Entry: SELAMAT HARI IBU Sunday, May 11



 


Dengarkanlah lagu, lagu ku ini
Ikhlas dari hati hanya untuk mu
Aku lah anak mu, anak mu yang selalu
Memelukmu menciummu

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji

Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahagia
Inginku nyatakan kau milik syurga

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji

(Lirik 'Selamat Hari Ibu' oleh HUJAN)


Pertama kepada ibuku - Hajah Subiah Sidek, moga ibu sehat dan dipanjang usia. Jasa dan bakti ibu tidak dapa dibalas kerana sampai bila pun tidak ada apa yang mampu membandingkan jerih perih mengandungkan, melahirkan, menjaga, mengasuh, membesarkan... Ibulah emak, ibulah guru, ibulah kawan, ibulah rumah syurga. Meskipun anakmu ini bukan yang terbaik, tidak pernah ada hari melupakan ibu ketika sudah berjauhan. Sesungguhnya erat kasih sayang tiada garis dan batasan.


Adik-adiku - Hassimah, Hamidah, Melati dan Melor, moga menjadi ibu yang hebat sebagaimana ibu kita yang tidak pernah mengeluh untuk bersama walaupun di mana kita berada. Sesudah mengandungkan, melahirkan, menjaga dan mengasuh kadang-kadang ibu juga amat perhatian dengan cucu-cucu dan cicitnya. 


Guru-guruku, Sahabat-sahabat dan teman-teman taulanku, ibu-ibu yang jauh dan dekat - yang ramai di mana-mana. Selamat Hari Ibu. Sesungguhnya peranan anda memang hebat.  







PUSTAKAIQBALNAZIM

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments