Komentar  




Sunday, May 4
Puisi: Kerana Matahari

 

 

 


KERANA MATAHARI

aku buta katamu
tapi kau memandang aku
sebagai objek yang indah bukan juga
sebagaimana aku kerana cahaya telah
memisahkan pengertiannya. aku bukan seperti
di dalam cermin yang sedang fana tapi akuku
kau kenali segala-galanya. kerana matahari
aku buta katamu, tapi memandang betapa
jelasnya keindahan...

PUSTAKAIQBALNAZIM


Posted at Sunday, May 04, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
1 Komentar  




Saturday, May 3
MAJLIS PERTUNANGAN ANAK DIDIKKU

 

Syukur alhamdulillah, ayah merasa gembira anakanda Nan akan mengikat tali pertunangannya dengan pemuda pilihan atas restu kedua ibu dan ayah serta saudara maranya. Ayah doakan pertunangan ini akan diakhiri dengan majlis penikahan. Moga anakanda berbahagia. Tapi jangan pula tinggalkan dunia penulisan.  Jika tiada komitmen dengan kerja dan program lain, ayah pasti datang ke Tenom untuk sama-sama meraikan majlis itu nanti. - ini bunyi SMS untuk anak didik dan anak angkat HA.

Nan adalah panggilan buat Rafidah A. Ghani, penulis muda berasal dari daerah Tenom Sabah. Tulisan-tulisannya banyak tersiar di media masa tempatan dan telah tersiar juga di Dewan Sastera melalui Tunas Cipta. Rafidah mempunyai bakat yang menyerlah, hanya dirinya sahaja yang harus membuktikan masa depannya dalam dunia penulisan kreatif. Sepatutnya Rafidah diberikan asahan yang lebih daripada DBP tetapi ini tidak dilaksanakan. Entah berapa ramai lagi penulis baru yang senasib dengan Rafidah. Rafidah sering mengeluh, walaupun pernah menerima pelawaan berbengkel tetapi kebanyakan bengkel-bengkel yang disertainya tidak relevan, tidak teratur dan tidak memberikan banyak bantuan untuknya maju. Begitupun saya sering menasihatkannya supaya jangan berhenti menulis. Bakat yang ada tidak ada sesiapa yang boleh salurkan ke hadapan jika bukan kemahuan dan keupayaan dirinya sendiri.
                       Selama Bertunang.

PUSTAKAIQBALNAZIM


Posted at Saturday, May 03, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
1 Komentar  

Perihal Seniman dan Ahli yang Berhormat


Saya teringat apabila seorang sahabat dipindahkan ke bahagian lain lantaran menyiarkan cerpen karya penulis yang memihak kepada sebuah parti politik pembangkang, tugasnya sebagai editor ternyata mencabarnya antara kebenaran sebagai seniman dan kedudukannya dalam lingkungan 'saya yang menurut perintah'. Ini cerita lama yang saya percaya telah dilupakan. Hari ini saya mengenangkannya apabila seorang sahabat menceritakan kawan-kawan kami yang terlibat dalam pilihan raya umum negara baru-baru ini. Memang ramai kawan-kawan saya bertanding dan malangnya ramai memilih parti pembangkang dan bebas. Saya tahu menyertai pilihan raya sebagai calon bakal menerima pelbagai risiko terutama yang tidak memihak kepada parti kerajaan. Begitu pun sekiranya semua pihak berfikiran rasional, tidak timbul sebarang sikap prejudis, kerana apa yang penting setiap pilihan itu wajib dilaksanakan berdasarkan keperluan dan kewajipannya untuk berkhidmat kepada rakyat. Kadang-kadang semata-mata untuk rakyat, pelbagai keistimewaan yang pernah diterimanya sanggup dilupakan. Ada kawan yang sanggup melepaskan jawatannya dalam perkhidmatan semata-mata ingin menyatakan sesuatu untuk rakyat jelata.
            Saya tidak ingin bersikap prejudis kepada sesiapapun yang memiliki pandangan yang berbeza antara satu sama lain. Pada saya apa yang perlu dilihat ialah fokus perjuangan mereka dan kita biasanya ingin memilih kebenaran. Mungkin saja ada sikap yang tidak baik di kalangan individu-individu tertentu yang harus diterimanya sebagai hukuman. Buat baik wajar dibayar dengan kebaikan, tetapi jika sikap yang tidak baik apakah jawapannya hal yang sebaliknya. Kita lihat rasional perbuatannya terlebih dahulu, saya fikir.
            Sudah agak lama juga tidak berjumpa dengan sahabat-sahabat yang dimaksudhakan seperti Awang Karim Kadir selepas sahabat ini bertanding atas tiket Bebas di kawasan Tanjung Kapur Kudat. Seorang penggerak teater yang berkaliber, malah penyair dan penulis cerpen yang baik, petah berhujah dan berpandangan jauh terhadap apa juga isu. Saya ingin mengaitkan fokus tulisan di awal tadi dengan Awang Karim, walau apapun pandangan beliau terhadap dunia kehidupan ini, Awang Karim masih seorang seniman yang harus diberikan tempat sebaiknya di sisi masyarakat seniman. Apakah kerana beliau menyertai pilihan raya dan tidak memihak kepada pemerintah beliau wajar disisihkan, tentu tindakan ini tidak masuk akal sebagai seniman dan dengan pemikiran yang terbuka meletakkannya dalam sebuah bilik yang terasing. Karya-karyanya sudah patut sekali diterbitkan, sewajarnya juga mengetengahkan sebarang karyanya dibicarakan terutama sekali yang terdapat dalam teks KOMSAS. 
            Memang tidak menghairankan sekiranya ada kalangan yang memandang serong kepada orang-orang seperti Karim kerana bukan beliau sahaja yang menerima natijah sedemikian. Saya tetap menghormati Tuan Haji Ismaily Bongsu atau Jamal Sulai misalnya, walaupun dari segi idealisme politik mereka memilih parti pembangkang tetapi dari sudut kesenimanan mereka saya fikir menjadi soal lain yang harus dihormati. Semua yang mengenali Haji Ismaily (bertanding di Parlimen Kimanis) tentu tahu sikap dan juga caranya berbicara, berhujah, berfikir ... Begitu juga Jamal Sulai (bertanding di DUN Tungku, Lahad Datu), meski siapa pun mereka ini, jangan letakkan jurang yang jauh untuk mereka. Menjadi suatu kerugian kepada gerakan budaya dan juga sastera kita. Saya fikir telah tiba masanya perilaku jumud atau prejudis terhadap seseorang itu diketepikan. Misalnya memadamkan 'bakti dan jasa' mereka daripada peta dan sejarah sastera dan budaya kita. Sudah sampai masanya juga kita berfikiran terbuka, para pengurus gerakan budaya dan sastera kita harus bangun bersama menyatukan buah fikiran secara relevan. Tidak ada ertinya sifat-sifat jumud yang hanya mementingkan realiti semasa tetapi apakah semangat semasa itu berlanjutan atau setakat 'hangat-hangat tahi ayam' atau ketika mereka mengambil kesempatan atas situasi bobrok sekarang lalu meletakkan diri berada di hadapan kononnya ingin menyatukan masyarakatnya yang sedang berpecah belah. Cuba baca ini dan renungkan di mana rasionalnya peranan sebuah pertubuhan yang menjadi tunggangan pihak tertentu. Kita perlu bersikap realistik dengan memecahkan tradisi berburuk sangka, bukankah ini amalan dan sifat yang telah lama didukung, jika tidak tentu tidak terjadi peristiwa perpecahan yang bukan alang kepalang lagi sekarang ini. Ungkapan-ungkapan lama seperti 'carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga', atau 'air ditetak tidak kan putus' atau 'bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat' memang sering diterjemahkan dalam masyarakat kita. Keindahan pada kata tidak semudah atau tidak seindah perilaku kita. Hingga bila telah 'terhantuk barulah terngadah' barulah mencari cara membetulkan silap dan salah. 
               Kita tidak ingin masyarakat seniman juga menerima peristiwa yang sama khsususnya di Sabah. Komuniti sastera kita tidak begitu besar namun ia boleh digahkan dengan caranya yang tersendiri. Melalui budaya yang telah tercerna sekian lama melalui keindahan bahasa seperti pantun dan syair dan kini corak berhujah yang semakin canggih, saya fikir belum terlambat untuk meletakkan semula segala kekurang yang ada di tempat yang mulia . Kita harus menjadikan peristiwa yang terjadi di Dewan Parlimen baru-baru ini sebagai ikhtibar menerusi cara dan sikap ahli Parlimen kita yang rendah caranya berbahasa. memberi gambaran yang lain tetang masyarakat di Sabah. Tentu kita tidak mahu menerima tohmahan atau ejekan yang lebih buruk daripada itu. Walaupun semua itu berpunca daripada cara melayan emosi, namun kita harus sedar tentang persiapan sebelum memulakan sesuatu. Sebab itu kita harus kembali kepada akar budaya kita. Bukan budaya Melayu sahaja tetapi budaya pelbagai kaum yang sifat akarnya lebih memilih kepada semangat harmoni bukan 'main redah sahaja' sambil memikiran rakyat di luar yang mengharapkan sesuatu yang lebih berharga daripada bercakaran dan berhujah tanpa memberi sebarang makna.

PUSTAKAIQBALNAZIM
               


Posted at Saturday, May 03, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
Komentar  




Thursday, May 1
Manifestasi Rindu

 

Rindu itu saat bunyi yang mula-mula
tiba di pintu rasa
yang tak pernah kelihatan
atau menyapa waktu berhadapan
,
bila jauh yang jauh
sapaan mula kedengaran tanpa pernah

membalasnya,
di dalam ini terlalu ajaib
akan kecewa bila menafikan
tapi bahagia itu juga
suatu sengsara yang penuh kesedaran
meski pedih


Pustaka Iqbal Nazim,
Kota Kinabalu.
19 Januari 2005

 

Membaca komentar puisi Klik di sini.


Posted at Thursday, May 01, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
Komentar  

'Taboo' Sebuah Bangsa

Ada ketikanya masyarakat tidak memandang secara adil antara situasi yang normal dengan situasi tidak normal di dalam komuniti berkenaan. Apa juga yang tidak normal itu menjadi 'taboo'  bahawa sesuatu yang luar biasa telah terjadi dan ini merupakan sebuah kejayaan. Padahal ia bukanlah hebat sangat namun sengaja dijelmakan dalam fikiran sedemikian rupa. Agak menghairankan apabila taboo ini terjadi, wujud rasa ingin mempersalahkan satu pihak yang lain yang menurutnya memberi tamparan mengapa peristiwa luar biasa itu tercipta oleh komuniti atau bangsa lain? Di manakah maruah bangsa kita yang sewajarnya lebih mendalami, lebih berani, lebih ke depan, lebih jelas dalam keberadaannya apabila kebiasaan tersebut diperlakukan oleh orang lain yang bukan sepatutnya berada dalam komuniti berkenaan.


   Kepelbagaian warna
   etnik suatu realiti.
   Mengapa harus
   dibesar-besarkan menjadi
   taboo bangsa?


            Apa yang ingin saya sampaikan ini merupakan suatu terjemahan fikiran yang mengasak agar saya menyatakan sebuah pandangan yang amat bertentangan, atau secara sederhana kurang bersetuju dengan kebiasaan pendapat kebanyakan orang malah di pihak yang ingin mempertanggungjawabkan isu perpaduan kaum di Negara kita ini. Cuba anda perhatikan dalam apa-apapun genre, peristiwa atau program yang membabitkan pelbagai kaum, apabila tampil kaum-kaum lain di tengah pentas dan melakukan yang kebiasaannya dibuat oleh orang Melayu, ia merupakan suatu yang amat istimewa. Orang India atau China yang mampu berbahasa Melayu dengan baik dianggap cukup luar biasa. Apabila kaum-kaum ini sanggup dan mampu membaca syair, pantun, gurindam dan bersajak di tengah-tengah khalayaknya orang-orang Melayu, begitu juga apabila orang Melayu mampu berbahasa Mandarin, mereka telah dimartabatkan sebagai hebat. Dan indahnya lagi setiap program digalakkan pula penyertaan pelbagai kaum. Bukankah bangsa Malaysia ini memang realitinya terbangun daripada berbagai kaum dan etnik? Saya tidak melihat ini suatu yang harus dibesar-besarkan. Apabila di dalam sesebuah kelompok tiba-tiba terselit seorang dua yang bukan kaum berkenaan, itu suatu yang luar biasa dan tidak normal. Lantas saya membuat kesimpulan, inikah sebenarnya bangsa Malaysia, yang tidak henti-henti membuat batas-batas keyakinan, kebolehan dan kemampuan seseorang yang lahir dan dibesarkan di Malaysia. Mengapa masih wujud situasi di mana kaum itu dan kaum ini harus mahir, apabila mahir dalam komuniti yang berbeza memberikannya kredit untuk lebih maju, misalnya mendapat tempat yang berbeza daripada orang lain.


Anak-anak ini akan membesar
dalam acuan bangsa yang besar,
bukan berdasarkan  ras atau entik
yang kecil


Mereka tahu peranan mereka
sebagai anak Malaysia yang
bebas dan merdeka

            Barangkali pandangan ini memberikan impak yang berbeza bagi kebanyakan orang apatah lagi dalam usaha kita menterjemah makna sebuah kehidupan dalam masyarakat majmuk. Kebolehan seseorang dijadikan petunjuk bahawa sedang atau akan wujud keadaan di mana masyrakat Malaysia telah berpadu tenaga mewujudkan Negara yang makmur kerana kaum-kaumnya yang ada itu telah mampu membangunkan Negara walaupun berbeza agama dan kepercayaan, kebudayaan, bahasa dan sebagainya. Saya fikir usaha kita telah berjaya (hanya mungkin apabila wujud idealisme yang digarisi secara politik ia merupakan suatu usaha yang belum benar-benar berjaya), tetapi janganlah ia menjadi taboo, dibesar-besarkan seterusnya memomokkan kelemahan di pihak lain sebagai suatu masalah yang membebankan.


Mereka istimewa, mengapa?

Sebagai contoh, anak-anak India, China, Kadazan atau Iban yang mampu menyampaikan puisi moden atau tradisional berbahasa Melayu dengan baik (atau setakat boleh sahaja) telah mendapat pujian yang tinggi hanya kerana mereka bukan Melayu. Kemampuan mereka telah meletakkan anak-anak Melayu dalam sebuah kotak yang tidak baik lantaran gagal menunjukkan kejati dirian mereka. Ini yang terjadi ketika Program Penghayatan Sastera dan Budaya dilaksanakan. Di Sabah atau Sarawak bahkan di Semenanjung Malaysia, situasi yang dianggap taboo ini terus terjadi, bukan sahaja dalam program yang disebutkan malah dalam bidang-bidang lain. Mengapa kita sering melihat situasi itu sebagai luar biasa atau tidak normal dalam masyarakat Malaysia?
                Tentu sahaja interpretasi saya terhadap makna 'taboo' kesasar dari segi pengertian sebenar, namun sesuatu yang dilarang itu telah begitu mengakrab di kalangan kita yang mahukan seolah-olah akan wujud pandangan bahawa apa yang dilarang ialah menidakkan kebolehan dilakukan lantaran berbezaan cara hidup dan latar kepercayaan secara semula jadi, bukan dipaksa-paksakan berdasarkan kehadiran yang disengajakan. 

Lihat juga komentar di sini.

 


PUSTAKAIQBALNAZIM

 


Posted at Thursday, May 01, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
1 Komentar  




Wednesday, April 30
MENCARI MUTIARA


temasek menyimpannya 
di perdu damai dunia.

terlalu riuh sunyimu 
bagai irama purnama
memberi cahaya kegelapan. 


                                                                                           kami di bawah 
menikmat takjub menadah harap
kepada sahabat

         yang diam

         yang damai

         yang santun

         yang ramah 

                                                                     
                                                                                          di kalbu.


PUSTAKAIQBALNAZIM


Posted at Wednesday, April 30, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
Komentar  




Sunday, April 27
Sastera Sabah, apa yang saya fikirkan


Hari minggu, harus bergegas ke Pejabat untuk meneruskan beberapa tugas termasuklah mengurus ketibaan Pengerusi SPR bersama rombongan. Tapi sebelum itu saya ingin memulakan catatan ini mengenai beberapa hal yang sedang bermain-main dalam fikiran. Saya masih mengingat apa yang telah saya katakan kepada sahabat saya Abd Naddin sepanjang perjalanan program ziarah ke atas Budayawan Datuk Haji Shuhaibun Yussuf kelmarin (26 April). Tentang program-program yang harus IPS lakukan. Tentu sahaja ANS bersetuju supaya IPS dilihat secara positif kerana walaupun persatuan ini mempunyai pandangan yang berbeza dalam beberapa perkara dengan DBP Sabah dan juga organisasi lain yang berkaitan, namun begitu peranannya untuk membantu menyemarakkan program-program sastera tetap dilakukannya. Saya tidak ingin memanjangkan persoalan-persoalan yang tidak mungkin kunjung selesai yang saya percaya dialami juga oleh rakan-rakan dalam persatuan penulis yang lain ketika bergulat dengan segala fenomena dalam perkembangan sastera di Sabah.
                  Tentu sahaja kita harus menyusun strategi lebih tersusun, melakukan persiapan-persiapan yang lebih teliti, kemaskini, terkini di samping menyusun jadual perancangan tahunan berdasarkan keperluan semasa. Jika kita hanya bercakap tanpa perancangan satu apapun tidak memberikan makna. Demikian juga sekiranya kita tidak mempunyai sejumlah dana yang menampung segala bentuk pembiayaan program, juga tidak akan membolehkan kita merasa kejayaan yang sebenarnya. Tidak mengapa, kita buat ala kadar sesuai dengan kemampuan. Kita boleh dapatkan sumbangan kawan-kawan yang sudi. Memang bunyinya kurang menyenangkan tapi apa yang boleh kita buat, cuba katakan? Saya masih ingin memegang pandangan ahli dari Papar supaya IPS melakukan perniagaan atau lebih kepada khidmat nasihat penulis dan penulisan. Di samping itu boleh IPS menjual bahan-bahan penulis yang sesuai. Saya ingat membantu golongan penulis dari segi hal-hal yang terpencil ini tidak kurang juga pentingnya. 
                  Apabila sahabat kami dari Kota Belud mencadangkan agar program KOMSAS dilakukan secara 'kembara' tetapi saya lebih memilih mengikut daerah. Apa sahaja boleh, namun saya fikir IPS perlu menyediakan bahan-bahan pembelajaran secara sistematis agar program yang bakal dilakukan itu benar-benar memberi manfaat dan seperti yang dikehendaki oleh para pelajar berkaitan. Fokus kita mungkin berdasarkan karya para penulis Sabah yang terdapat dalam teks KOMSAS seperti Jasni Matlani, Awang Karim Kadir, Saibil Madun, Azmah Nordin dan Amil Jaya. Pendekatan yang paling 'mengena' dalam seminaR atau pUn bengkel KOMSAS ini bukanlah menerusi cara 'berceramah satu hala', hingga menimbulkan ketidak selesaan di kalangan pelajar lantaran wujud rasa jemu, sekejap-sekejap keluar ke tandas dan masuk dengan keluhan yang sama. Kita perlu fikirkan teknik yang paling sesuai dan bagaimana caranya memang telah ada dalam kepala. Saya telah menyerahkan tanggungjawab ini secara berperingkat-peringkat kepada Biro yang telah saya lantik. Program-program yang memberi nafas kepada IPS yang lain juga demikian. Buat berdasarkan kemampuan dan keperluan. Sesekali tapi bermakna saya fikir lebih besar impaknya. Sederhana tetapi menyeluruh saya juga fikir lebih baik.
                  Kita boleh memanfaatkan bangunan DBP Sabah dengan baik, kami fikir demikian misalnya buat program baca puisi setiap bulan di ruang legar berhampiran kantin. Kalau mau dibuat boleh, jika tidak pun perlu mempelbagaikan tempat, hanya satu sahaja yang saya risaukan iaitu komiten mereka yang memegang amanah ini. Memang tidak mudah semudah teori atau kata-kata untuk sesuatu perancangan. Begitupun ini tidaklah menimbulkan masalah besar kerana kami mempunyai pengalaman mengenainya. Saya berkata tidak mengapa jika program baca puisi dibuat di luar Kota Kinabalu. Masih ada badan penulis lain yang boleh melakukannya malah DBP sendiri pun boleh. Saya fikir jika DBP Kuala Lumpur memiliki perancangan yang baik dengan menganjurkan Baca Puisi Kuala Lumpur setiap hari Jumaat minggu ke-3, saya fikir DBP Sabah pun boleh memikirkannya. Mungkin isu yang saya bangkitkan dalam tulisan kelmarin akan timbul jika hal ini dikembangkan.
                  Sentiasa mendekati segenap lapisan penulis yang aktif atau tidak, yang muda atau yang veteran, yang baru atau sesiapa sahaja yang mempunyai minat mendalam terhadap sastera dan bidang penulisan bukan kreatif, saya fikir ia memerlukan pendekatan yang serius. Penulis kita merata di segenap pelusuk negeri, tidak dapat dielakkan jika mereka mengatakan keterpinggiran mereka daripada arus sastera perdana waima di peringkah Sabah pun. Satu ketika dahulu Datuk Shuhaibun berjaya mengumpul rakan-rakan penulis lamanya di Papar. Memang bermakna sekali, kami berkesempatan berkenalan lebih dekat dengan mereka. Mereka gembira kerana setidak-tidaknya masih diingat walapun telah lama tidak menulis. Begitu juga para penulis yang lahir dan pergi selepas mereka barangkali perlu dikumpul dan kita boleh lakukan 2 atau 3 kali setahun mengikut tempat atau bahagian di Sabah ini. Selain daripada ni, kita juga perlu mewujudkan sebuah pangkalan data, saya fikir ini telah dilakukan oleh DBP Sabah, namun perlulah digerakkan lebih tersusun untuk memudahkan para peneliti serta pengkaji sastera, bahasa dan budaya yang ingin melakukan kerja-kerja penyelidikan. Inilah yang sering dibangkitkan apabila para peneliti atau pembicara sastera jarang mengangkat karya-karya serta pengarang-pengarang kita di peringkat nasional lantaran kekurangan sumber dan punca perolehan. 
                     Mudah-mudahan sahaja apa yang tercatat dalam tulisan ini merangsang kita semua melakukan sesuatu pencerahan terhadap perancangan sastera, bahasa dan kebudayaan dalam satu acuan yang sistematis, mewujudkan impak yang besar kepada sastera tanah air. Saya akan menulis isu-isu lain selepas ini. Insyaallah.

2.

Setelah 6 bulan berlalu saya memecahkan 'cuti' dengan DBP Cawangan Sabah apabila membawa masuk kenderaan dan menjejakkan kaki ke bangunan tersebut. Kebetulan sekali orang pertama yang jumpa sebaiknya keluar daripada kereta ialah Abang Emin Madi. "Aduhai lama aku cari kau tau..." Itu ungkapan awalnya, seperti biasa bertukar khabar dan inilah pertama kali selepas beberapa bulan ucapan tahniah buat beliau kerana menerima Hadiah Ketiga Peraduan Menulis Novel sempena 50 tahun DBP. Saya menceritakan kepada beliau tentang Kampung Salarom yang kebetulan menjadi judul novel beliau yang menurutnya sebuah catatan yang diadunnya semasa melawat kampung berkenaan. Kampung Salarom terletak di kawasan Pensiangan Sabah, agak pedalaman juga dan sukar dihubungi."Tunggulah nanti diterbitkan DBP," ujar Abang Emin sebagai jawapan pertanyaan kedudukan novelnya sekarang seterusnya menyatakan lahir sebuah lagi novel yang sedang dalam proses ciptaan. Katannya, bila sudah menulis tidak boleh berhenti. Syukurlah, namanya penulis tidak ada masa untuk bersara.
                  Ada beberapa orang sahabat penulis yang saya lihat bersembang di kantin Dewan. Mohamad Daud Mohammad, orang penting di DBP Kuala Lumpur 'menangkap' saya menyampaikan beberapa perkara penting untuk difikirkan terutama sekali bagaimana pengajaran sastera di sekolah harus dilaksanakan dengan betul. Beliau akan membentangkan sebuah kertas kepada tenaga pengajar sastera di Perlis dalam masa terdekat ini. Sambil mengakui banyak isu yang boleh diketengahkan untuk memperkasakan lagi pengajaran sastera selain daripada pendekatan pengapresisian sastera di sekolah-sekolah, beliau berpendapat ramai tenaga pengajar sastera tidak faham konsep sastera sebenarnya. Malah, katanya lagi ada juga penulis yang memiliki sindrom pemahaman yang sama terhadap sastera. Saya agak tertegun juga mendengar ungkapan sebegitu rupa.
                  Misalnya apabila melihat secara mengakar, ada pengarang yang gagal mengenal pasti intipati sebenar karyanya apabila meletakkan sesuatu judul yang tidak lebih daripada usaha untuk memikat pembaca. Misalnya Bagaton, MDM berpendapat Amil Jaya tidak meletakkan 'bagaton' itu sebagai intipati novel yang baik dari sudut permasalah lain itu. Alangkah baiknya sekiranya unsur-unsur bagaton yang sebenar diangkat secara mendalam dan mendasar, sudah pasti novel Bagaton bakal menjadi sebuah lagi karya 'masterpiece' yang penting bagi bangsa kita. "Anda bacalah kertas kerja yang saya sediakan untuk program hari ini," sambung MDM agar isu ini dapat dibincangkan lebih akrab. Perbualan kami sebenar agak panjang juga lantaran lama tidak berjumpa jika tidak 'terganggu' oleh Ketua Satu Gapena, Tan Sri Datuk Ismail Hussien. Saya tidak begitu 'menyapa' Tan Sri Ismail, entah mengapa tapi dalam hati kecil saya ada sesuatu yang saya pandang ke dalam dirinya yang bertentangan. Apa pun juga saya tetap bangga kerana setidak-tidak Sabah mereka jejaki untuk mengupas sebanyak mungkin isu-isu berkaitan nasional, isu perpaduan dan kesatuan bumiputera (jika di Semenanjung penyatupaduan orang Melayu). 
                  Di situ saya juga bersapaan dengan teman-teman penulis seperti Mat Sakiran, Juri Durabi, Raymond Majumah/Mohd Azalan/Irwan Nur, Jasni Matlani, Cik gu Mohzar, kerabat IPS Mabulmaddin dan  Julius Mokejal. Saya merasa teruja juga bila bersama-sama penulis-penulis tersebut walaupun perjumpaan seperti ini bukan baru, maksud saya dalam jumlah yang kecil. Seperti ditulis oleh Julius dalam Kemsas program sebesar ini harus mengajak lebih ramai penulis hadir untuk menghayati perjuangan Amil Jaya. Ini bukan menidakkan usaha pihak penganjur, memang bukan mudah membawa sejumlah yang besar penulis, peminat atau peneliti sastera untuk sebuah program ilmu seperti ini selain menerusi usaha paksaan; misalnya membawa para pelajar sekolah! Keadaan ini berlaku di mana-manapun. Tidak mengapa jika program ilmu dibuat dalam bentuk yang sederhana sifatnya tetapi diikuti oleh sejumlah orang yang kecil tetapi berkualiti. Bukan sekadar mengikuti tetapi tampil memberikan interaksi yang menghidupkan majlis. Namun sekiranya program sebesar - Pemikiran Amil Jaya - ini dibuat di ruang yang kecil seperti bilik Sudut Penulis, sudah tentu 'roh' ketokohan beliau juga turut jatuh. Saya fikir begitu. Memang tiada cara lain selain memberikan perhatian kepada sasaran setiap program. Apakah ilmu yang bakal tercerna itu disebabkan mega dan megahnya atau pun meletakkan cahaya ilmu itu untuk insan-insan yang memiliki kualiti hidup serta pemikiran yang hebat, kita perlu mencorakkan pandangan ini agar segala niat yang murni itu sentiasa mendapat berkat daripada kemurnian itu juga.


PUSTAKAIQBALNAZIM
                  


Posted at Sunday, April 27, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
2 Komentar  




Saturday, April 26
Sebuah ziarah, orak arik sastera


SEPERTI yang dirancang, kami pun mengunjungi Dangau Budaya di sebuah pagi yang cerah, selepas hujan yang begitu lebat petang kelmarin. Orang yang ingin ditemui segera tampil walaupun sebagaimana yang dikhabarkan isterinya tidak boleh berjalan dengan baik, dengan gagah menunggu di hadapan pintu.
            "Mana Jasni (maksudnya: JY)?" Sambil menyambut salam dan saya mencium tangannya. Entah mengapa itu ungkapnya lebih awal selepas membalas salam kami.
            "Wah, ini dia orang-orang kuat IPS," Abdul Naddin dan JY menggenggam dan mencium tangannya diikuti oleh anak-anak kami yang turut datang.
             Kami sama-sama duduk walaupun beliau agak ketinggalan lantaran tidak mampu berjalan dengan tangkas. Demikian sejak lama tapi kali ini keadaannya agak luar biasa. Dia segera memaklumkan keadaan sebenar bagaimana keadaan kakinya yang menyebabkan dia merasa tidak selesa, kadang merasa sakit yang bukan main-main. Katanya, dia jatuh di sebuah kedai makan di bandar. Kemudian dimasukkan ke hospital hampir sebulan. Diberi ubat oleh doktor sampai sekarang tidak juga sembuh malah betisnya tidak seperti orang lain, keras dan kejang, agak menyeksakan ketika kami memegangnya. Kesian Datuk.
               "Syukurlah, kamu datang anak-anakku," ujarnya dengan senyum dan tawa. Sebuah kegembiraan yang amat kami rindukan. Itulah dia Datuk Haji Shuhaibun Yussuf, budayawan Gapena, seorang sasterawan yang tidak pernah layu di persada sastera tanah air terutama di Sabah. Beliau juga dia seorang ketua  yang berjaya mentadbir keluarganya dengan kejayaan anak-anak dalam kehidupan masing-masing.
                Kami pun bersembang seperti biasa. Berkunjung ke Dangau Budaya yang tidak mungkin tidak dikunjungi para pelajar, sasterawan dari Semenanjung, pegawai-pegawai kerajaan, ahli-ahli yang berhormat kerana bila berada di Sabah atau melewati Pekan Papar menjadi tidak sah. Daripada catatan buku lawatannya memang ramai yang datang, bersembang dan melakukan ziarah terhadap budayawan yang baik budi, kelakar dan mesra ini.
                 Kali ini kami bercakap pelbagai perkara dan tidak sah jika perbualan kami tidak menyentuh tentang penulisan, perkembangan sastera dan penerbitan karya sastera. Datuk Shuhaibun telah menyampaikan rasa kurang puas hatinya terhadap pentadbir DBP Sabah berhubungan dengan manuskripnya dan tanpa berselindung badan sastera ini sering ber****** dengannya. Rupanya tidak selesai juga permasalahan sasterawan ini, cuma entah apa pula kesudahannya bila persoalan pengurusan sastera dan sasterawan tidak pernah aman. Saya terus teringat sebuah kenyataan saya semasa MAIPS baru-baru apabila saya menyebut bahawa 'maruah para penulis kita sering diabaikan'. Memang banyak perkara yang boleh dilakukan oleh organisasi sastera tersebut walaupun kita percaya tidak pernah ada jalan titik untuk sesiapapun berasa puas. Tiada kepuasan dalam kehidupan ini, tetapi kewajaran setiap persoalan yang dibisikkan oleh orang-orang seperti Datuk Shuhaibun Yussuf sewajarnya didengar dan diambil perhatian. Bukan Datuk Shubaibun sahaja malah para sasterawan lain juga. Mana ada badan lain yang memberikan peranan kepada para penulis atau sasterawan selain DBP sebagai organisasi yang dimaksudkan terutama dalam urusan membina, membangun dan memantapkan mereka melalui hasil karya yang sepatutnya sering diperhatikan.
                  Hujah kami mudah. Apabila para pengurus sastera di Sabah yang berada di gedung mewah itu tidak punya minat yang mendalam terhadap pembangunan sastera secara menyeluruh, tidak ada apa yang boleh dilakukan lagi. JIka dengan terus terang ada kalangan mereka berkata di situ tempat mencari makan semata-mata bermakna pada kami, perlu wujud suatu sikap sebagai nilai tambah agar matlamat organisasi tersebut mampu dilaksanakan lebih telus dan tersusun dengan komitmen yang tinggi. Jika tidak, semuanya akan berlangsung seadanya, asal jadi lantaran itu tugasan semata-mata bukan disebabkan minat dan sebagainya, tidak mencapai tahap yang dikehendaki sepertimana dinyatakan dalam visi, misi, motto, piagam dan dalam standard ISO yang digunapakai. Apakah perlu dalam setiap pengambilan staf ke dalam organisasi berkenaan perlu ditekan juga latar calon yang ditemuduga misalnya apakah gambaran masa depannya apabila diterima bekerja. Tanpa bermaksud mahu mencampuri urusan dalaman, namun ia merupakan suatu hakikat yang mahu tidak mahu perlu difikirkan. Jangan sampai kita mendengar omelan, o tidak macam dululah, kita ada si polan dan si polan yang memang sasteranya mendarah daging dan berjaya melakukan program dengan baik sekali, memajukan sastera dan membangunkan penulis sekali gus. Memang benar, pentadbiran sentiasa berubah mengikut trend dan keadaan semasa. Masa lalu tetap telah berlalu. Hanya menjadi orak arik yang akan diperkatakan dan terus dibualkan malah menjadi bahan cemuhan apabila berlaku sesuatu yang tidak memihak kepadanya.
                     Inilah juga yang ditimbulkan oleh Bonda Dayang Salmah Salam beberapa hari lalu. Apakah kerana mereka ini penulis lama yang kurang sesuai hadir bersama trend masa kini yang lebih hebat. Kelihatannya inilah nasib penulis-penulis berusia yang sering juga merasakan mereka dipinggirkan, seakan dilupakan apatah lagi apabila menerima layanan yang kurang telus daripada pihak-pihak yang berkaitan. Barangkali ada yang mempertikaikan apalah orang-orang tuan ni, layanan apa lagi yang mereka mahu? Ada caranya sesuai dengan keadaan mereka. Mereka bukan mahu layanan yang berlebihan. Seperti kata Datuk Shuhaibun, dia boleh hidup mewah dengan layanan anak-anak yang telah berjaya. Begitu juga Bonda Dayang Salmah. Namun sebagai seorang sasterawan yang mengalir dalam darahnya roh yang dianugerahi Ilahi, tentulah ingin mendapatkan sesuatu yang paling tidak memberi tempat agar setiap buah fikiran mereka tidak diabaikan. 
                        Apa salahnya jika nama mereka diabadikan menjadi jenama di setiap ruang atau bilik atau dewan yang difikirkan sesuai. Apa salahnya meletakkan khazanah karya mereka yang ada itu disusun mengikuti nama masing-masing bersama koleksi-koleksi yang mereka punyai. Sebuah muzium sastera tentulah tidak begitu praktikal dibina di tempat lain. Jadi apa salahnya diwujudkan muzium sastera itu di dalam gendung yang sedia ada. Bayangkan suatu ketika dulu, Datuk Shuhaibun pernah memungut dana untuk membina 'teratak' bagi menempatkan semua koleksibnya berupa buku, majalah, dokumentasi-dokumentasi serta artifak-artifak yang klasik sifatnya. Dia sanggup 'melukut di tepi gantang' lantaran tiada siapapun yang mahu membantu. Oleh kerana itu adalah wajar sekiranya hal ini difikirkan untuk sebuah tindakan yang lebih membawa faedah secara khusus. Apabila kita memilih yang mega dan megah, jangan pula lupa kepada dunia lain yang kecil dan terpencil kerana kedua-duanya punya makna dan kepentingan untuk pembangunan sastera secara menyeluruh.
                        Sudah tentu tidak ada kegembiraan yang lahir pada wajah Ahli Kehormat kami ini selain bersyukur dengan kehadiran kami yang sentiasa inginkan buah fikiran dan nasihat daripadanya. Sebaliknya kami juga berhasrat membantu di mana-mana yang dirasakan boleh untuk diketengahkan. Kami berdoa agar Datuk Shuhaibun cepat sembuh dan mampu bergerak seperti biasa. Tahniah juga kami ucapkan kepada beliau kerana akan menerima anugerah daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Arshad Kota Belud sebagai Pengetua pertama sekolah berkenaan pada 3 Mei depan. Semoga ayahanda Datuk dan Datin sentiasa diberikan hidayah dan rahmat bersama anak dan cucu yang sedang membesar. Kami sentiasa berada bersama Datuk. 
                        Demikian ungkapan sebagai penuntup kunjungan kali ini, kami tetap menyapa senyum dan lambaian selepas enjin kenderaan saya hidupkan dan bergerak balik ke Ibu Kota.

 

  
   Datuk Hj Suhaibun Yussuf      Datuk Hj Shuhaibun bersama Datuk Hj Murshidi Nambi


  

   

 

 

 

 


Posted at Saturday, April 26, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
Komentar  




Friday, April 25
Puisi bagAimana harus dipilih?


HA baru teringat selepas beberapa hari yang lalu, kata Ony ada sahabat kami kurang gemar HA menulis puisi-puisi yang tidak lebih daripada diri sendiri, seakan tidak berjejak dan bergerak. Lalu HA merenung semula dengan sebuah pertanyaan biasa, puisi yang bagiamana harus dipilih? Apakah puisi berbicara dengan diri sendiri itu lebih memberi maksud dalaman dan luaran sekali gus dan orang yang menikmatinya ikut hadir. Atau harus pula memilih puisi yang visualnya ternyata berada di depan mata, merasakan mudah sekali baca dan dinikmati sekali duduk. Pada saya akan terjadi dua keadaan apabila mahu menerima kedua-dua pilihan tadi. Pertama, dengan cara menikmati sebagai riadah keindahan, bentuk pertama lebih istimewa apabila cahaya keindahan itu hadir dan lahir makna secara jujur dari jiwa. Kesan daripada pilihan kedua ternyata berbeza lantaran mudah difahami, getar maknya tetap saja dirasai namun cabaran memaknainya agak kurang. Ia menjadikan kita kurang berfikir dan kurang melihat jauh ke dalam makna setiap kata seterusnya binaan sebuah karya secara menyeluruh.
                  ...


Posted at Friday, April 25, 2008 by Hasyuda Abadi (HA)
Komentar  




Previous Page Next Page

KREATIF HASYUDA ABADI

Saya juga berada di blog
MEMBELAH KABUT
klik sahaja,
anda dialu-alukan...


 


Dengan sepasang sayap jelita ini
aku akan pergi ke mana sahaja
menjelajah dunia Cinta-Nya...

Sesawang sebelumnya:
LAMAN AKAR CAHAYA
Mailing List:
LAMANAKARCAHAYA YAHOO-GROUPS




PANTUN HARI INI

Memburu rusa di hutan simpan,
Bersama kawan anak Pak Kayat;
Gembira rasa hari persandingan,
Moga berkekalan ke akhir hayat.

Dari Pensiangan ke Pekan Kimanis,
Membeli ikan di Tamu Papar;
Hari persandingan peristiwa manis,
Tiada berulang masa beredar.

Membeli reload di Tanjung Aru,
Jangan lupa membeli laksa;
Selamat menyambut pengantin baru,
Suka duka sama dirasa.


LAYARI KOLEKSI PANTUN HA
YANG LAIN DI SINI



PROFIL HA
Salasilah Keturunan Liwas

SAYA dilahirkan di tangan Bi' Susur - bidan kampung ketika masyarakat Sabah masih di bawah era British North Borneo Company. Ayah suku kaum Murut Tenom, Sabah sementara ibu suku kaum Jawa daerah Beaufort. Saya bergelar 'abang tua', 'pak tua' dan 'atuk tua' kepada lima adik - seorang lelaki dan empat perempuan, 18 anak-anak saudara dan seorang cucu. Latar awal kehidupan kecil, dibesarkan dalam kawasan perladangan getah (Lumadan Estate) dan terdedah dengan aktiviti seni pementasan bangsawan, sandiwara, persembahan kugiran dan tarian di tempat kelahiran yang dipergiat oleh para pendidik sekolah dan warga ladang.  Sila Klik Kelanjutannya

SENARAI PENERBITAN BUKU HA
Antologi Puisi Bersama

1] Sematan (GPPS, Sarawak 1984)
2] Titian Rindu (DBP Sabah, 1987)
3] Kekasih (DBP Sabah/MUIS, 1987)
4] Perubahan (DBP, 1988)
5] Siapakah Antara Kita (DBP, 1988)
6] Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989)
7] Mengenang-Mu (DBP, 1989)
8] Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990)
9] Perkasihan Musim (DBP Sarawak, 1992)
10] Luka Bosnia (BAHASA, 1992)
11] Al-Kahfi (DBP Sabah/MUIS, 1992)
12] Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993)
13] Nafas Utara Borneo (DBP Brunei, 1994)
14] Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995)
15] Kafilah (DBP/MUIS, 1996)
16] Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997)
17] Tasbih Rindu (DBP Sabah/MUIS, 1998)
18] Penyair, Alam dan Kemanusiaan (DBP, 2000)
19] Antologi Puisi Cyber: Graffiti Gratitude
(Yayasan Multimedia Sastera, Bandung,
Indonesia, 2001)
20] Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002)
21] ‘Iktikaf (DBP Sabah/MUIS, 2003)
22] Nyanyian Iman (DBP Sabah, 2004)
23] Nyanyian Pulau-Pulau (DBP Sarawak, 2004)
24] Antologi Puisi Sufi: Cinta Pohon Tamar
(Jahabersa Johor Bahru, 2004)
25] Hadrah Cinta (DBP Sabah, 2005)
26] Manuskrip Luka Bangsa (PENA, 2006)


Kumpulan Puisi Persendirian

1] Balada Paduka Mat Salleh (DBP,1989)
2] Akar Cahaya (IPS, 1997)
3] Datang Kembali (IPS, 1997)
4] Menginai Badai (DBP Sabah, 2004)
5]
Sinar Sirna (DBP, 2006)
6] Lebur yang Abadi (Iris P&D, 2008)
7] Buku Kumpulan Pantun persendirian:
Usul Mengenal Asal
(Iris P&D, 2008)


Kumpulan Cerpen Persendirian

Sepasang Sayap Jelita (Inpes, 2004)

Antologi Cerpen Bersama

Rantau Utara, (DBP Brunei, 1989)
Ibrah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sabah, 2003)


Antologi Skrip Drama Pentas

Unduk Ngadau, (DBP, 2005)

Antologi Kertas Kerja

Idealisme & Intelektualiti dalam
Karya (PENA, 2005)




TEGAK RUMAH KERANA SENDI
RUNTUH SENDI RUMAH BINASA
SENDI BANGSA IALAH BUDI
RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA


BUKU-BUKU PUISI HA

Balada Paduka Mat Salleh (1989) Kumpulan Puisi Menginai Badai (2004) Antologi Puisi Cinta Pohon Tamar
Kumpulan Puisi Sinar Sirna (2006) Kumpulan Cerpen Perseoranganku: Sepasang Sayap Jelit (2004) Koleksi Puisi LEBUR YANG ABADI (2008) diterbitkan oleh IRIS Production and Distributors

PUSTAKA IQBAL NAZIM
(Koleksi HA)

Sedang dibina. Insyaallah bakal menjadi rujukan bersama.Sedang dibina. Insyaallah bakal menjadi rujukan bersama.

Di bawah ini buku-buku Guru dan Idolaku...
Kumpulan Puisi 'Ziarah Tanah Kudup' karya Kemala: GurukuKumpulan Puisi 'Nafas-Nafas Nurani' karya As-Suhaimi: IdolakuKumpulan Puisi 'Perahu Melayu di Lautan Khulzum' karya Hj Johar Buang: Idolaku

Puluhan tahun duduk mengarang, jadilah Sepasang Sayap Jelita, Berkurun tabah kasih menatang, abadilah sayang didakap setia.


Bersama mama dan bapa
(1962)



Sertai KEMSAS
Powered by groups.yahoo.com



AKTIVITI HA



19 APRIL 2008:
MESYUARAT AGUNG IPS KE-17
26 APRIL 2008:
ZIARAH SASTERAWAN: DATUK HJ SHUHAIBUN YUSSUF
27 APRIL 2008:
SEMINAR PEMIKIRAN AMIL JAYA
30 APRIL 2008:
TAKLIMAT PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA
2 MEI - 4 MEI 2008:
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM KUBENA SIPITANG [Dibatalkan]
5 MEI - 6 MEI 2008:
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA DI KEM TANAKI TAMBUNAN
7 MEI 2008:
MENYAKSIKAN MALAM CITRA PUISI PPSB DI KEM WAWSAN KG OVAI PAPAR
6 JUN 2008:
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 2/2008 DI KEM TANAKI TAMBUNAN
21 JUN 2008:
CERAMAH KOMSAS DI SMK MEMBAKUT, SABAH

18 JULAI 2008:
CERAMAH KOMSASM DI SMK NARINANG KOTA BELUD

25 - 28 JULAI 2008:
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALI INDONESIA


CERPEN HA
['Link'nya sedang dibina, maaf]
Memilih Diam
Kepala-Kepala
Ekor
Seberkas Idea Tentang Pohon
Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan
Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat
Bagai Dedalu
Citra Tidak Berakhir di Sini
Hanya Namanya Khartizah
Sahabat Saya yang Hilang
Seniman
Maruah Harith
Jambatan Terbentang Tirus

PAUTAN HA
Ikatan Penulis Sabah (IPS)
Dialog Puisi Sinar Sirna
Koleksi Puisi Lebur yang Abadi
Koleksi Pantun Usul Mengenal Asal
Buya Hamka
Laman Akar Cahaya
Kebudayaan Kesenian Warisan
Mekar Budaya Production
ABIM Sabah
Kemsas
Komposisi OnLine
Istimewa Untukmu
Zikir Group
Klik DBP
DBP
GAPENA
Penyair Terbilang
SEA Write Award
Nobel Prize
Famous Poets anda Poems
Arkib Nobel Prize
KaryaNet
Permata Kata Khalil Gibran
Gramedia
Barisan Nasional
Parti Keadilan Rakyat
PAS
Novel Melayu
Kadayan Universe
Teater Perdana 2006
Putera.Com (Rujukan ICT)
Asterawani Brunei DS
Persatuan Penulis Negeri Sembilan

SASTERAWAN NEGARA
Keris Mas: 1981
Datuk Shahnon Ahmad: 1982
Datuk Dr. Usman Awang: 1983
Datuk A.Samad Said: 1986
Arena Wati: 1987
Dr. Muhammad Haji Salleh: 1991
Datuk Nordin Hassan: 1993
Datuk Abdullah Hussien: 1996
S.Othman Kelantan: 2001

SASTERAWAN MALAYSIA
Ahmad Patria Abdullah
Amaruszati Noor Rahim
Azizi Hj. Abdullah
Arisel B.A
Armiza Nila
Abdul Latip Taib
Amin Minhad
Ariff Mohamad
Asmiaty Amat
Azmah Nordin
Baha Zain
Dahiri Saini
Darma Mohammad
Dharmala NS
Faisal Tehrani
Fuzail Dubai Version
Ghazali Lateh
Hashim Yaacob
HM Tuah Iskandar
Helmy Samad
Jaafar Hamdan
Jaya Ramba
Jeniri Amir
Jiwa Rasa
Lily Haslina Nasir
Marsli N.O
Lutfi Ishak
Mawar Shafei
Nazmi Yakub
Nimoiz TI
Nisah Hj Haron
Paul Nanggang
Rahmat Haron
Roslan Jomel
Salina Ibrahim
Saiee Driss
Sahrulnizam Abdul Talib
Sharul Rizal
Shamsudin Othman
S.M.Zakir
Siti Zainon Ismail
Sri Diah
Wan A.Rafar
W.B.Rendra
Yussuf Fansuri
Zaid Akhtar
Zurinah Hassan

SASTERAWAN NUSANTARA
Pramoedya
Goenawan Mohammad
Agus Noor
Mussidi
Nanang Suryadi
Isa Kamari

SAHABAT HA
Tiara (Singapura)
Rem (Little Norwich)
Hj Ismaily Bongsu (Membakut)
Ony (Sahabat Karib)
Lenny (Kuala Lumpur)
Kanda ABM Fajeer (Sandakan)
Laliman Hj. Ahmad
Katerina Tati (Kota Kinabalu)
Puteri Ezza (Kunak)
H.B Johar (Singapura)
Nurul Omar (Sandakan)
Moyank (Balikpapan)

TOKOH PILIHAN
Tun Mahathir Mohammad
DS Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
A.Kadir Jasin
YB Datuk Sharir Abdul Samad
Ruhanie Ahmad
Syed Hussien Alattas
Mohd Sayuti Omar
Khalid Jaafar
Rustam A.Sani (Allahyarham)
Ainon Mohd
Ustaz Najimudin
Datuk Salleh Tun Said
YB Datuk Abdul Rahman Dahlan

MEDIA PILIHAN
Utusan Malaysia OnLine
Aliran Charter 2000
Asia News Network
Gerbang Tempur Politik Maya
BERNAMA
Berita Harian OnLine
Bulletin Malaysia
e-Media
Harakah Daily
Gundohing (Koleksi Maklumat Sabah)
Malaysia Central: Online Press
Malaysia Kini
Diari Pemantau Media Malaysia
Malaysia News
Malaysia Post
Malaysia Today
Malaysia Kita
Merdeka Review
Nanyang Online
Reuters Malaysia
Republika Online
Tempo Online
Screenshots - Jeff Ooi
Sightings
Vanakkam Malaysia
Yahoo! Malaysia News

CATATAN MENARIK
[dedikasi buat putera-puteriku]

Ayat-Ayat Cinta: Sebuah Lagu
Cerpen: Seberkas Idea Tentang Pohon
Tamadun:Tanggapan Penyair
Lagi Fasal PPSB
Pencerahan Persuratan dan Budaya di Sabah
Selamat Hari Ibu
Merenung Semula PPSB
Kem Tanaki Tambunan: PPSB yang Tidak Dilupakan
Puisi: Kerana Matahari
Perihal Seniman dan Ahli Yang Berhormat
Puisi: Mencari Mutiara
Sastera Sabah, Apa Yang Saya Fikirkan
'Taboo' Sebuah Bangsa
PPSB: Sikap Acuh Tak Acuh dan Perjuangan
Sastera Sabah, Apa Yang Saya Fikirkan
Sebuah Ziarah, Orak Arik Sastera
Puisi: Perbualan Sunyi
Negaraku, Rustam yang pergi dan Amil Jaya
Hari Bumi dan Krisis Makanan
Selepas Mesyuarat Agung IPS
Petikan Ucapan HA - MAIPS
Puisi: Saat Kutemui Kesedihan
Berfikir Secara Negatif yang Baik
Merindui Segala Pertemuan
Puisi: Berapung
Puisi: Belantara Nestapa
Adakah Perjuangan Penulis Sekarang?
Apa Khabar Penulis Sabah?
Samudera Kesusasteraan Melayu:
Sastera Negeri di Bawah Bayu [ Siri 1]

Samudera Kesusasteraan Melayu:
Sastera Negeri di Bawah Bayu [ Siri 2]

PuisiAmil Jaya: Mutiara di Lautan Dalam
Sastera, Sebatang Lilin
Sastra dan Nilai Kesukarelaan
Mematangkan Pemimpin
Merasa Selesa
SDC - Sebuah Enigma
Puisi kepada Dinda Sasjira
KOMSAS dan Penulis Mapan
Sastera Sebagai Milik Kebersamaan
Long Pa'Sia
Puisi Hujung
Sastera Sabah Masih Ketinggal (UM)
Kemandulan Minda Sebuah Tohmahan
Setelah Letih Bersastera
Sekali Berani Berdusta
Catatan yang Tertangguh (Surya Irawan)
Catatan Deasoka Abd Naddin Tentang Kuli
Pasang Surut Kreativiti Penyair
Beberapa Pandangan Tentang Isu Penerbitan
Memiliki Buku Puisi Sendiri Selepas Dialog
Nasib Penulis Sabah
Komuniti Sastera Desa
DBP Sabah: Mengembalikan yang Tiada
50 jam Baca Puisi Tanpa Henti
Di Mana Penulis?
DBP Sabah: Apa yang Terjadi
Teater Main-main atau Main-main Teater
Pengantar 'Kitab Sehabis Peristiwa'
Wakil Rakyat
apakah yang Anda Lihat Sebagai Pengarang?
Wawancara BH dengan HA
Ramlie di Mana Kini?-Balasungkawa Ramlie Golah
O Kemerdekaan!
Dondang Penghormatan
Mencari Megakarya
Membedah Karya Sendiri
Sebuah Duka Buat Malaysia (Nurin)
Isu yang Membengangkan
Bagaimana Nawaitu Tercipta
Sajak Anak Belantara
Lirik Samseng
Lirik Angguk2 Geleng2
Di manakah Laila?
I B U
Di Kem Wawasan Kg Ovai
Pantun HA-KeRin 1
Serasehan Buku dan Foto
Pantun HA-Shukri
Pantun HA-REM
Pantun HA-KeRin 2
Memilih Ketua
Gendang Perkhabaran
Beberapa Pandangan Tentang Isu Bayaran Penulis

DENGAR BACA SAJAK
Live: Pastoral Mantanani
Klik! Adik Membebel

BACA MAKALAH HA
Megakarya:
Gagasan Generasi Baru

Sastera Siber:
Kesan Budaya dan Bahasa

Samudera Kesusasteraan Melayu:
Antara Cabaran dan Harapan [Siri 1]
Samudera Kesusasteraan Melayu:
Antara Cabaran dan Harapan [Siri 2]


DENGAR LAGU PILIHAN HA

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan ...

Stracie Angie Anam (Stacy AF6)
KEBANGGAAN SABAH












P U I S I:::P I L I H A N

PUISI ANTI DADAH
Belia tanpa dadah...

Tajuk: MISI GENERASI
Karya: Zaen Kasturi

Mengapa lorong berjelaga ini diredahi?,
Dan lembah bernanah ini dituruni?,
Sedang denai hayat di hadapan,
Sayup memandang,
Sedang sinar iman di belakang,
Setia menyuluh jalan,
Denai diterokai,
Dari kasih sayang ayah bonda,
Sinar yang terpercik,
Dari jiwa dan harapan bangsa,
Dan Tuhan tidak pernah berkata,
Bahawa nafsu lebih mulia,
Daripada akal manusia,
Sekali diredahi lorong berjelaga,
Sejuta kali mendung hitam di langit sukma ibunda,
Sekali dituruni lembah bernanah,
Sejuta kali tersayat luka di wajah bangsa,
Otak dijajah serbuk dan habuk khayalan,
Iman ditusuk jarum dari mata syaitan,
Jiwa disimpan dalam kapsul kenaifan,
Seluruh hayat terapung,
Di sungai zaman,

Ini seteru zaman baru harus ditentang,
Dengan semangat padu,
Tak kira apa nama kamu,
Mereka, dia dan aku,
Kerana anak-anak kita,
Diintip setiap waktu,
Sekali leka,
Seribu kali menyesal,
Tidak mudah berlaku,

Mari kita gempur lorong berjelaga,
Agar ruyup luka di wajah berhemah,
Mari kita lafaz ikrar,
Menjadi sumpah berakar,
Mari kita genggam,
Tekad membangun generasi berdaulat,

Ini misi generasi masa kini,
Tidak ingin menjadi cermin yang retak,
Di kamar nusa,
Tidak ingin menjadi album kosong,
Di lantai sejarah,
Gempur!!...,
Gempur lorong berjelaga,
Gempur!!...,
Gempur lembah bernanah....

[Sumber: AADK]



PUISI-PUISI HASYUDA ABADI


HANYA SEBUTIR DEBU

benar hanya sebutir debu yang tahu adanya ialah tiada berbanding adaNya yang Ada kerana Dia sentiasa Ada. berbanding debu hanyalah fana yang tidak memiliki apa-apa bergelut dalam lingkaran makna debu-debu lain di bawah sana. lantaran debu itu abadi masih tahu wujudnya kerana masa lalu terungkap rahsia insaf yang tidak sirna dalam sinar yang tertanam jauh di perdu kalbu. debu yang diinjak-injak ini juga tidak mampu. meski tahu wujudnya hanya sisa-sisa musim menyelinap di bawah tikar musallah meratapi kerdilnya tiada terpadankan kebesaran Dia. bahkan manusia yang gagah tapi sirna tahunya bahawa debu adalah titik buatnya. tak siapa mampu memandangnya tapi pasti merasai wujud debu jika memahami sesiapa jua akan sirna dalam warnanya.


TAK TINGGAL RUPA

setiap ada Engkau kukira telah tenggelam dimamah detikMu, tak kukukuh, telah lebur setiap ada Engkau dalam wangi taman tak kumampu mendongak selain runduk menumpukan khusyuk bagai serangga di daerah fauna. Setiap ada Engkau hanyalah debu sebagaimana al-Hallaj yang bernaung di bawah kekuatanMu tak tinggal rupa selain zarah-zarah maha debu.



LIPATAN BUNGKAM

hanya memandang ragam bungkam meski mengakar lara di lingkaran kehidupan, suara hanyalah pengantara biasa jambatan maksud tanya atau senarai jawab. diam tercipta damai, merasainya lebih wujud, memaknainya lebih faham. barangkali saatnya tiba santun lebih rahsia daripada memandang setiap bahasa terungkai di sebalik makna bentukan aksara yang dilafaz yang segera mengundang soal. jika terdengar sapa itulah suara menyampai khabar walau hanya di alam bungkam. meski sukar segalanya tertumpu di punca rahsia yang maha rahsia tak mungkin ada yang tahu. rungkailah kalimat setiap dinding ingat, datangkan segala perca cobekan duka di dalam lipatan bungkam, tuang renjis bara di lamannya, seadanya reda rela, andai demikianlah hukuman buat sibuta dibius bisu. di lahad sukma semadi sebati rahsia wangi kuntuman bunga tanpa pernah layu.



AINULHAQ

beberapa hari yang lepas tentang bulan, denyut bumi bertambah disimbah cahaya, tapi yang sebenarnya cahaya itu ialah lapisan cahaya atas cahaya mahajelas tidak seperti yang kau perhati tanpa kewujudan ainul haq. betapa leburnya kejadian buat hamba hanya selayak debu tak tertanding keagungan yang diperlukan makna terhadap peristiwa itu. keagungan itulah yang memandu akal mentafsir hadir sebagaimana kau fahami sesuatu yang dimiliki selain kesementaraan. beberapa hari yang lepas kau terbabas pada batas-batas kejadian tatkala sinar bulan yang mengambang penuh itu hanya cahaya yang sementara kerana sumbernya sahaja yang layak memandu kebenaran hakiki.

[Koleksi Puisi Kerohanian: LEBUR YANG ABADI]


Renungan kerohanian ada di sini...









rss feed